Bab 17

35 3 0
                                    

Fea berdiri di depan cermin dengan cemas. Dia menilik setiap inci badannya. Hazman yang masuk ke bilik itu pun kehairanan melihat perangai isterinya itu.

"Sayang. Kenapa ni?" Tanya Hazman dengan khuatir melihat ragam  isterinya yang pelik itu

"Aaabaaaang... Perut saya dah besar macam mana saya nak pergi sekolah ni?" Fea takut jika orang menuduhnya bukan bukan. Apa yang nak dijawab nanti?

"Oh... abang lupa nak kata. Abang nak sayang homeschooling je. Tak payah pergi sekolah." Baru dia ingat untuk mengatakan itu kepada Fea.

"Habistu saya kena duduk dalam rumah ajelah? Bosanlah macam ni" muncung ditarik tidak puas hati. Ni kalau ada aktiviti ke pertandingan ke dia tak boleh lah nak join. Boleh mati kepuasan dia kat rumah.

"Habistu nak suruh orang mengata ke? Pastu biar abang bantai semua orang? Macam tu?" Ujar Hazman dengan sedikit ugutan. Dia tahu yang Fea tak mahu dia terlibat dengan aktiviti pembunuhan walaupun membunuh itu sudah menjadi rutin Hazman. Pekerjaannya mengharuskan dia untuk membunuh.

Fea mengeluh berat. Kalau bab ugut mengugut ni memang Hazman pandai. Kadang tu rasa nak aja cilikan mulut dia biar tahu rasa.

"Ok...fine i just stay at home." Setuju Fea walaupun dalam keadaan paksa rela.

Dan mula dari haritu Fea mula homeschooling dan melepaskan banyak pertandingan dan aktiviti yang dia suka. Dia juga terlepas aktiviti kegemarannya iaitu berkhemah. Damia sekali sekala datang menjenguk untuk menemani Fea. Mikey juga tidak lupa untuk datang.

************************************
Hari ini adalah hari dimana ujian SPM akan dijalankan. Fea terpaksa datang sekolah dengan perut memboyot semata-mata untuk menjawab peperiksaan. Semua orang terkejut melihat kondisinya yang saat ini sedang mengandung 6 bulan. Ada yang memandangnya sinis. Ada juga yang memandangnya dengan kesian. Mesti ada yang ingat dia ni kena rogol or terlanjur. Haih. Tak apa, demi mengambil ujian dia tetap kuat dan bersemangat.

Dewan peperiksaan itu sunyi, hanya bunyi pen dan pensel sahaja yang kedengaran. Semua orang sedang fokus menjawab ujian. Damia yang stres dengan orang sebelahnya yang asyik membuat bising akhirnya meluapkan amarah dengan mematahkan pensel menjadi beberapa bahagian kecil. Stres sangat dah tu.

Fea pun tak terlepas dari stres dengan ujian. Dia sudah mula mengetuk kepala sendiri dan tiba tiba.

"Woi!!! Senyap lah bodo!!!" Jerit Damia dengan kemarahan yang tak tertahankan. Tindakannya itu berjaya mendapat perhatian seisi dewan . Damia duduk balik dalam keadaan marah. Nasib baik orang disebelah sudah berhenti membuat bising dapatlah Damia menjawab dengan lebih tenang. Baginya bukan susah pun soalan-soalan yang dikemukakan tapi disebabkan oleh bunyi bising membuatkan dia tidak dapat fokus.

Setelah selesai menjawab,mereka semua dibenarkan untuk keluar rehat. Damia, Fea, Qaseh dan Maya berjalan beriringan ke kantin. Baby bump Fea menjadi topik utama mereka. Comel,tapi tu lah Fea tak bagi pegang. Rimas katanya. Sepanjang mereka berjalan tak putus-putus jelingan yang di dapat oleh Fea. Sedangakan Damia, Qaseh dan Maya pula berusaha melindungi Fea.

Tiba-tiba Aisyah datang dari belakang dan menyapa.

"Hai, sekmu nak gi kantin ke?" Tanya Aisyah

"Dok eh. Kitorang nak gi tandas"jawab Damia dengan nada tak suka.

Yang lain hanya diam membuatkan Aisyah pergi dari situ.

"Serabut weih dengan miss coin tu"kata Damia. Alergi sangat dia dengan Aisyah. Kenapa miss coin? Sebab coin is duit syiling and duit syiling ada dua muka. Faham-faham je lah.

Mereka rehat dan makan bersama-sama sebelumnya masuk balik ke dalam dewan peperiksaan. Semua orang buat study group. Sama seperti Fea, Damia dan Qaseh. Mereka belajar bersama. Lebih tepatnya Fea dan Qaseh belajar bersama manakala Damia sibuk dengan novelnya. Geram aje Fea ingin menghantukkan kepalanya ke kepala Damia agar kebijakan Damia beralih ke Fea. Bukannya Fea tidak bijak tapi Damia is another level of genius.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now