Gus menoleh memandang Four apabila abangnya keluar dari bilik.
"Ehm... aku nak..." Gus tak tahu hendak berkata apa, jadi dia terfikir untuk naik ke biliknya dan memikirkan kembali kisahnya bersama Four.
"Kau nak pergi mana?" Four berjalan ke arah Gus.
"Eh... aku nak pergi bilik aku." Balas Gus selamba.
Selepas mendengar keseluruhan kebenaran, dia berasa tidak cukup berani untuk berhadapan dengan Four.
"Kau nak menyorok daripada aku?" Four bertanya balik.
Semasa Gear masih ada, Four tak banyak berkata atau bertindak. Itu kerana Gear tak tahu apa yang pernah berlaku di antara mereka dan Four percaya yang Gus takkan berani memberitahu abangnya.
"Siapa yang nak menyorok? Kenapa pulak aku nak menyoork?" Gus tergesa-gesa menafikan, takut kehilangan muka.
"Kalau kau bukan nak menyorok, stay sini dan bercakap dengan aku dulu." Selesai berkata, Four memegang tangan Gus dan berjalan keluar ke hadapan rumah.
"Apa... kita nak pergi mana... aku tak nak pergi, lepaskan aku." Gus berterusan.
"Aku cuma nak bawak kau duduk berbincang kat laman rumah. Kenapa kau nak menjerit?" Four bertanya.
"Huh, bagitahu je lah. Kenapa kau nak kena heret aku?" Gus menjerit kembali, tetapi membenarkan Four menarik tangannya ke halaman depan.
Apabila sampai ke meja di laman, Four melepaskan tangannya dari Gus.
Gus duduk di kerusi panjang, jantungnya berdebar-debar, tertanya-tanya apa yang Four akan katakan.
"Kau nak cakap apa?" Tanya Gus, cuba mengekalkan ekspresinya senormal mungkin.
Four duduk di sebelah Gus. Gus berundur sedikit.
"Apa yang kita bincangkan tadi, kau faham?" Four bertanya dengan nada serius.
"Apa yang kau cakapkan?" Tanya Gus kembali, Four segera menoleh memandang Gus.
"Kau memang bodoh kan Ke kau buat-buat tak faham?" Four menjerit.
"Yah, aku tahu, jadi kau tak perlu ulang lagi kan?" Gus pantas berhujah kembali sebelum Four sempat menghabiskan bicara.
"Nah, tengok tu. Kau act as if kau tak nak cakap. Kalau kau tak ready... Kalau kau tak nak cakap, bagitau aku. Aku stop." Four berkata dengan marah.
"Apa yang kau nak buat?! Aku confuse, fahamkan aku...kau jugak kata aku bodoh ... ye, aku memang bodoh!! Kalau aku ni menyusahkan...tak perlu cari pasal dengan aku." Jerit Gus ketika dia cuba bangun, namun Four memegang pergelangan tangan Gus
"Sorry...duduk dulu, Gus." Kata Four tergesa-gesa menyebabkan Gus terpaku sebelum bersetuju untuk duduk semula.
"Lepaskan tangan aku." Kata Gus dengan suara yang tenang, manakala Four masih memegang pergelangan tangan Gus.
"Kalau aku lepaskan, kau akan bangun dan lari daripada aku?" Four bertanya balik.
"Aku takkan lari, lepaskan tangan aku. Ke kau nak Gear nampak?" tanya Gus.
"Kau tak bagitahu abang kau kan?" Four bertanya, sambil melepaskan tangan Gus.
"Aku tak beritahu." balas Gus.
Four terdiam seketika.
"Sebenarnya, kau boleh lupakannya." Gus berkata dengan suara perlahan sambil merenung lurus ke hadapan, tidak menoleh memandang Four.
YOU ARE READING
G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)
RomanceBuku ni, permulaan kepada our favourite universe, Love Syndrome dan Unforgotten Night novel. Ni buku pertama daripada author Yeonim dalam LS Universe. Di sini, kita akan nampak kenapa Day sangat marah sampaikan berdendam sedendam dendamnya pada Itt...