SUARA garau sesorang yang meraung itu bergema keseluruh ruanganan basement. Dirinya juga sudah tidak terurus dan tak ubah bagai orang gila. Rambutnya turut serabai. Wajahnya juga sudah ditumbuhi kumis.
"Aku menyesal kahwin dengan kau! Kau tipu aku! Kau cakap tu anak aku. Kononnya suruh aku tanggungjawab! Kau perangkap aku! Tapi sekarang semua dah terbongkar! Betina penipu! Kalau aku tahu dulu kau perangkap aku betina, aku takkan curang dengan tunang aku lah bodoh! Arghhhh!" Jerit kuat lelaki itu. Tangan menggenggam sebilah pisau, dengan kadar cepat dia menikam gambar wanita yang dilekat pada sosok mannequin yang sudah terbaring di atas meja.
Psycho!
Pisau ditangan dilempar kasar ke lantai. Kedua belah tangan naik menggenggam erat rambut sebelum ditarik frustasi. Dia menyesal mempercayai wanita yang dia anggap gila itu.
"Sofea.. Sofea.. Kau ingat lepas kau kikis harta aku, kau boleh blah macam tu je? Hell no, bitch! Aku akan bunuh kau!" Hujung bibir terjungkit sinis.
"And you, honey... Saya akan dapatkan awak balik ye, sayang? Saya minta maaf sebab duakan awak dulu. Saya kena tipu, sayang..." Ikmal mengusap gambar Zara yang terpapar di dalam skrin telefon.
"Betina tu bodohkan saya!" Ikmal kembali meroyan. Dia membaling kuat telefon miliknya ke dinding pula. Berkecai Iphone itu dek dilempar tadi.
Mata yang sudah berkaca mula dibanjiri air mata. Esakannya semakin kuat. Dia kecewa dengan situasinya. Hanya kerana bekas kekasih yang memerangkap, dia dikambinghitamkan. Setelah lama berkahwin baru dia tahu bahawa dia adalah kambing hitam.
Dia menyesal.
Dia mahukan semula gadisnya, Zara.
"Zara..." Lelaki itu mendayu memanggil sebaris nama itu. Esakannya tadi berubah dratis kepada sebuah tawa. Tawa kuatnya bergema pula ke seluruh ruangan.
"Comeback to me, sayang?" Bisik Ikmal perlahan. Bibirnya menyungging sebuah senyum. Bayangan gadis bertudung itu berlegar-legar di mata Ikmal. Dirinya semakin menggila. Bayangan wajah Zara yang tersenyum perlahan memudar. Sosok bayangan juga turut berubah menjadi bayangan Sofea.
Ikmal yang tersenyum terus mati senyumannya. Dia kembali menjerit meracau. "Pergi mampus lah kau betina! Aku benci tengok muka kau! Blah la kau! Betina bodoh!" Tangannya terawang-awang ingin menghapus bayangan bekas isteri.
Suara gelak ketawa yang menerjah isi fikirannya membuatkan dia mengundurkan langkah kaki kebelakang. Tangannya menekup kedua belah telinga. Badannya berlanggar dengan dinding sebelum dia terduduk.
"Diam! Aku kata diam!" Marah ikmal. Fikirannya kacau! Dia bagai tidak lagi waras sekarang.
DEWAN yang riuh dihiasi beratus-ratus tetamu membuatkan hati pengantin yang bersanding semakin gemuruh. Mempelai lelaki menunakkan pandangannya kearah mempelai perempuan. Kedua mereka
"Ramai jugak orang yang family kau jemput eh?" Zara cuma berdehem sebagai balasan. Marysa tanpa henti meliarkan pandangan ke serata dewan serta kepalanya diikuti badan bergerak ke kiri, ke kanan. Rayyan yang duduk tepat dihadapan gadis itu hanya melihat Marsya bertingkah seperti anak kecil. Tersenyum simpul lelaki itu.
Comel!
"Love, behave sikit sayang. Ramai orang tengok." Tegur Rayyan lembut. Marsya terus tertunduk malu selepas ditegur Rayyan.
Tengku Izz serta Zara yang duduk semeja dengan mereka melopongkan mulut masing-masing. Boleh pulak dia buat drama bersayang-sayang dua manusia ni? Zara memandang Marsya yang duduk di kerusi sebelahnya. Bibirnya sedikit mengerucut. Mata diguling malas sebelum tangan munggilnya naik menampar keras lengan si kawan.
YOU ARE READING
Mr. Smile Jodohku [og]
Romance𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙄𝙯𝙯 𝙇𝙪𝙩𝙝𝙛𝙖𝙣 𝙓 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖 My 1st story. (synopsis edited) 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖. Gadis yang malang dalam dunia percintaan, sekali lagi nasib sama menyebelahi dirinya apabila dia dicurangi oleh cik tunangnya sendiri...