Lidah Gear terus bergerak mengusik lidah kecil Night yang masih tegang tanpa pengalaman. Night terasa mahu pengsan dengan rasa sesak di dada. Tangannya mencapai dan mengusap dada Gear di atas bajunya.
"Um, umm, umm." erangan samar keluar dari kerongkong Night, membuatkan Gear merasakan bunyi ini manis baginya.
Pernafasan Night menjadi menyesakkan membuatkan Gear perlahan-lahan memisahkan bibirnya, kemudian menggigit bibir bawah Night secara provokatif.
"Haa... " Night tergesa-gesa menarik nafas ke dalam paru-parunya kerana dia tak boleh bernafas.
Bibirnya sedikit bengkak, wajah manisnya merah, dengan jantung yang berdegup kencang hampir melompat keluar dari dadanya.
"Aku sangat happy sebab aku dapat ciuman pertama Night." kata Gear sambil tersenyum.
"Macamana P'Gear tahu?" tanya Night, terkejut.
Dengan senyuman, Gear menarik tubuh Night ke dalam pelukan. Night menyembamkan mukanya di dada Gear yang bidang kerana terlalu malu sehingga tidak berani memandangnya langsung.
"Betul ke P'Gear sukakan Night?" tanya pemuda itu dengan suara tersekat-sekat.
"Kenapa Night tanya macam tu?" tanya Gear.
"Hm... ya... kita berdua lelaki. Nah... dan P'Gear nampaknya sangat berpengalaman, mungkin jugak dah ramai teman wanita." kata pemuda itu dengan suara lembut.
Gear menolak susuk tubuh kecil itu perlahan-lahan. Night terus menunduk, tidak berani memandang Gear.
"Betul, aku suka Nong Night. Kenapa Nong Night rasa aku tak nak dating dengan kau? Kenapa kau cakap macam aku nakkan orang lain?" Gear berkata dalam nada memotong.
"Tak, Night tidak bermaksud macam tu." Night tergesa-gesa meminta maaf sebelum tersentak apabila Gear bangun.
"Nong Night, kau masih ragu-ragu? Aku faham yang aku mungkin terlalu mendesak Nong Night. Memandangkan Nong Night masih muda, aku faham. Nong Night nak fikirkan perkara ini dengan teliti." katanya lalu naik ke atas, meninggalkan Night yang duduk terpinga-pinga dengan mood Gear.
"Itu satu penghinaan. Kau taknak bincang dengan dia?" Suara Four kedengaran membuatkan Night tersentak sedikit.
"Eh..." Night tak berani memandang Four, kerana dia berasa sedikit malu. Dia jugak tak pasti berapa banyak yang Four lihat.
"Aku tak dengar korang dua cakapkan tadi. Aku cuma terdengar ayat last, tapi aku boleh tahu dari nadanya yang dia kecewa." Four berkata lagi, membuatkan Night kelegaan kerana Four tidak melihat mereka berciuman.
"Dah tu... apa yang perlu Night buat?" Night memutuskan untuk bertanya.
"Idiot, kau sepatutnya pergi pujuk dan bercakap dengan dia. Mesti sekarang dia tengah berseorangan, melayan kekecewaannya." Selesai bercakap, Four berjalan ke dapur.
Night teragak-agak seketika sebelum bangun dan menuju ke tingkat atas ke bilik Gear. Night berdiri di hadapan bilik Gear untuk seketika sebelum dia memutuskan untuk mengetuk pintu, tetapi tiada sahutan dari dalam.
Ketuk! Ketuk! Ketuk! 🚪
"P'Gear boleh aku bercakap dengan kau, please?" Panggil Night.
Seketika kemudian, pintu terbuka.
"Ada apa Nong Night?" Tanya Gear dengan dahi berkerut.
Hati Night tiba-tiba tercuit.
"Ya... hmmm..." Night tak tahu bagaimana untuk memulakan, kerana dia tak pernah mempunyai pengalaman berdamai dengan sediapa sebelum ini selain abangnya.
YOU ARE READING
G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)
Roman d'amourBuku ni, permulaan kepada our favourite universe, Love Syndrome dan Unforgotten Night novel. Ni buku pertama daripada author Yeonim dalam LS Universe. Di sini, kita akan nampak kenapa Day sangat marah sampaikan berdendam sedendam dendamnya pada Itt...