Bab 24

19 2 0
                                    


Hazman membawa Fea pulang kerumah. Tapi Fea memilih melancarkan aksi mogok kerana Hazman langsung tak bercakap sepatah habuk pun. Hazman bukan tak nak bercakap hanya saja dia masih terkejut dengan isterinya. Dia tidak takut tapi terkilan,macam mana Fea boleh jadi semegerikan itu. Kalau dulu bukan main Fea lah yang menentang aktiviti membunuh yang dilakukan oleh Hazman. Lagi-lagi dia terkejut dengan perut Fea yang memboyot. Fea langsung tak memberitahunya tentang hal ini.

Sampai sahaja dirumah Fea naik keatas dan membersihkan dirinya dahulu sebelum berjumpa dengan anak kembarnya Izz dan Qarsh yang sudah berusia 1 tahun 6 bulan. Kembar itu pula sangat gembira apabila dapat bertemu dan memeluk mama mereka kembali.

"Mama!" jerit kembar itu serentak lalu terus menerpa ke arah Fea. Bersalah...itulah rasa yang bertandang di hati. Fea rasa bersalah kerana meninggalkan anak-anaknya tanpa kasih sayang seorang ibu.

"Anak mama sihat?" tanya Fea.

"cihat" jawab Izz manakala Qarsh pula megangguk tanda bersetuju dengan abangnya itu.

Ya Allah ridunnya dia dengan budak berdua tu. Terus dua budak tu digomolnya. Mereka pula ketawa kegelian sebelum meyentuh perut ibunya yang memboyot.

"Baby?" tanya Qarsh

"Yes" jawab Fea.

sementara itu Hazman hanya menikmati pemandangan yang indah itu. Dia bahagia melihat Fea dan anak-anaknya berpeluk hangat. Pasal baby tu Dia akan tanya Fea nanti. Sekarang dia harus mencari cara bagaimana dia nak pujuk Fea. Fea tu bukan setakat merajuk sebab dia tak bercakap tapi dia juga merajuk kerana Hazman tidak mejemputnya pada masa yang tepat.

**************************

Bada terasa sangat segar sesudah mandi. Sebab inilah Fea mempunyai perangai mandi malam sebab menyegarkan,badan akan lebih sejuk dan selesa untuk mendapat tidur yang lebih lena. Fea duduk didepan meja solek. Rambut dikeringkan menggunakan hair dryer. Bak kata Suria Adreana jangan tidur dengan rambut basah. Tak berapa elok lah kiranya. Dia tak berapa ingat dengan apa yang dikatakan oleh Suria kerana sudah lama dia tidak membaca Novel King Haidar itu. Dia dapat baca pun, berterima kasih kepada Damia yang ulat buku sama seperti ibunya. Damia bai dia pinjam buku itu.

Hazman menapak masuk ke dalam bilik. Niat dia ingin terus tidur itu dikubur dahulu selepas ternampak isteri kesayangannya yang sedang mengeringka rambut. Rindu dengan isterinya membuat kakinya menapak kearahnya seolah ada sesuatu yang menariknya kesana. Hazman berdiri di belakang Fea,bahu Fea dipegang lembut.

Fea hanya mendiamkan diri langsung tidak membuka mulut. Kononnya masih merajuk,padahal dalam hati tu rindu nak peluk tahap apa dah. Sudahlah dia  masih merajuk dengan Hazman ditambah dengan bawaan budak dalam perut makinlah sensitif. Ingin sahaja dia lompat ke dalam pelukan Hazman tapi ego  yang tinggi itu menghalang.

"Little angle...dah lah merajuk tu" pujuk Hazman lembut

Tangan Fea terhenti dari aktivitinya dengan mata yang mula berkaca-kaca. Tangan Hazman dicapai dan lansung digigit melepas geram di hati. Hazman terkejut , dia cuba menarik tangannya tak boleh. Nafas ditarik dalam dalam dan badan Fea di tarik masuk kedalam pelukan. Ciuman hingap dikepala, dan itu berjaya membuatkan tangan Hazman terlepas dari gigitan Fea.

"Kenapa lambat?"tanya Fea dengan suara serak menahan tangis.

"Sorry, ada meeting yang terlebih masa sebab klien lambat." jawab Hazman berhati-hati.

"Nasib tak jadi apa-apa tau"

"Ermmm baby ni berapa bulan?" tanya Hazman dengan senyum lembut.

"5 month and 2 weeks" jawab Fea. Dia pun tidak menyangka  yang dia akan mengandung.

Flashback

"Apasal aku letih semacam ni?" keluh Fea yang didengar oleh Damia. Mereka sedang bersantai di dalam bilik kerana mereka tidak ada kelas hari ni.

"pregnant" kata Damia.

"Hmm amado. Hari ni berapa hari bulan?" tanya Fea yang tiba-tiba beriak cemas.

"third February...why?" jawab Damia sekali ngan pakej pertanyaan.

Terlompat Fea dek terkejut yang dia tak datang bulan lagi.

"Jangan lompat sangat. Baby tu baru dua minggu nanti gugur karang tak pasal-pasal. Kena hati-hati sebab anak kau tu kembar." ujar Damia panjang lebar dengan mata yang masih fokus kepada laptopnya sebelum Fea sempat mengatakan tentang piyed dia yang dah sebulan tak datang.

"Mana kau tahu? Aku sendiri pun tak tahu. Siap pakej ngan usia kandungan ngan jumlah baby aku pulak." tanya Fea dengan keadaan terkejut. Damia ni bidan ke apa?

"Heh" Damia hanyah terseyum sinis tanpa memberitahu cara dia tahu yang baby tu dua minggu and baby tu kembar.

"Mesti kau meipu kan? Aku tahu tuh hahahah."

"Tak percaya pergilah check. " nak aje Damia lepuk kepala Fea sebab tak percaya dengan dia.

Dengan itu Fea pergi check ke klinik kandungan. Betul apa yang Damia cakp. Bayi yang dikandungnya kembar dan berusia dua minggu. Sah member aku ni bela saka.

Flashback end

"What? Seriously Damia yang tahu dulu? But how?" tanya Hazman tak percaya tapi dia tetap bahagia.

"Itulah yang sayang pelik macam mana dia tahu." balas Fea. Ini bukan sesi meluah ni tapi sesi mengumpat.

Damia's POV

"Uhuk uhuk, sape pulak yang mengumpat aku ni?!" Marah dia lepas tersedak air matcha. Danish didepan sudah tergelak sakan melihat telatah tunangnya itu.

Damia's POV End

"Ha satu lagi, kenapa tak cakap kat abang yang sayang pregnant?" ni baru ingat nak marah. Kalau jadi apa apa nanti dia juga yang susah.

"Dah tu,abang yang tak tanya"jawab Fea takut-takut berani. Tu lah kononnya nak suprise.

Dahi licin Fea dijentik menyebabkan Fea mengaduh sakit.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now