BAB 6

22 3 3
                                        

"JAUH termenung? Teringat siapa?" Tegur Riana. Marsya dan Zeyra turut Mempamerkan riak yang sama. Binggung. Zara tersentak. Senyum segaris diukir sebelum wajah itu kembali muram.

Keempat-empat gadis itu duduk semeja. Maklumlah kalau bosan, boleh lepak dekat cafe member... Ahakss! Tapi kalini lain macam raut Zara. Selalu dia lah yang paling teruja kalau dapat berkumpul duduk semeja macam ni. Zara dari kedudukan menyandar di kerusi kembali menegakkan badan. Wajahnya diraup perlahan.

"Tak ada apa... Aku cuma terfikir, apa yang dia nak lagi? Tak cukup ke dengan apa yang dia buat selama ni dekat aku? Dia duakan aku belakang aku lepastu sekarang dia cari aku? Untuk apa? Nak buat aku sakit lagi? Macamtu?" Panjang lebar luahan hati Zara. Dia menghembus nafas kuat. Dia juga binggung. Apa yang lelaki itu mahukan sebenarnya?

Selepas kes Ikmal mengganggunya tempoh hari di kafenya ini bersaksikan Tengku Izz dan Rayyan, sekali lagi semalam lelaki itu mengganggunya. Tapi dia menyerang di airport pula. Entah apa yang tidak waras dikepala lelaki itu.

"Pasal Ikmal tu, kau jangan lah fikir sangat. Makin kau fikir, makin kau tertekan. Dia tu buang tebiat je. Adalah tu bini dia marah dengan dia lepastu konon-konon nak cari pelampias bosan dia." Zeyra membuat spekulasi. Dia selalu tengok drama yang kes curang-curang ni sebab orang tu bosan. Jadi kemungkinan inilah penyebabnya.

"Haah lah, benda boleh jadi maaa... Lelaki zaman sekarang tak banyak yang betul-betul serius. Main-main aje. Apa dia ingat ni zaman couple-couple kat sekolah ke?" Tambah Riana. Marsya hanya terangguk-angguk mendengar hamburan dari gadis berdua itu.

"Entah-entah dia tu mereng tak? Otak kanan senget ke kiri, otak kiri senget ke kanan. Alhasil, bangang lah dia. Patut lah dahi seluas harapan aku!" Selamba saja Marsya mengutuk. Siap dengan gaya tangan membentuk suatu bentuk bagai separuh pelangi. Tersedak Riana yang sedang mencicip hot chocolate. Laju tangan Zara yang duduk disebelah menepuk-nepuk belakang badan gadis itu. Tangan tetap menepuk biar mulut sudah mengeluarkan tawa.

Ketawa sebab Marsya yang selamba mengutuk Ikmal, Bukan Zara tak tahu yang rakan bertiganya tu dah lama perhati gaya bekas tunangnya itu. Bak kata mereka; Rambut pacak! Cubalah tukar gaya rambut. Tak la nampak sangat dahi tu.

Dia masih ingat sewaktu dia mula-mula bercinta dengan Ikmal, tak sampai sebulan hubungan mereka, pasangan itu bergaduh gara-gara Marsya, Riana, Zeyra selamba mengutuk lelaki itu didepan mukanya. Haihh... Nyalimu kuat sekali yah?

"Tak baik ungkit pasal dahi dia, Mar!" Zeyra berkata dalam tawa. Mengekek saja tawa yang keluar dari empat gadis itu. Orang-orang di dalam kafe itu pun sekejap-sekejap mengerling mereka. Jangan pelik lah kalau mereka ni duduk semeja. Komfem riuh sekampung!

"Alah tak payah ungkit sangat pasal ex aku tu.. Penat nak gelak! Aku tak nak mengata dia lebih-lebih eh? Kau orang je yang banyak mengata. Aku cuma sumbang suara ketawa." Lagi sekali suara tawa Zara pecah. Bukan main suka kau orang ye?

"Dah-dah... Tak baik mengata orang gess." Riana menyedarkan tiga rakannya yang sudah pun mengekek tak henti. Kepalanya turut digeleng perlahan. Ini lah kalau dah masuk bab-bab menganjing tak pun mengutuk, nombor satu maju paling depan!

"Haah la aku baru ingat! Esok kau dah kena flight pergi Jepun kan?" Mata Zara merenung wajah Marsya. Decitan perlahan keluar dari mulut gadis itu.

"Maksudnya, aku dengan Zara je lah yang tinggal kan dah kalau Zeyra sah-sah lah duduk dengan laki dia." Tokok Riana. Zeyra mengangguk. Mana boleh duduk sekali dengan mereka dah, dia kan dah kahwin. Kalau dulu-dulu boleh lah. Tapi kalau dia merajuk dengan suami dia, lari duduk dengan rakan-rakannya tu kalau taknak kantoi dengan family. Hahaha!

Mr. Smile Jodohku [og]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang