Bab 19

30 3 0
                                    

Kring!!! Kring!!!

Tangannya mencapai telefon diatas meja kecil di tepi katil. Mata dibuka melihat jam di telefon sekarang sudah pukul 8.40 pagi. Alamak dah lambat bangun. Itu lah sape suruh lepas subuh terus merangkak cari katil.

Sebelahnya dikerling, Hazman sudah pergi kerja. Haduh macam mana lah nak digelar isteri mithali kalau suami sendiri pergi kerja pun dia masih tak bangun. Tapi tak apa sebab setiap malam dia sudah siap menggosok baju kerja Hazman. Dia bangun,tirai diselak dan memaparkan suasana yang tenang. Dia sekarang berada di New York atas arahan Hazman untuk berpindah ke sini. Mereka berpindah ke mansion milik Hazman yang sedikit jauh dari pusat bandar.

Kaki menapak ke bilik air dan mula membersihkan diri . Dia berniat untuk melancarkan mogok terhadap Hazman sebab pergi kerja tak bangunkan dia. Morning kiss pun tak dapat.

Sampai sahaja di bawah sudah kedengaran suara budak menangis. Dia berjalan menuju sumber suara di ruang tamu dan melihat Emily iaitu pembantu rumah itu sedang kesusahan menjaga Izz dan Qarsh.

"Emily, its ok I'll handle them. You can continue your work" ucap Fea kepada Emily.

"Ok maam"jawabnya sebelum berlalu untuk menyambung kerjanya. Dia sedikit susah berkomunikasi dengan Fea kerana accent yang digunakan Fea adalah accent British manakala dia bercakap menggunakan accent Amerika. Nasib baik lah dia faham jugak apa yang dikatakan Fea. Walaubagaimanapun Fea tetap bercakap bahasa inggeris lagi bagus dari pertemuan mereka dahulu . Masa mula-mula pindah ke sini Fea langsung tak bercakap malah dia menggunakan Google translator untuk berkomunikasi.

"Anak mama kenapa nangis?" Kesian aunty Emily kena layan Izz dan Qarsh"

Kembar itu di letakkan diatas baby chair. Nestum disuap kepada mereka. Usia Izz dan Qarsh sudah menginjak 10 bulan.

Hazman dan Fea berpindah ke US setelah Fea selesai berpantang. Bukan 44 hari tapi 100 hari. 100 hari Fea sangat mencabar dengan kehilangan Puan Rosa ditambah pula dengan emosi yang memang tak stabil. Ini membuatkan dia kemurungan dan hampir kena sindrom baby blue.

Baby blues syndrome adalah gangguan kesehatan mental yang dialami wanita pasca melahirkan. Gangguan ini ditandai dengan munculnya perubahan suasana hati, seperti gundah dan sedih secara berlebihan.

Selesai sahaja dia menyuap kembar itu,dia langsung membawa mereka naik ke tingkat atas untuk dimandikan. Mencabar jugak nak mandikan mereka berdua ni. Dah siap mandikan satu , satu lagi merangkak entah ke mana. Terpaksa dia membedung salah seorang dengan kain.

Selesai sahaja memandikan Izz dan Qarsh,dia turun ke bawah untuk mengisi perut. Kembar itu diserahkan kepada Emily untuk dijaga sebentar sementara dia ingin makan. Sampai sahaja di dapur dia mula mengambil nasi. Sedang dia khusyuk mengambil nasi dia merasa ada benda tajam seperti pisau di belakangnya. Sudah tahu siapa itu dia pun memusingkan badannya dan merampas pisau itu dan terjadi satu pergelutan.

Pisau ditangan dihayun ke kiri dan ke kanan namun sempat dielak oleh lelaki itu . Lelaki itu melayangkan penumbuk tapi berjaya ditepis oleh Fea. Fea menyepak belakang lutut lelaki itu dan lelaki itu terduduk melutut dan Fea dengan segera menghayunkan pisau tepat ke tepi leher lelaki itu betul-betul dekat dengan salur darah utamanya ke kepala,tapi Fea berhenti apabila hujung pisau sudah terkena ke batang leher.

"You're over Mikey" ucap Fea dengan bangga.

"I guess i should not playing around at first. Huh jatuh martabat aku." Bebel dia. Kalau dia tak main main tadi mungkin boleh menang. Tapi pelik macam mana Fea boleh menang dengan Mikey.

"If you are not Mikey maybe you will find your own dagger cut through your carotid artery,bahasa mudahnya ialah senjata makan tuan" Fea tersenyum terpaksa,dahlah dia tengah lapar ni ada pulak Mikey datang serang. Tapi dia dah biasa sebab setiap kali mikey datang pasti pertemuan mereka begitu.

"Amboi,mulut tu kan! Dah pandai dah dia nak takutkan orang "tegur Mikey. Dia perasan selepas berpindah ke US ni, Fea macam berubah sedikit. Sikit je lah. Mungkin letih jaga anak kut. Husnuzon sahajalah.

Fea tidak menghiraukan Mikey dan terus menyambung aktivitinya sebentar tadi. Dia duduk di meja dan makan. Mikey pula tidak berhenti mengajaknya berbual. Fea pula hanya melayannya sahaja.

"Oh,bila nak sambung belajar. Lupa plak nak tanya"tanya Mikey kepada Fea kerana Fea dulu ada cakap pasal sambung belajar tapi dia nak sambung belajar di Jerman.

"Oh, dah mohon dah. Nanti tunggu hujung tahun nak tengok lepas ke tidak." Rasanya Fea akan lepas kot sebab result SPM nya sendiri dia dapat 8A . In Sya Allah dia akan dapat masuk ke universiti yang dimohon.

"So,kena tunggu keputusan aje lah.ok understood."katanya sambil mengangguk tanda faham.

Mereka terus berbual hingga Fea habis makan. Kalau tak dilayankan nanti merajuk. Tak pasal-pasal dia kena pujuk.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now