Bab 15

30 3 0
                                    

Masuk sahaja waktu rehat, Fea dan Damia bergegas keluar dari bilik darjah dan berjalan beriringan ke kantin. Qaseh dan Maya keluar 5 minit awal kerana mereka antara yang terawal menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu Kamarulzaman. Fea dan Damia keluar lebih lambat kerana mereka menolong Cikgu Kamarulzaman untuk menanda buku latihan para pelajar. Damia dan Fea berlari ke kantin kerana takut terlepas masa rehat. Malang tidak berbau tiba-tiba

Bukk!

"Hahaha" Damia dengan kuat ketawa melihat kecuaian Fea yang lupa mengikat tali kasut yang menyebabkan tuan punya badan berakhir di dalam longkang. Bawaan budak kot jadi pelupa macam tu. Mujurlah hanya kakinya sahaja yang terhatuk pada tepian longkang bukan perutnya. Tetap sahaja kejadian itu meninggalkan kesan biru yang melintang di bahgian depan betisnya. Fea pun berjalan secara terhinjut-hinjut ke kantin sambil menahan sakit manakala Damia pula memapah Fea dalam keadaan menahan tawa dan berjaya mengundang jelingan tajam dari Fea.

"Bo lah suke nye!" marah Fea tapi itu hanya membuatkan tawa yang ditahan dari tadi terhambur keluar juga. 'Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa' dan cubitan Fea singgah lengan Damia. Damia mengaduh kesakitan di sela tawa yang masih belum reda.

mereka rehat bersama da macam biasa Fea membeli banyak makanan. Fea yang sedang makan dengan lahap seketika terus berhenti mengunyah rasanya dia kehilangan selera apabila melihat Adief yang datang menerpa kearah mereka. Dengan tergesa-gesa Fea terus mengambil makanan di atas meja kantin dan berjalan menuju ke foyer. Sudah hilang seleranya melihat muka lelaki itu. Damia yang melihat Fea yang mula berjalan terus cepat-cepat mengikut langkah Fea . Mujurlah hari ini dia tidak membeli nasi. Kebetulan ada ayam yag dijual dalam plastik lebih menarik perhatiannya.

Fea berlalu berjalan melepasi Adief Naufal tanpa meyapa bahkan tengok muka Adief Naufal pun tidak. Dengan ini Damia sudah pasti bahawa pasti ada sesuatu yang terjadi diantara Fea dan Adief. Damia memilih untuk memusuhi Adief sama seperti yang dilakukan oleh Fea. Hanya dengan melihat muka Adief sudah ampuh untuk membuatkan Fea melakukan kerja amal dengan meyedekahkan semua makanan yang dibelinya tadi kepada rakan sekelas.

***************************************

Hari ini Hazman tidak dapat menjemputnya pulang kerana dia mempunyai kerja yang harus dibuat diluar sekolah. Dia sudah menyuruh pemandu peribadinya megambil Fea dari sekolah.

Edward iaitu pemandu peribadi Hazman keluar dan membukakan pintu untuk Fea. Fea masuk ke dalam perut kereta dan Edwar kembali ke tempatnya dan mula melaju membelah jalan. Fea yang duduk manis dibelakang sudah megeluh lapar. Ni semua salah mamat tu. Fea menyalahkan kehadiran Adief pada waktu rehat yang menyebabkan seleranya terbantut.

Sampai sahaja di rumah, Fea langsung berlalu ke dapur dan memasak. Dia cuma memasak untuk dirinya sahaja kerana Hazman kata dia akan pulang agak larut. Tapi apa yang Fea tak sedar adalah ada seseorang yang berjalan di belakangnya. Lelaki itu memegang sebilah pisau dan mengacukan ke arah belakang pinggang Fea. Merasa ada benda tajam dibelakangnya membuatkan Fea terkaku seketika. Fea berpusing secara perlahan-lahan menghadap orang yang menghunus pisau kearahnya.

Muka Fea berubah... daripada takut kepada tersenyum.

"Kau ni, buat aku terkejut je lah!" Marah Fea.

Lelaki itu tersengih seperti kerang busuk.

"Alah janganlah marah, aku gurau je. Whatever little princess... I miss you so much" kata lelaki itu.

"You're not change, Mikey "

Lelaki itu adalah Haffiz Mikey Martin, abang angkat Fea. Lebih tepatnya 'long lost adopted brother'.

