BAB 12

23 2 0
                                        

KETIKA ini Zara dan Tengku Izz sedang duduk di pelamin mereka. Banyak tetamu yang masuk memberi hadiah. Yang datang bergambar pun ada. Banyak sungguh kerenah tetamu-tetamu hari ini. Tak cukup tangan mereka melayan.

"Sengalnya mulut nak senyum.." adu Zara dengan kepala disandarkan seketika ke bahu suami. Sekarang ini, tetamu yang masuk ke dalam rumah yang mahu melihat mereka tadi sudah keluar semula. Jadi dia ambil kesempatan emas ini untuk bermanja sekejap. Hehe.

Tangan isteri diramas lembut.

"Sabar, sayang. Tak lama lagi, habis lah kenduri. Ni baru sikit tau? Belum lagi resepsi kita nanti, haa." Zara menghembus nafas perlahan.

Lelah dia rasakan hari ini. Sudahlah semalam dia tidur lewat gara-gara menunggu inai dia siap dilukis dan kering. Menyesal dia tak rehat betul-betul tadi di dalam bilik. Salah suaminyalah yang tak habis-habis menyakat, mengusik, membahan, dan segala me yang seangkatan dengannya.

Nampak saja ada bayang tetamu yang masuk dari sliding door rumah agam itu, laju Zara mengalihkan kepalanya yang bersandar dibahu Tengku Izz. Melopong sedikit mulutnya apabila melihat gerangan yang masuk itu.

"Bebulak kau ngan aku, oh? Padah sik dapat datang. Kenak tiba-tiba boleh ada sitok? (Menipu kau dengan aku, eh? Cakap tak dapat datang. Kenapa tiba-tiba boleh ada kat sini?" Laju Zara berkata dengan wajah masam. Tak puas hati lah tu.

"Saja." Mudah jawapan dia menjawab.

Sampul beserta kotak separa besar yang berbalut dengan pembalut hadiah disua kepada si kakak. Zirul dan Syawena hanya tersengih bagai kera sebaik sahaja Zara dan Tengku Izz menyambut huluran mereka.

"Guna lah ye? Jangan tak guna," kata Zirul dengan senyuman. Menyepet mata lelaki itu. Sengaja dia bercakap tidak menggunakan Bahasa Melayu Sarawak agar abang iparnya itu senang mengerti tanpa banyak simpang siur.

"Aneh!" gumam Zara.

Wajah adik dan iparnya itu dipandang penuh curiga. Bukan boleh percaya sangat. Adik dia ni jenis banyak menyakat. Silap haribulan katak pun dibuat hadiah! Adik ipar dia tu pula memang dah sekepala. Harap tak ada pelik-pelik yang diberi mereka berdua ni.

Baru Tengku Izz mahu bersuara, pelamin mereka didatangi pula dengan tiga pasangan dan seorang lelaki bujang dengan hadiah ditangan. Zirul dan Syawena pula pamit keluar ingin menjamu selera.

"Yowww ssupp, bro! " Tangan kiri lelaki itu diangkat tinggi seraya menyapa. Berlapis terus dahi Tengku Izz. Apa pasal mamat ni?

"Aisy," tegur Abel. Bahu jejaka itu ditepuk lembut.

"Sapa lah elok sikit. Tak manis lah macam tu.." Kali ini Rayyan pula yang menegur.

"Tak malu ke budak-budak tu tengok kau macam tu?" ucap Iskandar pula dengan mulut memuncung menunjuk kearah kanak-kanak yang tidak berkelip mata memandang Aisy dari tempat mereka menonton televisyen.

Kebanyakkan kanak-kanak ni dibawa masuk dan menonton kartun agar tidak mengganggu kenduri diluar.

Aisy terkulat-kulat apabila ditegur sekaligus oleh mereka bertiga. Tambah lagi wajah Tengku Izz yang seakan-akan berpuas hati tu makin membuat dia rasa ingin meraung.

Dramanya awak, Aisy.

"Eitsss- Beri laluan, beri laluan. Para perempuan ingin berjumpa dengan pengantin perempuan." Marsya mengibas-ngibas tangannya seakan seorang bodyguard diikuti dengan Zeyra dan Riana berjalan dibelakang Marsya dengan hadiah ditangan.

Keempat lelaki terus membuka laluan ditengah mereka untuk menjadi jalan agar ketiga kawan baik Zara itu dapat mendekat kearah dia.

"Nah!!"

Mr. Smile Jodohku [og]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang