ZARA kembali dari tandas dan duduk di tempatnya semula. Wajah pula cuba dimaniskan. Matanya ditunakkan kearah dua manusia di hadapannya. Tak sanggup kena jeling lagi, nok! Bibir diketap perlahan sebelum memulakan bicara.
"Saya tak tau pulak yang awak ni dah berpunya. Kenapa tak tolak je pelawa saya ajak awak makan harini? Kesian kekasih hati awak tu. Saya taknak dia salah faham." Penuh hati-hati bait bicara Zara. Gadis yang ada disebelah jejaka itu hanya memandang kosong kehadapan. Hembusan nafasnya sengaja dikuatkan.
"It's okay... Dia pun tak kisah sangat. Saya dah cakap dengan dia yang awak ajak keluar harini. Jadi saya bawak la dia sekali. Alang-alang sangat." Tengku Izz mengerling gerangan disebelah dengan mata yang sedikit dipicingkan. Gadis itu yang mengerti akan maksud lelaki itu terus mendengus lebih lagi. Mata juga dijeling tajam kearah Zara.
Wahhh.... Bukan main!
Zara yang merasa dirinya ditenung tajam hanya mampu mengukir senyuman. Menyesal pula dia mengajak lelaki itu keluar makan harini. Ni memang menempah maut. Yang tengku Izz tu pula bukannya bagitahu awal-awal orang yang nak dibawa tu girlfriend. Ciss. Baru saja gadis itu ingin bersuara, pelayan restoran itu datang menghidangkan makanan mereka.
Meja itu kini hanya dipenuhi bunyi sudu berlaga dengan pinggan saja. Agak lama mereka bertiga tidak mengeluarkan suara. Zara memutuskan untuk memecahkan keheningan mereka. "Cik, awak jangan risau ye? Saya takde niat nak rampas boyfriend kesayangan awak ni pun..." Suara lembut Zara tenang saja berkata walhal hatinya berdebar. Bukan apa, dia risau seandainya dia disimbah oleh gadis itu! Mana lah tahu kan?
"Tak payah ungkit pasal tu. Benda dah jadi. You pun sebenarnya nak rampas Izz dari I kan? Tak payah menipu lah. Siap nak ber cik-cik bagai. Semak!" Berdenting sudu besi itu apabila gadis itu melepaskan secara kasar dari pegangan tangan. Tangannya naik mengusap sisi kepala yang berbalut tudung. Mata juga diputar menandakan bahawa dia tidak suka.
Berkelip-kelip mata bundar Zara. Eh? Orang cakap elok-elok kot. Nak melenting apahal? Harap gaya aje muslimah tapi perangai tak semegah langsung!
"Rasanya lah kan, tak payah lah nak melenting macam ni eh? Saya pun taknak cari gaduh dengan awak." Lidah ditolak ke isi pipi. Geram dengan gaya perempuan itu. Kot ye pun kemaruk sangat dengan boyfriend tu, tak payah la kerja nak cari gaduh. Buat apa? Kalau tu laki kau takpe lah jugak. Kalau jag jodoh orang? Hmm... Padan lah muka engkau minah oiii.....
"Haah lah... Tak payah lah nak gaduh. Makan aje. Gaduh-gaduh pun tak kemana." Tengku Izz mencelah. Gadis yang duduk dihadapan Zara itu menjeling tajam. Lagaknya seperti marah kerana kekasihnya itu seperti backup dia mungkin?
Tidak ingin mengeruhkan keadaan, Zara yang sudah sedia menghabiskan makanannya, bangkit. Dia ingin pergi dari dua manusia di hadapannya itu. Takut pula dia jadi mangsa serangan seterusnya. "Err... Saya balik eh? Terima kasih sebab sudi makan sekali. Dan maaf lah kalau saya ni dah buat awak bergaduh dengan girlfriend awak tu. Saya pergi dulu." Tanpa menunggu balasan dari jejaka itu, dia terus berpusing keluar dari restoran.
Jejak saja kakinya diluar restoran, tangan dikepal kuat. Kaki juga dihentak kecil. Ingin sekali dia menjerit namun ditahan sekuat hati. Geram. Bukannya dia nak rampas Tengku Izz tu dari dia pun. Dasar biawak! Karang dia rampas betul-betul tu tau pulak dia nak meroyan!
Sementara didalam pula, Tengku Izz sedang menahan senyum. Misinya juga berjaya! Hahaha. Semua berkat kerjasama adiknya, Tengku Nadella. Adiknya itu menjeling tajam kearah angahnya. Tak pasal-pasal dia kena cari gaduh dengan orang. Dahla dia suka tengok perempuan dihadapannya itu. Kata Tengku izz, gadis itu spesial. Bila ditanya, ada saja jawapan mengelak dari angah! Dahla disuruh pula merahsiakan dari pengetahuan mama dan papanya.
YOU ARE READING
Mr. Smile Jodohku [og]
Romance𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙄𝙯𝙯 𝙇𝙪𝙩𝙝𝙛𝙖𝙣 𝙓 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖 My 1st story. (synopsis edited) 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖. Gadis yang malang dalam dunia percintaan, sekali lagi nasib sama menyebelahi dirinya apabila dia dicurangi oleh cik tunangnya sendiri...