Bab 12

39 6 4
                                    

Bunyi alarm dari telefon bimbit Fea mengejutkan Fea. Fea bangun dan terus berlalu ke bilik air. Hazman yang terbangun masih dalam keadaan mamai hanya duduk di tepi katil menunggu isterinya untuk keluar dari bilik air.

Bunyi pintu bilik air dikuak dari dalam menyedarkan Hazman dari mamainya.

"Abaaaaang"suara Fea kedengaran meleret. Mesti mahu sesuatu ni.

"Ya little angle."

"Nak..." Fea seperti malu untuk meminta.

"Ya sayang nak apa ?" Tanya Hazman lembut.

"Boleh tak ...nak bau ketiak abang" pinta Fea malu-malu

Hazman langsung mendepakan tangan dan Fea yang tersenyum langsung masuk kebawah ketiak Hazman.' Aduih makin lama makin pelik je bini aku, nasib sayang'

-----------------------------------------------------------
Di sekolah

Fea yang baru sampai langsung menerpa kearah Damia yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Ini lah dia Damia. Bijak tu memanglah bijak tapi sayang pemalas.

"Assalamualaikum, buat kerja apa tu?"

"Matematik. Kau siap tak lagi?"

"Dah" Fea menjulingkan mata keatas. Ni mesti dia nak mintak tiru ni.

"Nak-" belum sempat Damia menghabiskan kata katanya sebuah buku latihan matematik telah selamat mendarat di mukanya.

"Hehe thanks"ucap Damia dan dia mula meniru. Contoh yang tak patut di contohi.

-----------------------------------------------------------
Pada waktu rehat.

"Weih Fea asal kau beli makanan banyak sangat. " Tanya Damia. Mana tak hairan selalunya Fea makan tak banyak. Kadang langsung tak makan tapi kalini Fea melantak tak ingat dunia.

"Alah baby nak makan lah" ujar Fea Perlahan agar tak ada orang lain dengar.

"What?! Kau preg-umph" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Fea sudah terlebih dulu menekup mulut Damia.

"Slow lah sikit bangang." Marah Fea.

"Hehe sorry."

Tiba-tiba Fea menangis.

"Eh kau kenapa?"tanya Damia panik. Entah apa yang membuatkan mak buyung tu mengangis.

"Aku nak bau ketiak laki aku...hiks"

"Weih kau jangan buat hal lah minah" nak taknak dia kena bawak Fea jumpa Hazman.

-----------------------------------------------------------

Tok!tok!tok!

"Masuk" sejurus sahaja diarahkan untuk masuk oleh Hazman, Damia terus masuk dengan Fea yang sedang menangis.

"Kenapa ni?" Tanya Hazman kepada Damia.

"Haih. Entahlah katanya nak bau ketiak laki dia" ujar Damia. "Sebab itulah saya datang membawa hajat untuk menghantar mak buyung kesayangan yang mengidam ni kepangkuan suami tercintanya" ujar Damia dengan sedikit sindiran.

Setelah itu Damia terus keluar dengan memegang dadanya .

"Sakit. Tolonglah hormat orang yang belum kawin ni huhu😭" Damia menangis dalam hati.

Fea di dalam apa lagi langsung duduk dibawah ketiak Hazman.

"Haih sayang... Pelik betul mengidam"

"Biar lah. Anak dia jugak yang nak"jawab Fea.

Cklek

"Maaf-" cikgu Kamarulzaman belum sempat menghabiskan katanya langsung berpaling ke belakang

Hazman lupa untuk mengunci pintu. Fea pulak entah kenapa terlebih berani dia langsung tak berganjak dari kedudukannya.

Tapi dia bersyukur kerana yang masuk adalah cikgu Kamarulzaman kerana cikgu penolong kanan kokurikulum itu memang sudah tahu akan hubungannya dengan Fea kerana dia adalah teman dekat ayah Hazman.

"Kenapa ?"tanya Hazman apabila Fea sudah bangun dari pangkuannya.

"Erm pasal PPT (peperiksaan pertengahan tahun). Saya nak mintak tolong cikgu tetapkan tarikh.

"Hm kita buat start ahad minggu depan dan habis ahad minggu lusanya" Hazman memberi tarikh dan cikgu Kamarulzaman pun beredar dari situ.

"Abaaaaang" panggil Fea meleret

"Kenapa?" Tanya Hazman lembut.

"Tak puas lagi lah" ujar Fea mengundang tawa kecil Hazman. Tidak menunggu lama Hazman mendepakan tangannya mempersilakan Fea untuk duduk di bawah ketiaknya.

-----------------------------------------------------------

Kereta Hazman di parking di dalam basement penyimpanan kereta. Dia dan Fea berjalan keluar dan masuk ke dalam rumah. Tapi anehnya mereka ada mendengar bunyi televisyen dan suara orang berbual. Sesampainya diruang tamu, terlihat dua orang wanita sedang bergelak tawa di depan tv.

"Assalamualaikum tokmi, kenapa tak cakap nak datang." Ucap Hazman dengan penuh sopan santun

"Tak adalah saje nak buat surprise. Ni tokmi ada bawak balik bakal cucu menantu tokmi"ujar Puan Laila sambil menunjuk ke arah Jannah tanpa menghiraukan Fea.

"Hm? Sape nak kawin?" Tanya Hazman perasaannya tak sedap.

"Lah nak kahwinkan dengan kamu lah." Ujar tokmi.

"Tokmi kan Harri dah kahwin" Hazman memang memperbahasakan dirinya sebagai Harri dengan orang tua tu. Lebih tepatnya orang tua mulut puaka.

"Lah perempuan tu entah kau kutip kat mana. Entah entah kat tepi semak . Ni Siti Nur Jannah anak Dato' Hisyam. Cantik,kaya ,ada karier,dan paling penting ada maruah. " Ujar Puan Laila dengan nada sinis.

Fea yang berada dibelakang Hazman langsung naik menuju kebilik. Ikutkan dia boleh je nak melawan tapi diingatkan bahawa Puan Laila sudah tua dia tidak berani untuk melawan.

"Dahlah tokmi. Jangan buat isteri Harri macam tu"ujar Hazman tak berpuas hati dengan tindakan tokmi yang sesedap rasa ingin menjodohkan dia dengan Jannah. Bukan dia tidak tahu Jannah itu berhati busuk.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now