Night and Knot berjalan ke meja di hadapan bangunan kolej. Kelihatan hanya Kyu seorang sahaja yang sedang menunggu di situ. Night bergegas duduk di sebelah Kyu segera, sebelum memegang lengannya.
"Kyu, aku minta maaf pasal semalam. Aku ada masalah semalam, aku betul-betul kena balik." Night berkata.
"Huh, aku tak cakap apa-apa pun." balas Kyu.
"Kau marahkan aku?" Tanya Night lagi, dia tak mahu kawan barunya itu marah dengannya sedangkan mereka baru dua hari berkenalan.
"Aku tak marah kau, Night. Jangan fikir sangat, aku ok." Balas Kyu sambil tersenyum lembut.
Night memandang Kyu dengan riak muka yang risau.
"Kyu, kalau kau tak puas hati atau ada perkara yang kau tak suka, kau boleh beritahu aku direct. Aku baru kenal korang je, mungkin ada perangai aku yang kau tak suka, yang penting aku tak mahu kau marah aku." kata Night dengan nada serius.
"Aku betul tak marah kau, Night. Aku mungkin berasa sedikit frust, tapi...takat tu je. Orang yang aku marah ialah..." ketika Kyu sedang bercakap, satu sosok tubuh tinggi masuk.
"Kyu, kenapa kau tak jawab call aku semalam? Lebih sepuluh kali aku call kau." kata Mai, kepada Kyu.
Night memandang Kyu dan Mai silih berganti.
"Aku belum breakfast lagi. Aku nak cari something untuk breakfast dahulu." Kyu tidak menjawab soalan Mai.
Sebaliknya, dia berpaling untuk memberitahu Night dan segera bangun di tengah-tengah kekeliruan rakan-rakannya. Kening mereka yang lain turut berkerut.
"I'll be right back." kata Mai, sebelum mengikut Kyu.
"Kenapa dengan diorang tu?" Knot bertanya, keliru.
"Night... Damn it!" jerit Gus sambil bergegas menghampiri kawannya.
Night tersenyum kepada Gus.
"Macam mana semalam?" Night bertanya.
"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu kepada kau." Kata Gus, Night mengangkat bahu sedikit.
"I'm fine, aku ok." Night berkata.
"Dan Gear tak buat apa-apa kepada kau, kan?" tanya Gus lagi.
"Abaikan je dia, abang kau sepatutnya bijak untuk tak buat apa-apa lagi pada aku. Tapi, aku takkan biarkan dia menang lagi." kata Night mengejek
"Tapi apa yang diorang buat pada kau?" Night bertanya kepada Gus
"Apa yang diorang buat pada aku? Crazy bastard Four tu heret balik untuk jauhkan aku dari kau. Geram betul aku." Kata Gus dengan nada geram sambil memikirkan kejadian semalam
"Baiklah, apa sahaja yang dia mahu lakukan, biarlah dia melakukannya. Macam mana pun dia nak kacau aku, biarlah. Night berkata.
"Apa plan kau?" Tanya Gus, sambil Knot memandang mereka berdua hairan.
"Nanti kau akan tahu." kata Night sambil tersenyum, tapi tidak berkata apa-apa lagi.
Menambahkan misteri dan kekeliruan pada Gus.
"Eh, apa yang korang cakap ni? Aku tak faham langsung." Knot berkata.
"By the way, korang tahu tak, mana Mai dan Kyu pergi?" tanya Gus.
"Kyu pergi cari breakfast dan Mai ikut Kyu." Night berkata.
"Aku pun lapar juga. Jom kita breakfast jugak sebelum ke kelas." Gus mengajak.
YOU ARE READING
G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)
RomanceBuku ni, permulaan kepada our favourite universe, Love Syndrome dan Unforgotten Night novel. Ni buku pertama daripada author Yeonim dalam LS Universe. Di sini, kita akan nampak kenapa Day sangat marah sampaikan berdendam sedendam dendamnya pada Itt...