"Wait idiot, apa ini? Kau memang dah kenal Ai'Night?" Tanya Knot ingin tahu, sambil Gus terus mengheret Night, tanpa berkata apa-apa.
Knot dipukul di kepala oleh Mai.
"Soalan pelik apa tu? Tadi kan Gus dah bagitau yang Night kawan dia. Kenapa pulak dia tak kenal Ai'Night?" Mai berkata.
"Gus... kau, stop, aku penat." kata Night yang masih mengikut seretan rakannya ke pagar kampus.
Gus menuruni anak tangga, tapi dia masih memegang tangan Night. Tiga rakan mereka berpandangan, keliru. Gus duduk di kerusi kayu panjang di tepi tasik universiti. Rakan-rakan yang lain berdiri dan memerhati.
"Apa yang tak kena dengan kau?" Tanya Kyu risau melihatkan riak wajah Gus yang serius, Night memandang rakannya itu. Faham.
"Sorry, Night." kata Gus memandang wajah Night sambil tersenyum tipis.
"Kau tak apa-apa yang salah pun." Night berkata.
"Dan kau ..." Gus mahu meneruskan, namun Night bangun dan memeluk Gus.
"Shh... aku dah balik sini....belajar dengan kau. Jom kita celebrate malam ni." kata Night, memotong perbualan.
"Ok...Jom!" Knot berkata dengan pantas.
"Sibuklah kau ni!" Kyu mengutuk kawannya.
Night memandang Gus menghulurkan kedua belah tangannya untuk mengusap lembut pipi Gus ke depan dan ke belakang.
"Kau pick up aku, ya." Night merayu rakannya, Gus mengeluh perlahan mengetahui Night tidak mahu bercakap tentang perkara lama.
Gus tak sepatutnya mengungkit perkara itu lagi.
"Okay, jom, tapi kau nak pergi mana?" Kata Gus sambil tersenyum kecil.
"Gus, kau tanya soalan bodoh. Manalah Night tahu? Dia bukan dari Bangkok, dia baru balik dari England." Mai berkata.
"Aku nak pergi ke pub TS. Bawa aku pergi sana." kata Night, menyebabkan Gus dan kawan-kawannya menoleh memandang Night.
"Kau tahu pub TS?" tanya Kyu.
"Kenapa? Aku terdengar kawan-kawan aku bercerita tentang pub ni. Sebab tu aku nak try. Korang tak nak bawak aku ke?" Tanya Night dengan riak wajah yang merajuk.
"Damn Night, jangan buat muka macam tu." Mai berkata.
"Huh...Kenapa?" tanya Night.
"Hati aku cair nanti." Kata Mai berseloroh sambil melakar senyuman kepada rakan-rakannya termasuk Night, lalu menoleh dan memandang Gus.
"Gus boleh kau bawa aku?" Night bertanya lagi.
"Kau tinggal kat mana?" Tanya Gus, dia pasti akan menerimanya, walaupun Gus sedikit risau.
Kumpulan Gus bersurai untuk kembali ke masing-masing, selepas berjanji masa dan tempat mereka berkumpul. Gus terpaksa pulang ke rumahnya dahulu. Setibanya di rumah, Gus terkejut melihat kereta abangnya diparkir di depan rumah.
"Salji turun ke hari ni? Reti pulak bastard tu balik sebelum aku." Gus bergumam sendirian sebelum masuk ke dalam rumah.
Apabila sampai ke ruangan tengah, Gear bangun dan berjalan ke arah adiknya.
"Gus, cakap dengan aku dulu." Gear menyambar adiknya.
"Apa?" tanya Gus malas.
"Night pergi mana?" Dan sejak bila dia balik? Kenapa kau tak bagi tahu aku?!" tanya Gear kuat, Gus merenung wajah abangnya.
"Dah kenapa aku nak beritahu kau?!! Kau dah gila ke? Setakat yang aku dengar, dia tak kenal kau, Gear." Kata Gus sambil mengetap gigi menahan geram.
"Jangan main-main dengan aku, idiot. Kat mana dia tinggal, beritahu aku?" Gear bertanya lagi sambil memarahi Gus.
YOU ARE READING
G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)
RomansBuku ni, permulaan kepada our favourite universe, Love Syndrome dan Unforgotten Night novel. Ni buku pertama daripada author Yeonim dalam LS Universe. Di sini, kita akan nampak kenapa Day sangat marah sampaikan berdendam sedendam dendamnya pada Itt...