Bab 21

35 4 0
                                    

Setelah Fea tenang Hazman membawanya berjalan-jalan manakala anak kembar mereka Izz dan Qarsh ditinggal dengan Aiden yang kebetulan datang ke US untuk bercuti. Ha nak bercuti sangat kan? Jagalah bebudak tu. Ahhahahahahahaha. Sorry.

Hazman dan Fea pergi ke mall dan berjalan selayaknya pasangan suami isteri yang dilamun cinta. Mereka pergi menonton wayang,membeli beg,baju, aksesori baru. Sudah tentunya Hazman yang membayar semuanya.

Fea ternampak ada pesta makanan di tingkat atas sekali. Paling menarik adalah itu adalah Festival Makanan Halal. Halal Food Festival

"Abaaaaang....jom pergi situ" Fea menunjuk kearah tempat itu .

"Boleh. Jom"tangan Fea ditarik ke tempat itu. Dari awalnya niat nak berjalan-jalan terus jadi food hunting.

Disana sangat menyeksa Hazman. Fea membeli banyak makanan untuk dicuba tapi akhirnya Hazman yang perlu habiskan semuanya. Takpelah sayang punya pasal. Hampir hilang six-pack dia.

Setelah puas food hunting akhirnya Fea mengajak Hazman untuk pulang. Risau pulak tinggal anak dalam jagaan budak terencat akal tu. Nanti berjangkit kat anak aku tak pasal-pasal.

************************************

Masuk sahaja ke dalam rumah dia terus menjerit melihat Aiden yang tertidur pulas dengan Izz manakala Qarsh pula sedang bermain dengan pistol milik Aiden. Dia ni nak bercuti ke nak membunuh? Haih.

Terus dirampas pistol di tangan Qarsh. Terus menangis budak tu. Bukan apa, tapi dia takut kalau Qarsh tertekan pemicu pistol itu. Dah lah muncung pistol itu sedang digigit oleh Qarsh. Dia mendukung Qarsh terus berlalu ke arah Aiden. Aiden yang sedang tertidur pulas itu terus disepak belakangnya oleh Fea. Hazman pula baru masuk terus melihat kejadian itu.

Aiden terbangun dan meringis kesakitan.

"Kau apehal?"marahnya kepada Fea.

"Aku apahal? Kau tu yang apahal? Kau sedap tidur eh. Anak aku ni kau tak tengok. Kau tau tak tadi dia duk gigit pistol kau. Kalau tertembak macam mana? Hilang sorang anak aku? Macam tu? Nak bercuti tu buat lah macam nak bercuti. Ini tidak, bercuti dia buat macam nak membunuh. Adik beradik Lorenzo ni memang kerja ni ke semuanya haih. Aih hai hai hai hai geramnya aku. Jangan sampai kepala kau yang berlubang aku kerjakan." Bebel Fea panjang lebar. Hazman yang ingin bertanya tadi terus menghentikan hajatnya. baru tahu sebab Aiden disepak sebentar tadi.

Mereka berdua bergidik ngeri mendengar amukan Fea. Baik jangan di kacau. Karang kan betul-betul tembus kepalanya macam mana? Dahlah belum taubat.

Fea pula sudah menapak naik ke atas. Entah kenapa selepas dia beranak ni dia makin baran. Rasa nak marah aje.

************************************

Hari ini hari dimana Fea akan mendapat pengumuman kemasukan dirinya ke dalam universiti yang di mohon. Bismillah dibaca website itu perlahan-lahan dibuka dan...

"Alhamdulillah!!!! Yeay!" Sampai terjerit Fea akibat terlalu teruja dan bahagia.

"Kenapa sayang ?"tanya Hazman pelik pulak tiba-tiba Fea terjerit sakan.

"Saya lulus. Saya dapat masuk kat universiti yang saya mohon haritu"jawab Fea dengan bersemangat.

"Really? Alhamdulillah. Tapi betul ke sayang nak pergi Jerman ni? "Tanya Hazman dengan muka sudah menunjukkan riak sedih. Bukan dia tidak bangga yang isterinya mendapatkan pelajaran tinggi di universiti terbaik. Tapi dia sedih kerana dia akan berjauhan dengan Fea dalam tempoh yang lama. Huhu 😭 boleh wife sick dia nanti.

"Ya, abang. Keputusan saya muktamad."jawab Fea dengan yakin.

