PUAS riak wajah Datin Tengku Hayani menilik pasangan bakal pengantin didepannya ini. kedua mereka segak memakai songket berwarna hitam gold. Ini baru pakai ala-ala aje. Kalau hari majlis nanti memang cantik habis.
Busana songket ini mereka akan pakai sewaktu majlis bersanding nanti. Untuk hari bernikah pula Zara akan memakai baju kebaya putih manakala Tengku Izz sudah pasti baju melayu cekak musang dengan tona warna yang sama.
"Izz dengan Zara tak ada nak tambah apa-apa? Baju tu tak ketat? Selesa tak?" Bertubi-tubi soalan dari Datin Tengku Hayani. Pasangan yang ditanya hanya menggeleng.
"Haih.. Sunyilah aku nanti lepas kau kahwin. Izz sayang, you jangan lupakan I nanti tau?" Aisy menggamit lengan Tengku Izz dengan manja lalu dipeluk. Kepala disandarkan pada bahunya dengan mata terpejam. Geli geleman Tengku Izz dengan perangai sepupunya ini. Apa pasal lah yang tiba-tiba saja nak bermanja dengan dia macam ni?
Drama!
"Eh, Aisy. Banyak betul drama kamu ni. Tak reti nak habis ke? Dari pintu masuk tadi kamu duk menyakat Izz. Ada juga kamu yang daddy kahwinkan betul-betul dengan si Izz tu." Dato' Farizal menampar pelan belakang badan anak terunanya.
"Allah, pak long. Orang masih lurus lagi taknak jalan kiri." Pucat lesi wajah Tengku Izz lepas mendengar kata-kata Dato' Farizal tadi. Minta-minta dijauhkanlah.
"Sudahlah tu. Aisy kamu tu tak payah nak drama sangat, perangai siapa entah diikut mummy pun tak tahu. Izz dengan Zara tukarlah semula baju tu. Nanti staf mak long urus baju tu balik. Minggu depan dua hari sebelum majlis ambil lah. Mak long simpankan dulu." Zara dan Tengku Izz akur. Aisy pula sudah tercemik. Kedua ibu bapanya marah dengan dia.
Ye, ye je marah.
Aisy menghentak kaki dengan tangan yang memeluk tubuh. Terus dia berjalan keluar dari ruangan mummy dia ini. Apa punya jenis anak jantan lah si Aisy ni?
"Sepupu awak memang macam tu eh?" Perlahan Zara membisik semasa mereka berdua berjalan menuju fitting room. Ternaik hujung bibir Tengku Izz.
"Entahlah, Ra. Saya pun tak tahu apa masalah Aisy harini. Mungkin betul cakap pak long tadi, dia lupa makan ubat," jelas Tengku Izz. Sengaja juga dia bercakap dengan sedikit kuat.
Aisy yang berjalan dihadapan pasangan itu terus terhenti. Sejurus itu Tengku Izz dan Zara yang berjalan dibelakangnya juga berhenti. Dahi Aisy berkerut. Laju dia berpusing menghadap Tengku Izz dan Zara. "Eh, mengutuk nampak?"
Terjungkit kening Tengku Izz.
"Padan muka. Ada aku suruh kau sibuk ke? Siapa suruh kau menyotong dengan aku." Selamba badak Tengku Izz membahan Aisy didepan Zara.
Aisy melemparkan pandangan tidak puas hati dengan Tengku Izz. Wajah lelaki itu dipandang sinis. "Don't talk to me anymore! Hehh!" Laju Aisy berpaling semula sebelum dia berjalan laju meninggalkan pasangan itu.
"Sah, tak makan ubat budak tu."
^^^
"KAU biar betul?" Seolah tidak percaya dengan pernyataan Zara, Marsya bertanya untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi disiang hari.
"Betullah. Kau nampak muka aku cantik-cantik macam ni, ada rupa macam penipu ke?" sedikit mendengus Zara menjawab pertanyaan Marsya dihujung talian sana.
"Entah. Mana aku nampak muka kau sekarang ni. Mana tahu keluar muka-muka menipu." Marsya cuba berloyar buruk.
Zara meletuskan tawa paksa. "Hahaha, lawaknya."
YOU ARE READING
Mr. Smile Jodohku [og]
Roman d'amour𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙄𝙯𝙯 𝙇𝙪𝙩𝙝𝙛𝙖𝙣 𝙓 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖 My 1st story. (synopsis edited) 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖. Gadis yang malang dalam dunia percintaan, sekali lagi nasib sama menyebelahi dirinya apabila dia dicurangi oleh cik tunangnya sendiri...