"BULAN depan aku kena flight pergi Jepun. Maksudnya ada lagi 2 minggu setengah aku dengan engkau. Kau jangan rindu aku." Ucap Marsya secara tiba-tiba. Ketawa kecil disusuli keluar dari ulas bibir. Zara yang ralit menonton drama laju menoleh.
"Siyes lah? Ala sekejap nya.. Rasa macam baru semalam kau balik flight!" Keluh Zara. Mana taknya? 2 bulan lepas Marsya baru saja terbang ke Thailand. Marsya sebenarnya telah dipindahkan tempat bertugas 3 bulan lalu. Dari Airport Langkawi posting KLIA.
"Ala relax la, Za.. 4 hari mana lama. Sekejap aje." Pujuk Marsya. Tolonglah jangan merajuk sahabatku sayang! Naya aku nak pujuk kau ni.
"Nanti aku lonely lah!"
"Takde..."
"Sunyi!"
"Takde!"
"Sunyi!"
"Haih suka hati kau lah Zara! Aku nak makan. Layan kau boleh sakit otak aku." Marsya terus berdiri dan meninggalkan Zara berseorangan di ruang tamu. Orang gurau sikit je pun. Emosi semacam!
Zara dengan cepat menutup siaran drama di tv. Kakinya laju melangkah mengejar langkah Marsya ke dapur.
"Mar!" Laung Zara tidak terlalu kuat tidak terlalu perlahan. Marsya yang mendengar namanya dilaung memusingkan badan. Kepala diangkat tanda bertanya.
"Esok kau nak ikut balik kampung tak? Lusa adik aku nak bersanding. Nak ikut ke tak nak?" Pelawa Zara. Adik dia dah nikah 2 hari lepas. Majlis sanding pula dibuat lusa.
"Eh? Dah kahwin rupanya budak tu? Tak tahu pun aku dia dah kahwin. Kalau macam tu aku ikut! Nak jugak tengok bocah tu naik pelamin. Lagipun dah lama aku tak ikut kau balik kampung." Gelak Marsya. Tak sabar rasanya.
"Ha kalau macamtu kemas lah kau punya barang lepas makan nanti. Lepastu kita beli tiket flight." Saran Zara. Marsya hanya mengangguk sebelum berlalu terus ke dapur.
^^^
Zara yang sudah selesai bersiap bersama bagasi yang ingin dibawa terus menyeret luggage bersaiz sederhana itu keruang tamu dan diletak disitu. Beg galas kecil yang berisikan barang keperluannya juga turun diletak di atas luggage.
Tidak lama setelah itu, datang Marsya membawa luggage miliknya keluar dari bilik. Dia menghampiri Zara. Pasport miliknya dibuat ke dalam beg tangan sebelum mengangkat wajah memandang Zara.
"Dah? Jom kita gerak sekarang. Grab pun dah tunggu kat depan." Ajak Zara. Mereka berdua keluar dari rumah selepas memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci.
Dalam perjalanan menuju ke KLIA, Zara dan Marsya sibuk memeriksa semula barang yang dibawa di dalam handbag. Takut tertinggal passport ke charger fon ke. Sia-sia je kena patah balik dari airport.
Sampai saja di lapangan terbang, mereka membayar pemandu Grab tadi dengan beberapa not wang. Masuk saja gadis berdua itu di dalam isi banggunan mereka tanpa berlengah masa terus mendaftar masuk. Takut lambat. Biarpun mereka sudah datang 2 jam awal, tetap saja dua gadis itu risau.
Selesai mereka mendaftar masuk, kedua gadis itu pergi ke kawasan imbasan kawalan keselamatan sebelum bergerak ke balai pelepasan. Dalam perjalanan mereka menuju ke balai pelepasan itu, banyak pramugari-pramugara serta juruterbang yang asyik melintasi mereka.
Nampak segak semuanya!
Jalan punya jalan, bahu milik Zara dengan tidak sengaja dirempuh oleh seorang juruterbang lelaki. Bergegas betul rupanya. Dahla ruangan berjalan ni pun dah naik sesak!
YOU ARE READING
Mr. Smile Jodohku [og]
Romance𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙄𝙯𝙯 𝙇𝙪𝙩𝙝𝙛𝙖𝙣 𝙓 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖 My 1st story. (synopsis edited) 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖. Gadis yang malang dalam dunia percintaan, sekali lagi nasib sama menyebelahi dirinya apabila dia dicurangi oleh cik tunangnya sendiri...