"Night. Damn it! Berhenti situ." Gear pantas mengikut Night keluar dari bilik air, meraih kasar lengan Night.
Night mengerutkan dahinya kerana sedikit kesakitan sebelum menormalkan ekspresinya, dengan pandangan tajam ke arah Gear.
"Kalau macam ni lah perangai kau, kasar... Aku tak heran sedikit pun kenapa aku tak ingat pelukan kau." kata Night melalui gigi yang diketap.
"Huhh, so lelaki semalam, pelukan dia pada kau lebih lembut dan baik? Sebab tu pagi ni, hantar siap sampai ke kampus?" Kata Gear, Night mengangkat kening sebelum senyuman keluar dari mulutnya.
"Jelaskan? P'Fu bersikap sopan dan baik kepada aku sepanjang malam. Apa yang peliknya kalau aku tertarik dengan dia." Bentak Night, sebelum melihat tangan Gear yang memegang lengannya.
"Aku rasa kau better kau lepaskan aku. Aku nak balik pada kawan-kawan aku. For Gus, aku rasa kau mungkin telah set up jalan untuk pisahkan dia daripada aku." Selambat Night berjaya.
"Night, kau fikir kau boleh menentang aku? Gear bertanya.
"Huh, kau nak bet dengan aku pulak?" Oh well... orang macam kau kan player. Kau boleh bet pada dan untuk apa sahaja, tak kisah lah even betting yang menyakitkan hati orang lain, memusnahkan kepercayaan orang tanpa ada sedikit pun rasa bersalah yang kau dah menjahanamkan seseorang sampai mati." kata Night dengan nada yang lebih kasar.
Matanya dipakukan pada mata Gear. Gear berfikir sejenak bahawa dia akan dibutakan oleh pandangannya.
sebelum Night."Apa lagi?" Gear berkata kembali.
"Hah, takde lagi. Aku just bercakap dengan kau. Manalah kau terlupa asal sifat kau." Itu membuatkan Gear memicit lengan Night dengan kuat kerana marah.
Night mengerutkan dahinya kerana dia berasa sangat sakit.
"Kalau kau nak buat sesuatu, buatlah. Aku dah rasa kesakitan yang lebih teruk daripada ni. Luka sedikit macam ni takkan membunuh aku." Night mengetap gigi dan menjawab tanpa rasa takut.
"Hei, Night, P'Gear, apa yang berlaku?" Suara Mai memanggil sambil berjalan ke arah mereka berdua.
Selepas merasakan yang Night telah pergi terlalu lama, Mai mengikutnya.
Pada ketika Gear menoleh untuk melihat Mai, Night berjaya menarik lengannya dari genggaman Gear dan tergesa-gesa meraih lengan Mai.
"Mai...dia sakitkan lengan aku, bastard itu cengkam lengan aku, ah." Adu Night membuatkan Mai keliru melihat tanda merah di lengan Night.
"Kenapa lengan kau merah sangat? P'Gear buat apa dengan Night?" Tanya Mai serta-merta sambil tergesa-gesa meraih lengan Night dan membeleknya, menyebabkan Gear berasa tidak puas hati atas sebab-sebab yang dia sendiri tak tahu sebelum senyuman keluar dari mulutnya.
"Aku boleh buat apa saja pada isteri aku, bastard." kata Gear menyebabkan Mai memandang Gear dan Night silih berganti.
Night menjeling Gear dengan marah.
"Apa maksud kau, P'Gear? Tanya Mai dalam kebingungan dan tidak percaya.
"Takde apa-apa... Jom. Just someone yang delusional." Night memotong kata-kata Gear untuk membawa Mai pergi.
"Kau nak pergi mana tergesa-gesa macam ni? Kenapa, kau takut kawan kau tahu? Yang kau dan aku bersama sebelum ini?" Gear berkata lagi,
membuatkan Night terpaku dengan pandangan jengkel.
Night berpaling untuk memandang Gear dan tersenyum."Aku dah beritahu kau, kan? Kalau kau ganggu aku... aku akan kucar kacirkan hidup kau juga. Bersedia untuk face it, Gear." Selesai bercakap, Night pantas mengheret Mai dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)
RomantikBuku ni, permulaan kepada our favourite universe, Love Syndrome dan Unforgotten Night novel. Ni buku pertama daripada author Yeonim dalam LS Universe. Di sini, kita akan nampak kenapa Day sangat marah sampaikan berdendam sedendam dendamnya pada Itt...