BAB 9

9 1 0
                                    

"Nad," panggil Tengku Izz. Tengku Nadella yang mendengar namanya dipanggil, segera menoleh. Dia yang sedang ralit bermain dengan anak kucing berbulu putih itu tergendala seketika.

Dua beradik itu pagi-pagi dah lepak semeja diluar rumah. Alhasil, Tengku Indah suruh kedua-dua mereka siram pokok bunga miliknya yang berderet menghiasi laman rumah. Namun Tengku Nadella hanya ralit bermain dengan anak kucing mereka meninggalkan hanya Tengku Izz sahaja yang menyiram.

Tengku Izz senyap seketika. Nafas dihela perlahan.

"Kalini tolong angah lagi boleh? Ini betul-betul punya, dah tak main-main macam sebelum ni. Tolong eh? Tau! Tau! Tolong tau..." Suara garau itu merengek.

Tengku Nadella memandang kearah abangnya dari atas turun ke bawah lalu naik lagi keatas. Barangkali dia berfikir bahawa Tengku Izz tidak serius lagi kali ini. Mengeluh juga Tengku Nadella dibuatnya.

"Tapi kalau angah tipu, main-main dan semacamnya lagi." Jeda. Anak kucing digendong.

"Adik doakan biar dia kena pinang orang lain biar angah tak dapat Kak Ara. Padan muka." Sedikit pun tidak bersalah gadis itu melontarkan kata-kata.

Decitan yang keluar dari bibir Tengku Izz cepat ditangkap oleh Tengku Nadella sendiri. Hujung mata gadis itu melirik Tengku Izz yang sudah berkerut dahi. Mata dijegil memandang lelaki itu.

"Merungut je kerja! Kira untung angah dapat adik sebaik-baik Nad ni tau!" Kucing tadi diletak ke tanah semula. Dibiar haiwan tersebut bebas berlari di laman rumah. Rambut hitam paras bahunya dikuak lembut. Bibir jelas terangkat sebelah bersama kening kirinya.

Tengku Izz yang memandang wajah Tengku Nadella itu menayangkan riak kosong. Kemudian kerutan didahi cukup membuatkan Tengku Nadella tahu bahawa Tengku Izz menyampah dengannya.

'Menyampah-menyampah pun, apa-apa minta tolong aku jugak!'

"Dik,"

Panggilan Tengku Izz tidak dihiraukan.

"Nad,"

Senyap.

"Nadella,"

Sepi.

Geram dengan sikap adiknya, Tengku Izz menghalakan paip getah yang mengalirkan air kearah Tengku Nadella. Laju gadis itu ingin mengelak dari terkena air. Namun malangnya air itu sempat juga membasahi sebahagian kepalanya.

"Angah!" Pekik Tengku Nadella. Rambut yang sudah berantakan diatur kembali. Mukanya berang. Tidak berpuas hati.

Ketawa kuat Tengku Izz menambahkan lagi geram dihati Tengku Nadella. Baldi disamping kakinya yang penuh berisi air dikaut menggunakan gayung. Tidak menunggu lama, terus Tengku Izz disimbah berkali-kali. Berperang air jawabnya dua beradik tu. Habis basah kuyup. Nasib masing-masing belum mandi.

Tengku Indah yang baru ingin menjenguk anak teruna dan anak daranya menyiram pokok diluar, bunyi riuh-rendah sudah kedengaran terlebih dahulu. Kening wanita itu menyatu serentak dia mendengar bunyi bising-bising yang terhasil di luar rumah.

"Astaghfirullah budak bertuah ni! Heyy!" Tengku Indah sudah memekik kearah dua anaknya. Tangan kanan dicekak ke pinggang. Terhenti serta merta perbuatan Tengku Izz dan Tengku Nadella selepas ditangkap oleh mama mereka.

"Orang suruh siram pokok bukan siram orang. Lain orang suruh lain yang dibuat. Haaa... Ni lencun-lencun macam ni, macam mana nak masuk rumah? Basah lantai nanti mama jugak yang mop. Eeiii... Budak-budak ni lah kan. Lepasni awak berdua je yang mama siram pagi-pagi. Tak payah siram bunga dah." Dah kena bebel boleh lagi sengih-sengih dua beradik ni. Makin panas lah Tengku Indah.

Mr. Smile Jodohku [og]Where stories live. Discover now