Gus terkejut mendengarnya.
"Kau tak bohong, Four?" tanya Gus lembut.
"Aku akan biarkan kau untuk berfikir. Aku tak tahu sama ada kau akan percaya atau tak kata-kata aku hari ini." kata Four lagi.
"Aku...er...aku..." Gus terdiam.
"Apa hal ni?" Gear bertanya apabila dia masuk ke dalam bilik dan melihat adik dan kawan baiknya kelihatan malu-malu.
"Ah... tak ada... ah, Gear, dah kenapa pulak ni?" Gus bertanya kepada abangnya serta-merta, apabila dia melihat Gear mempunyai lebih banyak kesan di mukanya berbanding malam sebelumnya.
"Oh ya, kau pergi bertumbuk dengan siapa pulak?" Tanya Four, meredakan suasana janggal dia dan Gus.
"Neil." Gear menjawab ringkas, sebelum duduk di sofa.
"Serius? Kat mana kau jumpa dia?" Tanya Gus segera.
"Kat rumah Ai'Night, rupanya kawan kepada abang Night... Kau tahu tak, Ai'Gus?" Gear menoleh bertanya kepada adiknya.
"Oh, aku tahu tengah hari tadi. Sebelum kau datang ambil aku dan Ai'Night makan." Kata Gus balik, sebab Gear dah tahu.
"Macamana kau boleh tahu?" Tanya Four, Gus mengalihkan pandangan seketika sebelum menjawab.
"Dia datang jumpak Night kat kampus." Kata Gus lagi.
"Apa? Dia pergi ke universiti? Kenapa kau tak bagi tahu aku?" Gear bertanya kepada adiknya dengan tegas.
"Dah kenapa kau nak jerit pada Gus, Gear?" Four mengadu kepada rakannya.
"Aku tak nak korang bergaduh tak tentu pasal. Lagipun mana la aku tahu Neil nak muncul kat rumah Ai'Night? Macamana dengan P'Day? P'Day ada rumah ke tak?" tanya Gus sambil mulutnya dimuncungkan.
"Awalnya takde, tapi lepas tu dia balik, balik-balik je dia halau aku balik. Ikut hati nak je aku tumbuk muka si Neil tu sekali lagi. Berpura-pura ketawakan aku." kata Gear sambil marah mengangkat telefon bimbitnya dan menekan panggilan.
Tru... Tru... Tru...
Telefon bimbit Night berbunyi. Ini menyebabkan Night yang sedang baring dengan lengan di atas dahi, segera menekan untuk menerimanya.
📲 "Hello." Night cuba memaksa suaranya supaya tidak bergegar.
📱"Aku dah sampai rumah." Gear membalas.
📲 "Kau kata nak call malam ni." Suara Night itu tenang.
📱"Aku nak dengar suara kau, sebab tu aki call bagitau yang aku yang sampai." Gear berkata lagi.
Jawapan itu membuatkan hati Night bergetar.
📲 "Ehm...P'Day ada cakap apa-apa ke?" tanya Night lembut, kerana ingin tahu sejak dia naik ke bilik tadi.
📱"Well, takde apa. Cuma dia halau aku balik dan larang aku jejakkan kaki ke rumah kau lagi, itu je. Aku bukan favorite macam Neil. Neil lain lah...boleh tinggal di rumah kau sepanjang masa." Gear mengomel.
📲 "Apa kaitannya dengan P'Neil?" tanya Night, geram.
📲"Gear, kau dengar aku tak?" Night bertanya.
📱"Kau tahu tak, yang itu sangat menyinggung perasaan aku?" Gear bertanya, membuatkan Night terdiam.
📲 "Kenapa kau kesah sangat dengan P'Neil?" tanya Night
📱"Nothing, aku ni bukannya penting pun pada kau." rajuk Gear.
📲 "Kau sendiri yang cakap begitu." Night mengusik kembali.
YOU ARE READING
G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)
RomanceBuku ni, permulaan kepada our favourite universe, Love Syndrome dan Unforgotten Night novel. Ni buku pertama daripada author Yeonim dalam LS Universe. Di sini, kita akan nampak kenapa Day sangat marah sampaikan berdendam sedendam dendamnya pada Itt...