"How can you find me here?"tanya Fea berbahasa Inggeris.

"Let's just say... indahnya takdir"

"That's not an answer that I wanna hear "

"Ok...ok...well to be honest I hired a spy to search you. One day the spy saw you at the hotel. "

"Wow...what a crazy brother."

"This is Mikey you know. Nothing I can't do"ucap Mikey sambil mendabik dada."wait...are you pregnant? Jantan mana yang buat?"

"Hey calm down... I'm married " jawab Fea untuk mengurangkan kemarahan Mikey.

"Oh...but you're only 17"

"I'm happily married since 16"

"Damn, that's young" tak dapat diterima akal fikiran Mikey apabila mendengar penyataan Fea.

Akhirnya Fea memasak dan makan bersama dengan Mikey. Mereka berbual mesra melepas rindu. Mana tak nya. Dulu masa Fea berumur 14 tahun Fea bertemu dengan Mikey secara tak sengaja . Fea melihat Mikey yang sedang terduduk lemas menangis di bangku taman yang berada di hospital. Fea mendekati Mikey dan menanyakan apa yang berlaku. Pada awalnya Mikey tidak menjawab dan memilih untuk mendiamkan diri. Tapi melihat Fea yang tidak berganjak dari tempatnya membuatkan Mikey terbuka untuk meluahkan isi hatinya. Rupanya ibu kepada Mikey mengalami amnesia yang membuatkan dia lupa akan Mikey dan berdelusi yang dia mempunyai anak perempuan. Ibu Mikey atau lebih dikenali sebagai Puan Mekayla.Mikey menyuruh Fea untuk berpura-pura menjadi adiknya supaya ibunya lebih bertenang dan bersetuju untuk menerima rawatan. Dan itu berhasil. Setelah itu Mikey memutuskan untuk mengambil Fea sebagai adik angkat. Tapi mereka terputus hubungan apabila telefon Fea rosak akibat dibaling oleh ayahnya. Membuatkan mereka tidak berjumpa selama 2 tahun.

Hazman masuk ke basement tempat dia memarkir kereta-keretanya. Baru sahaja ingin masuk dia melihat ada sepasang kasut lelaki berjenama Nike. Dia terus meluru masuk dan disapa dengan pemandangan yang membuat dia salah faham. Dia meluru kearah Mikey dan...

Buk!

"Tak sangka kan...aku baru keluar sekejap dah main kayu tiga belakang aku eh" Kata-kata Hazman berjaya menggores hati Fea.

Fea baru sahaja ingin membuka mulut tapi Hazman memintas

"Kenapa? Nak cakap yang kau boleh jelaskan?"seusai mengatakan itu Hazman tergelak sinis. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.

"Cih... suami jenis apa kau ni? Langsung tak percaya dengan isteri sendiri" ujar Mikey sinis.

"Apa lagi yang nak dijelaskan?! Semua dah jelas depan mata!" Marah Hazman. Lalu berura ingin menumbuk Mikey. Tapi Mikey tidak kalah cepat dia mengelak.

"Abang!" Fea ingin menegur Hazman tapi keadaan yang tegang itu membuatkan dia ternaik suara kepada Hazman. Makin bertambah marah Hazman.

Pang!!

Terteleng muka Fea kesisi . Pipinya terasa pijar dan panas. Terasa ada cecair besi berkumpul di dalam mulut akibat dari pecahnya hujung bibir Fea. Dia tak sangka yang Hazman akan naik tangan kearahnya. Selama ini dia langsung tak pernah nak sakitkan Fea. Paling tak pun dia hanya menjentik dahi Fea.

"Tak sangka kan...saya kena tampar harini...lagi sakit...suami sendiri tak percaya kat kita"ucap Fea dengan nada bergetar menahan tangis. Fea terus berlari naik ke atas. Dia tak masuk ke dalam bilik mereka tapi dia lebih memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik tetamu.

Hazman tak berkutik. Akhirnya Mikey mengajak Hazman untuk berbincang mengenai kesalah fahaman yang terjadi. Mikey menceritakan semua tentang kisah lalu mereka dari A sampai Z. Setelah mendengar itu,hatinya dijentik dengan rasa bersalah. Satu kerana dia cepat menuduh. Kedua dia telah naik tangan dengan Fea. Dah lah Fea tengah mengandung.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now