BAB 1

64 2 0
                                    

Zara Aqeela. Tunang kepada Ikmal Hakeem. Dia yang ralit berborak dengan si tunang itu dikerling oleh sahabatnya. Marsya Humayra , sahabat kepada Zara Aqeela. Gadis itu berdecit perlahan melihat gaya yang dilakukan oleh Zara yang tidak ubah seperti ulat bulu itu.

Taulah borak dengan tunang! Hampeh punya kawan.

"Oh... Okey awak, bye. Assalamualaikum" Pamit Zara kepada Ikmal. Marsya memandang Zara yang tersenyum lebar melihat kearah telefon pintar milik gadis itu. Dia kasihankan pada gadis malang itu. Ada sesuatu tentang tunangnya yang Zara tidak ketahui.

"Zara, jom kita keluar harini? Aku nak beli barang dapur kita. Lepastu terus kita makan luar harini. Tak payah masak. Jangan risau aku belanja kau" Marsya tersenyum sambil menjongketkan kenjngnya berkali-kali.

"Orait Mar! Kejap, bagi aku masa nak bersiap dulu." Terus saja Zara berlari menuju ke bilik. Excited betul awak ye?

"Iyelah. Cepat sikit ye sayangku!" Pekik Marsya sebelum dia terkekeh perlahan.

Setelah Zara keluar dari biliknya, dia melangkah dengan cepat kearah Marsya sebelum merangkul bahunya. Marsya hanya mengaduh perlahan.

"Aku dah siap. Jom!" Teruja sungguh gayanya gadis ini. Marsya hanya merangkul lengan milik Zara keluar dari rumah sewa mereka sebelum mengunci pintu dan pagar rumah.

"Kau drive ke aku yang drive?" Tanya Zara selepas menunggu Marsya selesai mengunci pintu. Kunci tadi diserahkan kepada Zara.

"Jangan risau harini aku drive" Putus Marsya. Zara hanya menjatuhkan kepalanya petanda dia mengerti. Zara berlalu kearah tempat duduk disebelah pemandu dan menunggu Marsya untuk masuk kedalam perut kereta.

Dalam perjalanan mereka, kereta tersebut hanya dipenuhi dengan suara nyaring mereka berdua yang berborak rancak. Dua manusia ni wajib bising berborak. Kalau tak memang tak lengkaplah dunia ni!

"Kau tau tak? Haritu kan aku ada pergi airport nak ambil mak aku. Lepastu aku terlanggar dengan seorang pilot lelaki ni. Dia tinggi, kau tau!" Teruja saja gaya Marsya menceritakan pengalamannya di airport beberapa hari lepas. Ni mesti ada tangkap cintun kan? Haha!

"Haa... lepastu kau suka dia lah?" Zara cuba untuk serkap jarang. Mana tahu tekaan kite tepat ke sasaran. Ye dok?

Marsya hanya tersengih dengan matanya yang fokus memandang kearah jalan raya.

"Tapi mesti aku dah tak boleh jumpa dia lagi sebab aku tak tau siapa nama dia, kat mana dia tinggal, apa username ig dia, semua lah!" Riak kecewa sedikit sebanyak memancar pada wajah cantik Marsya.

Zara sudah pun tertawa perlahan dengan kenyataan yang keluar dari mulut Marsya. Parah betul kawan aku ni!

"Ala... Kalau ada jodoh kau jumpa lagi dengan mamat pilot kau tu, ada lah tu." Ucap Zara memujuk rakannya yang kecewa sebelum mencuba itu. Alahai, budak!

"Haa iyelah. Kau dengan Ikmal apa cerita? Jadi ke kahwin bulan depan?" Soal Marsya ingin tahu.

Zara hanya mengeluh perlahan.

"Tak jadi la derr dia tangguh lagi 2 bulan. Katanya dia nak settle hal kerja dulu sebelum dia nak ambil cuti untuk kahwin nanti." Jelas sekali pada riak wajah Zara yang dia agak kecewa.

Marsya turut mengeluh perlahan.

"Sabar la Zara, uii..."

^^^

"Kau pergi cari garam, gula, minyak masak, serbuk kari, serbuk kunyit, dengan span cuci pinggan. Aku nak cari sayur dengan barang mentah." Zara memberi tugas kepada Marsya. Marsya hanya mengangguk sebelum berlalu kearah tempat yang menyusun barangan yang disebut Zara tadi.

Mr. Smile Jodohku [og]Where stories live. Discover now