Bab 9

40 3 1
                                    

Fea terbangun apabila terasa alarm telefonnya berbunyi yang menandakan masa untuk bangun dan menunaikan kewajipannya sebabgai seorang muslim. Fea tidak pernah meninggalkan solat fardhu kerana dia tahu dengan solat pasti akan ada keajaiban, seperti sekarang dengan ajaib dia dipertemukan dan disatukan dengan Hazman.

Fea merasa ada tangan yang melingkari perutnya dari belakang. Tangan Hazman dialih perlahan-lahan. Walaupun Hazman memang tidur mati tapi dia tetap berhati-hati sebab kekadang suaminya itu tidak tidur tapi hanya menutup mata tapi alhamdulillah kerana Hazman tidur dapatlah dia bangun menyarungkan baju dan berlalu ke tandas dengan aman.

Setelah selesai mandi dia mengejutkan Hazman untuk menjadi imamnya. Hazman bangun berlalu ke kamar mandi dan mandi wajib. Dia keluar dengan berbaju t-shirt dan berkain pelikat. Kopiah dicapai dan disarung ke atas kepala dan bersiap untuk menunaikan solat.

Setelah habis solat mereka turun ke restoran yang berada di dalam hotel yang berdekatan dengan lobi hotel itu. Hazman menarik kerusi dan mempersilakan Fea untuk duduk. Dengan sigap seorang pelayan datang mengambil pesanan.

Mereka makan dengan senyap sebelum Fea bersuara memecahkan kesunyian.

"Abang, nak tanya adik beradik abang duduk kat mana?" Fea tertanya kerana dia pun hanya bertemu sekali sahaja dengan abang dan adik Hazman.

"Yang mana satu. Kalau doktor tu dia ada je kat Malaysia"jawab hazman.

"Kalau yang mmmm yang Ad-Ai aaa apa-apa jela. Yang terencat akal tu?"

"Dia duduk kat UK tapi dia datang time cuti sem. But dia terpaksa balik sambil nangis merajuk mengadu kat mummy ada orang panggil dia 'manusia terencat akal'"jawab Hazman dengan sinis.

'pulak dah aku terlepas cakap lah'

"Umm adik beradik abang 3 orang eh?"tanya Fea lagi

"Tak. Semua sekali 5 orang. No.1 yang doktor hari tu Dzakwan yang sulung. No. 2 abang no. 3 Afiq André kembar abang beza lima minit. No. 4 yang terencat akal tu Adam Aiden. Last yang ni nama normal siket Danish Fahmi baru 17 tahun."

' Danish Fahmi ' nama tu macam nam crush Damia. Ah tak mungkin.

"Banyak nya adik beradik. Mesti riuh rumah keluarga kalau berkumpul. Mesti happy " jawab Fea.

"Sebab tu lah kita kena ada baby banyak-banyak baru happy" kata Hazman dengan senyum nakal."

Muka Fea mula membahang. Dengan itu suasana kembali sunyi tanpa sebarang perkataan. Malu punya pasal.

-----------------------------------------------------------
Setelah makan, Hazman membawa Fea ke pantai. Di sana Hazman duduk bersantai diatas kerusi malas yang tersedia manakala Fea tidak ubah seperti budak-budak. Fea bermain pasir di tepi pantai yang biru. Dengan rambut pendeknya,muka bulatnya, pendeknya lagi memang nampak macam budak. Ini kalau jalan dalam mall, ada orang report budak sesat karang.

Hazman bangun untuk membeli aiskrim di sebuah gerai aiskrim yang tak berapa jauh dari tempat mereka sekarang. Dia membeli 2 kon aiskrim berperisa coklat. Dia pusingkan badan untuk berjalan balik. Sesampainya di tempat mereka duduk tadi, dia mula panik. Fea tak ada di situ. Dia mencari ke seluruh kawasan pantai namun gagal menemui sosok isterinya.

Telefon bimbit dikeluarkan dan nombor Mika di dail. Mika adalah seorang kawan sekaligus bawahannya yang bekerja sebagai hacker. Dia menyuruh mika mencri keberadaan Fea berbekalkan rantai yang pernah diberikan kepada Fea. Rantai itu telah ditanam GPS. Tak berselang lama location isterinya dihantar. Hazman bergegas menaiki keretanya dan meluncur laju di atas jalan raya.

-----------------------------------------------------------

Fea terbangun dalam keadaan terduduk di atas kerusi. Badan,kaki dan tangannya diikat. Kepalanya sangat sakit. Dia melihat sekeliling dan dia mendapati dia berada di sebuah ruangan yang tidak gelap tapi kotor.

"Aku kat mana?"

Lelaki yang memakai baju tanpa lengan itu langsung tidak menjawab. Malah dia menjeling Fea sinis.

"Aku tanya ni aku kat mana?!!!" Nada suara Fea menaik.

"Diam!"

"Jawab lah sial!!!! Aku kat mana?!!!!"

Pang!

Terteleng kepala Fea akibat tamparan itu. Pipi Fea berasa panas dan mulut Fea pedih kerana pecah sedikit.

Cklek

Pintu bilik itu dibuka dan terlihat seorang lelaki berpakaian kemas seperti orang kaya. lelaki itu jalan mendekat. Fea hanya mampu berdoa di dalam hatinya.

' ya Allah tolonglah selamatkan hamba Allah. Hamba belum taubat ya Allah ' doa Fea.

"Hm cantik betul bini King ni" ucap lelaki itu seraya mengelus pipi Fea.

"Tapi sayang sebab malam ni kau akan jadi lauk aku. Kata lelaki itu. Lebih tepatnya kata Adief Naufal.

"Kau nak apa lagi dari aku hah?!"

"Aku nak kau jadi lauk aku. Layan aku." jawab Adief dengan senyuman phsyco.

"Well... Benda tu takkan jadi" kata satu suara dari belakang Adief. Ya... Itu adalah Hazman.

Buk!

Muka Adief ditumbuk. Perutnya ditendang. Kakinya di sledding biar dia jatuh. Hazman naik keatasnya dan menumbuk Adief bertubi-tubi. Sampai lunyai budak tu dikerjakannya.

Setelah puas Hazman menerpa ke arah Fea. Dia membuka ikatan Fea dan mencempung tubuh Fea.

"Ke-kenapa aw..ak tinggal saya?" Tanya fea dengan nada ingin menangis.

"Aw....ak langgar... Janji. Awak kata takkan....hiks....takkan tinggalkan saya...awak tipu." Ujar Fea dalam tangisan. Tangannya memukul dada Hazman. Hazman langsung tak terkesan dengan pukulan itu. Baginya pukulan Fea hanyalah seperti pukulan budak kecik.

"Sorry, saya cuma pergi beli aiskrim. Awakkan suka aiskrim coklat, nanti balik saya beli aiskrim ya?" Pujuk Hazman. Fea nih pernah merajuk sebab dia tak bawak pergi taman permainan sebab fea nak bermain buaian padahal dah janji tapi lupa, dekat seminggu jugak tak bercakap. Dia berharap Fea tak merajuk lagi.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now