"Huft...ok lah. Tapi jaga diri kat sana. Jangan nak ngorat lelaki lain pulak." Awal-awal lagi Hazman sudah memberi amaran. Kan tak pasal-pasal ada orang cuba try Fea. Bukan boleh percaya dengan orang negara barat ni.

"Iya, bang. Don't worry." Jawab Fea.

Fea bangun dan berjalan naik ke bilik dan mula mengemas barang.

************************************
Malam ini adalah malam terakhir Fea berada di US sebelum bertolak ke Jerman. Dia pun berata hati nak tinggal anak kembarnya dalam jagaan orang lain. Buatnya tertelan peluru? Haduih.

Fea yang sudah siap menidurkan anak-anaknya pun langsung berlalu masuk ke bilik tidur dia dan Hazman. Nampaknya Hazman masih ada di bilik kerjanya.

************************************

Hazman masuk ke bilik. Badannya sudah letih . Haus pulak . Nasib baik di dalam bilik dia itu sudah disediakan air. Air dituang dan diteguk rakus. Pelik,mana isterinya ?
Seingatnya tadi kembar itu sudah tidur. Sambil dia berfikir tiba-tiba pintu bilik air dikuak.

Muncul susuk tubuh Fea yang hanya memakai lingerie sambil  tersenyum menggoda. Terus dia rasa badannya bertenaga balik. Letihnya tadi sudah hilang.

"Little angel, what are you doing?" Tanya Hazman dengan kening terjungkit dan bibir tersenyum senget.

"Nanti abang kena puasa lama. Jadi why not. For the last time" ajak Fea dengan senyum nakal.

"Wow girl you're so brave huh"Hazman terus bangun dari duduknya.

Dia berlalu ke katil dan duduk disitu. Fea ditarik duduk diatas ribanya.

Fea pov

Adui Fea kau juga yang nak tadi apasal sekarang malu pulak huhu. Tak boleh jadi ni. Malam ni aku kena berani.
Fea pov end

Hazman mengelus peha Fea. Fea yang sudah tekad untuk lebih berani pun menolak Hazman sampai lelaki itu terbaring. Hazman yang terkejut terus mengawal reaksi. Mukanya sudah merah. Apa pasal pulak bini aku malam ni. Selalunya Fea yang blushing tapi sekarang dia pulak.

************************************

Pagi-pagi lagi mereka sudah sampai di airport. Kedua anak kembarnya di peluk erat . Rasa ingin menangis pulak nak tinggal diorang.

Suasana John F Kennedy internasional airport itu sangat riuh dan agak sedikit sesak. Mungkin diorang juga akan keluar negara untuk menyambung pendidikan. Ramai keluarga yang ada di situ. Ada yang senyum,ada yang menangis,ada yang tanpa perasaan.

"Sayang" panggil Hazman mematikan lamunan Fea.

"Ya?" Sahut Fea.

"Jaga diri baik baik tau. Abang sayang little angle abang ni." Ucap Hazman penuh makna.

"Abang apa ni? Jangan lah buat macam ni. Makin susah lah saya nak tinggal abang. Hiks...nanti sape nak teman saya tidur,makan, jalan-jalan? Hiks...huwaaaa."kata Fea sembari menangis. Fea terus memeluk Hazman seperti tak mahu dilepaskan.

Hazman memujuk Fea agar harus tetap semangat dan kuat. Nama kapal terbang Fea sudah dibaca. Penumpang sudah dipanggil. Akhirnya Hazman dan Fea harus berpisah. Hazman memeluk Fea buat kali terakhir sebelum dia pergi. Fea pula bertindak menvium bibir Hazman. Setelah agak lama tenggelam dalam ciuman itu. Dia pun berjalan ke arah kapal terbang. Langkahnya longlai. Sedih bercampur baur. Kembar itu pulak tak berhenti menangis dan memanggil.

"Ma..mmama" panggil kembar itu serentak. Semakin Fea tak sanggup untuk pergi. Tapk kakinya digagahkan juga untuk pergi menuntut ilmu di negara orang.

Fea masuk ke dalam kapal terbang. Tiket ditunjuk dan dia dibawa oleh pramugari ke arah tempat duduk first class. Pada mulanya Hazman suruh Fea naik kapal terbang peribadinya sahaja. Tapi Fea menolak dengan alasan takut nanti bersendirian.

Fea bersyukur dapat naik first class flight. Pramugari akan selalu datang dan bertanya jika ada apa-apa yang dilerlukan. Kerusinya pula sangat selesa. Boleh dijadikan tempat tidur juga. Ada mini bar berdekatan dengannya.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now