Bab 29

26 3 3
                                    

Aku dan Damia sedang duduk di ruang tamu sambil berzikir. Adik beradik Hazman yang lain hanya menjadi pemerhati.

"Sayang..."panggil Hazman.

"Hm" ringkas sahutan yang diberi.

"Sayang tengok cerita apa dekat wayang tadi sampai jadi macam ni? Pucat bagai" tanya Hazman. Curiosity yang tidak dapat dibendung lebih lama.

Damia mengeluarkan tiket wayang kami tadi dan memberinya kepada Hazman. Tiket itu dibaca dan tertera tajuk 'Seksa Kubur'. Cerita yang menceritakan azab di dalam kubur bagi mereka yang melanggar perintah tuhan seperti meinggalkan solat,tidak menutup aurat dan sebagainya. Dengan ini Fahamlah Hazman dengan apa yang membuatkan isteri tercintanya ini pucat lesi dan berubah serta merta. Sudah insaf gamaknya. Paling terkejut beruk dengan perubahan Damia adalah Danish

Di lain sisi ada orang yang menyaksika mereka dengan perasaan yang iri melihat kedekatan mereka berdua. Mukanya memang kelihatan tenang tapi hati nya sudah mula membusuk memikirkan plan untuk meghancurkan rumah tangga mereka berdua.

*********************************

Kaki menapak masuk ke dalam mansion milik lelaki pujaan hati. Dengan senyuman yang lebar dan percaya diri dia melangkah. Senyuman itu memudar apabila mendapat tahu bahawa Sang Pujaan Hati tidak ada di sini. Memanglah Hazman tak ada sebab dia ada kat Malaysia. Well kembar tetap ada di sini. Dia menyempatkan diri menemui kembar itu.

Kaki mendekati dua budak kecil yang sedang dijaga oleh Emely. Tapi kedatangannya sepertinya tidak disambut dengan baik di mana budak berdua itu seperti menghalaunya dengan menangis dan melempar mainan kearahnya. Salah satu mainan lori terlempar tepat ke kepalanya. Jannah yang sudah tidak tahan mengambil langkah untuk meninggalkan tempat itu. Sebelum dia betul-betul lesap dia sempat menangkap perkataan Izz dan Qarsh.

"Scupid(stupid)...."ucap Izz.

"Ho(hoe)" Sambung Qarsh. Emely disebelah sampai merah muka menahan tawa yang mungkin bakal tersembur. Jannah membalikkan badan dan memberikan jelingan maut kepada mereka. Emely pula sudah menggelabah takut.

"Good job...i mean.. ehem...its not good thing to say" alamak tersasul pula memuji budak berdua tu. Harap Jannah a.k.a Jahannam tu tak buat hal lagi lah lepas ni.

Jannah berlalu pergi dengan dada berombak panas. Kecik-kecik dah pandai panggil orang ni 'hoe'. Ni mesti ajaran Fea.

'Aku akan laporkan kepada tokmi apa yang Fea ajar kepada budak berdua tu sampaikan diorang boleh jadi kurang ajar macam tu'batin Jahan...I mean Jannah berbicara.

*******************************

"Kau tunggu...aku baru aje start game aku. Aku tak akan biarkan kau hidup bahagia dengan dia" ujar lelaki itu sambil meneguk air kencing syaitan yang berbaki di dalam gelas.

Club itu sangat sesak dengan manusia yang sesat dan lalai. Bunyi bising dan bingit serta bau alkohol yang menyengat langsung tidak mengganggu lelaki bernama Adief Naufal.

Dia sudah menerima laporan yang mengatakan Fea berada di Malaysia. Tapi dia tidak mahu bertindak melulu agar plannya kali ini berhasil. Memang spesies cikgu lahanat. Sepatutnya dia lah tunjuk contoh yang baik tapi sekarang,dialah yang meneguk air kencing syaitan.

"Kemenangan ada dalam tangan aku. Tak sangka diorang boleh tertipu dengan orang terdekat sendiri Hahahhah!!!" Adief ketawa kemenangan. Ya! Ada orang terdekat Hazman dan Fea yang menjadi mata-mata untuk memberi maklumat semasa kepadanya.

*******************************

"Ya tokmi,betul. Apa benda yang dia ajar kat budak-budak tu. Memang tak ada adab" cerita Jannah bersungguh-sungguh kepada Puan Laila.

"Huh aku dah agak perempuan tak bermaruah tu tak layak jadi pasangan Harri. Jaga anak pun tak pandai.Takpe nanti aku kasi ajar dia. Sekarang Jannah kena fokus untuk dapatkan harri dulu. Perempuan tu biar tokmi uruskan" ujar Puan Laila yang sudah diseliputi kemarahan dan keangkuhan. Haduih tua-tua dah nak mati pun sempat lagi dia fikir untuk musnahkan hidup orang.

"Thanks tokmi. I appreciate that" Kata Jannah dengan senyuman yang melebar. Dia kemudian megucapkan selamat tinggal kepada Puan Laila dan berlalu pergi ke sebuah restoran.

Kaki melangkah masuk. Kepala berpusing ke kiri dan kekanan mencari susuk tubuh yang baru dikenalinya selama 6 bulan. Setelah menangkap kedudukan lelaki itu,senyuman manis diberikan.

"Hey,I lambat ke baby?" tanya Jannah kepada lelaki itu.

"Eh,no. I yang awal sangat sebab exited nak jumpa buah hati pengarang jantung I sorang ni" sempat Mikey bermadah yang berjaya membuat girlfriendnya 'Jannah' tersipu .

"Alah You ni, sweet sangat" senyuman lebar tadi makin melebar apabila sejambak bunga mawar merah di berikan. Awww tak tahu pulak Mikey boleh jadi sweet macam ni.

Mikey dan Jannah ialah sepasang kekasih sudah lima bulan. Mereka bertemu 6 bulan yang lalu di tengah jalan New York bertepatan di depan sebuah kafe. Mereka berkenalan apabila Jannah tidak sengaja menumpahkan kopi ke baju Mikey. Mikey pada mulanya ingin marah tapi kemaraha dia reda apabila melihat wajah cantik Jannah. Dan...Bermulalah cinta pandangan pertama. Mikey mengambil masa satu bulan untuk tackle Jannah. Mikey tidak tahu bahawa Jannah ada hubung kait dengan Fea dan Hazman. Sebaliknya begitu juga dengan Jannah. Dia tidak mengetahui status Mikey sebagai abang angkat Fea.

*****************************

Di lain sisi ada seorang manusia yang sedang menatap foto Jannah.

"Oh my heart goes dup dap dap dup just with looking at your pitcure. One day you'll be mine i swear" Afiq bermonolog sendiri.

Tak boleh tipu diri sendiri dia memang suka dengan Jannah sejak pertama kali tokmi bawa dia berjumpa dengan family Hazman. Dia ingin menyatakan perasaan tapi dia mengurungkan niat dia kerana Jannah sepertinya tidak disukai oleh Puan Rosa. Entah apa penyebabnya. Tapi sekarag dia bersumpah akan berjuang demi cinta hatinya. Sekarang dia sudah tak ada halangan. Itu yang dia fikir. Tapi dia tidak tahu akan halangan lain iaitu Mikey.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now