Bab 20

30 3 0
                                    

Hazman yang baru pulang dari kerja masuk menapak kedalam mansion dam terus berbaring di atas sofa di ruang tamu. Fea yang kebetulan lalu itu nampak Hazman sudah balik. Yes ni lah masanya untuk aku lancarkan mogok. Fea pergi ke dapur mengambil air masak dan berjalan ke ruang tamu lebih tepatnya ke sofa dimana Hazman sedang terbaring sekarang.

Air masak dihulur kepada Hazman. Tanpa mengucapkan sepatah perkataan pun Fea membuka blazer Hazman dan naik ke atas untuk menyangkutnya. Hazman yang perasan dengan perubahan Fea terus naik ke atas. Apa pulak kesalahan aku kali ni? Hazman bertanya kepada diri sendiri walaupun dia tahu yang dia tak akan mendapat jawapan.

Pintu bilik dibuka melihatkan Fea sedang melayan kembar berdua itu . Izz dan Qarsh pula terkekeh-kekeh ketawa apabila digeletek oleh mama mereka.

"Sayang"panggil Hazman tapi Fea buat tak endah sahaja.

"Sayang... kenapa ni?"tanya Hazman lagi tapi tetap tak dijawab. Dengan itu Hazman mengalah dia memilih untuk diam seketika memberi Fea dan dia ruang untuk berfikir apa salah dia.

************************************
Setelah menidurkan Izz dan Qarsh Fea masuk ke biliknya dan melihat Hazman yang hanya memakai bathrobe duduk di atas kerusi di balkoni bilik mereka.

Fea hanya memandang Hazman sekilas sebelum dia naik ke atas katil bersiap untuk tidur. Dia pasti Hazman perasan dengan kehadirannya tapi buat-buat tak tahu.

Fea mula melelapkan matanya tapi tak boleh. Hatinya masih sakit. Hazman ni tak ada rasa nak pujuk ke? Fea mengeluh berat. Dia berpusing-pusing tapi masih belum dapat melelapkan mata. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan Hazman. Dia bangun lalu berjalan ke arah Hazman.

"Abang...jom lah tidur."panggil Fea tapi langsung tiada sahutan dari Hazman. Berpaling ke arahnya pun tidak.

"Abang janganlah marah."pujuk Fea sekali lagi. Tidak juga Hazman merespon. Fea mengambil langkah bergerak berdiri di hadapan Hazman namun...

"Ya Allah!!! Abang!!!" Terkejut Fea melihat Hazman dalam keadaan berdarah di kepala dan di dadanya. Terlihat bekas peluru di kepala Hazman dan bekas tikaman pada dadanya

Tiba-tiba dari belakang Fea muncul seorang lelaki... Mikey? Mikey meluru kearah Fea dan....

Jleb! Jleb! Jleb!

Perut Fea ditikam sebanyak tiga kali sebelum Mikey tersenyum.

***********************************

"Aaaaaaaaa!!!!"

Hazman berlari ke arah bilik kembar Izz dan Qarsh apabila mendengar suara jeritan isterinya. Pintu dikuak dan terlihat Fea yang sedang meracau .

Hazman datang menerpa tubuh Fea dipeluk.

"Aaa lepas... jangan apa-apakan aku . Aaaa!!!" Jerit Fea masih belum sedar dengan keadaan sekeliling.

"Shh...sayang! Sayang dengar sini! Ni abang ni!" Ujar dia sambil memeluk erat Fea agar isterinya itu sedar .Hazman terpaksa menjerit sedikit agar Fea mendengar. Nyaring betul suara bini aku ni.

Fea membuka matanya dengan ketakutan. Mimpi rupanya. Dia melihat Hazman didepan matanya sementara Hazman pula mengelap air mata Fea. Fea terus memeluk Hazman dan menangis di atas dada Hazman.

"Shh... don't worry it's just a nightmare" pujuk Hazman. Suaranya sudah tidak kuat lagi.

"Abang saya minta maaf abaikan abang tadi. Saya cuma nak merajuk sejejapje sebab...hiks...kejutkan tak abang unmm maksud saya abng kejutkan tak saya pagi tadi.." Fea meminta maaf sambil menangis sampaikan susunan ayatnya sudah tak betul

"Ya...abang maafkan. Dah sekarang kita masuk tidur ya. " Pujun Hazman sekali lagi. Fea mengangguk laju dengan air mata yang masih berlinangan. Hazman mendukung Fea seperti koala dan membawa dia masuk ke dalam bilik.

Fea dan Hazman berbaring. Fea berbaring membelakangi Hazman. Hazman pelik selalunya Fea akan tidur menghadapnya dan memeluknya. Tapi sebelum sempat Hazman menegur tak baik tidur membelakangi suami Fea mengesotkan badannya masuk ke belakang melekatkan diri kepada Hazman. Tangan Hazman dicapai dan ditarik agar memeluknya dari belakang. Dia masuk sikit lagi ke dalam pelukan Hazman dan dan mdngetatkan pelukan Hazman. Dia lebih selesa macam ni.

Hazman tidak membantah kerana dia juga suka.

************************************
Hari ini Hazman cuti jadi dia berinisiatif mengajak Fea keluar berjalan-jalan. Fea ikut sahaja asalkan bukan pantai. Dia sudah trauma dengan kejadian yang lama .

Pagi ini Hazman keluar sekejap pergi mengambil barang yang tertinggal di pejabat. Jadi Fea makan dahulu. Habis sahaja makan di tanpa berlengah terus bangun dan membasuh pinggan. Semasa dia membasuh pinggan dia merasa ada pisau dibelakangnya. Kali ini dia sudah tidak dapat menunjukkan senyum. Dia pusing ke belakang dengan ketakutan pinggan kaca ditangannya terlepas dan pecah di berkecai di lantai.

Dia terduduk dan mula mengesot kebelakang. Mata sudah berkaca. Mikey yang melihat perangai Fea yang berbeza itu mula cemas dan menapak mendekati Fea. Fea pula mengesot kebelakang hingga badannya bertemu dengan dinding. Dia menutup mata dan melindungi diri dengan menutup kepalanya . Macam orang trauma pada umumnya lah.

"Why? What's wrong with you?"

"Go! Go away!!! I hate you!!!"jerit Fea. Nasib baiklah Hazman sempat sampai dan melihat kejadian itu.

"Mikey... step back" mendengar arahan Hazman membuatkan Mikey melangkah ke belakang. Hazman meluru ke arah Fea dan memeluknya cuba menenangkan Fea. Fea mengangkat muka.

"Abang...tolong saya tak nak tengok muka dia...saya tak nak...tolong suruh dia pergi abang....hiks." Fea merayu sambil menuding jari kearah Mikey.

"Mikey...i guess you gotta go. Sorry."arah Hazman dengan sedikit bersalah.

"I-I think... that's right. I gotta go" jawab Mikey terpaksa.

Mikey melangkah pergi dengan sedih. Apakah yang membuatkan adik angkatnya itu begitu takut dengannya.

"Sayang cuba cerita dengan abang. Ni sebab mimpi semalam ke?" Tanya Hazman. Fea mengangguk mengiyakan.

"Cerita dengan abang."pujuk Hazman agar Fea menceritakan tentang mimpinya.

Fea mebuka cerita dimana dia menmukan Hazman dalam kondisi yang tidak bernyawa hinggalah ketika dia ditikam oleh Mikey.

"Sayang... dah lah ya? Tu semua mimpi je"

Fea tidak menggeleng dan juga tidak mengangguk. Dia hanya diam ditempat. Pandangannya kabur dan gelap menyapa.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now