BAB 10

9 0 0
                                    

ZARA setia menanti kehadiran ibu bapanya yang bakal tiba tidak lama lagi. Gadis itu ingin menjemput orang tuanya tapi ditegah oleh mereka. Ingin masa berdua katanya. Sesudahnya, dia hanya berikan alamat rumah sewanya sebelum ibu bapa gadis itu ingin berangkat tadi.

Heh! Baru nak berbakti eh alih-alih nak berdating pula mereka berdua tu.

Hari ni genap 3 hari dia duduk berseorangan di rumah memandangkan Marsya masih kalut nak uruskan majlis bertunang dan kenduri kesyukuran. Riana pula memang dah sibuk menguruskan majlis perkahwinan jadi sunyilah dia.

Kari daging dan ayam goreng dihidang di atas meja bersama sayur campur sebelum di tutup dengan tudung saji. Alang-alang dah tengahari Zara ajak lah Encik Zeyad dan Puan Safina makan bersama berbanding mereka makan di kedai. Bukan selalu merasa air tangan katanya.

Kaki dibawa menuju ke ruang tamu. Sofa berangkai tiga dihenyak. Telefon dimeja dicapai lalu dibuka. Aplikasi WhatsApp ditekan kemudian nombor Puan Safina menjadi pilihan. Pesan ditaip sebelum dihantar.

'Mak rah sine? Dah sampei, belum?' (Mak kat mana? Dah sampai, belum?)

Tanpa menunggu lama, pesan yang dihantar langsung dibalas.

'Mak ngan apak rah kawasan perumahan kau la tok. Sik lamak gik sampei.' (Mak dengan ayah kat kawasan perumahan kamu lah ni. Tak lama lagi sampai.)

'Ohhh.. Okeyy mak.'

Terus bingkas Zara berdiri lalu pintu dibuka sebelum kembali duduk. Televisyen yang ditutup kini dibuka. Saluran yang menarik dicari.

Tidak lama dia bersantai, sayup-sayup suara orang memberi salam kedengaran diluar rumah. "Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!"

Laju Zara berdiri menuju keluar rumah untuk membuka pagar agar dapat memberi laluan kepada ibu bapanya masuk ke dalam kawasan rumah. Tubuh Puan Safina dirangkul kemas oleh Zara.

"Mak.. Aiee rindu gilak kamek ngan kitak, mak." (Mak.. Ishh rindu betul orang dengan mak.) Pipi gebu Zara dicium berkali-kali olek Puan Safina. Tergeleng-geleng kepala Encik Zeyad memandang isteri dan anak perempuannya yang asyik melepas rindu. Haihlah anak..

"Mak nya jak yang di peluk cium. Apaknya sitok sik mauk kah? Balit apak mun pitok." (Mak dia aje yang di peluk cium. Ayahnya kat sini tak nak ke? Ayah balik aje lah kalau macam ni.) Encik Zeyad memasamkan muka  sebelum berura-ura untuk menarik kembali bagasinya. Pantas Zara memeluk tubuh tua ayahnya dengan wajah ceria.

"Eee... Apak tok dah tua-tua pun mok merajuk gik. (Eee... Ayah ni dah tua-tua pun nak merajuk lagi.) Jelingan manja diberikan Encik Zeyad. Kali ini giliran Puan Safina pula yang tergeleng. Ada saja perangai suami dia tu.

"Udah gik. Juh masok. Sekda orang mok nangga drama kitak duak ya." (Dah  lah. Jom masuk. Tak ada orang nak tengok drama awak berdua tu.) Puan Safina laju ingin meninggalkan dua beranak tu diluar.

"Eh– Mak ngantik kamek mak." (Eh– Mak tunggu orang mak.) Zara berlari anak mengejar langkah ibunya yang sudah kedepan beberapa langkah darinya.

^^^

"NAD tolong mama sini!"

Terperanjat Tengku Nadella yang sibuk menyusun pinggan di atas meja makan apabila diseru oleh mamanya. Bukan main lantang suara Tengku Indah.

"Iya.. Sabar ma. Nad masih susun pinggan. Give me a minute!saut Tengku Nadella.

Tengku Indah yang ada di dapur sibuk memasak untuk tetamu yang bakal bertandang ke rumah mereka. Istimewa khas dari air tangan Tengku Indah. Cewahhh.. Tak gituu?

Mr. Smile Jodohku [og]Where stories live. Discover now