Tengah hari.
Sebaik kelas tamat, geng Night keluar dari kelas untuk mencari makan tengah hari.
"Kau nak pergi ke restoran semalam?" Knot mencadangkan.
"Kyu, kau nak pergi mana?" Tanya Gus, sambil berjalan menuruni bangunan kolej dan Kyu kelihatan berjalan ke arah lain.
"Aku nak cari tempat untuk tidur kejap. Korang pergi makan. Nanti, nak pergi kelas, call aku sekali." Ujar Kyu perlahan membuatkan rakan-rakannya kelihatan curiga.
Apabila Kyu pergi, Night menoleh memandang Mai yang sedang memandang Kyu yang meninggalkan dengan pandangan mata yang canggung.
"Mai, kau dengan Kyu?" Night bertanya.
"Apa-apa sahaja." balas Mai pendek.
"Kalau korang tak bergaduh, kenapa korang nampak akward and macam mengelak antara sama lain?" Night bertanya lagi.
"Tak. Takde apa-apa, cuma ada sedikit perselisihan faham. Aku lapar, jom makan something." Tanpa bertanya lagi, mereka mengikut.
Night melihat jalan di hadapan bangunan dan terlihat sebuah kereta yang dikenalinya sedang terparkir.
"Siapa yang cool sangat tu?" Tanya Knot apabila dia melihat seorang pemuda tinggi lampai bersandar pada kereta dengan cermin mata hitam.
Night segera menghentikan kakinya.
"Hei, Night. Tu mamat semalam." Kata Gus segera kepada Night.
Wajah Night serta merta tegang.
"Siapa Night?" Tanya Mai, sambil lelaki tinggi lampai itu berjalan menuju ke arah Night.
Mata gadis dan lelaki memandang lelaki yang baru sampai itu dengan penuh minat.
Apabila pemuda itu datang dan berhenti di hadapan Night, dia melihat wajah tak selesa Gus.
"Ada masalah?" tanya Mai.
"Aku ada urusan dengan Night. " Pemuda itu menjawab dengan tenang.
"Apa urusan kau dengan kawan aku? Macam mana kau tahu kawan aku belajar kat sini?" tanya Gus.
Neil tersenyum kecil. Kerana tiada siapa yang tahu bahawa Night dan Neil mengenali antara satu sama lain.
"Aku tahu semua tentang kawan kau ni." Kata Neil sambil memandang ke arah Night.
"Apa maksud kau?!" Gus menjerit tanpa rasa takut, kerana di kampus sekurang-kurangnya terdapat ramai orang.
"Gus... Aku memang ada urusan dengan dia." Night meleraikan ketegangan.
Melihatkan ekspresi Neil, Night percaya yang Neil akan memberitahu mereka segala-galanya jika Night enggan bercakap dengannya. Neil tersenyum puas.
***GGHH : After knowing Neil & Nick from their story, rasa cam...apsal Neil asshole gini sebelum jumpak Nick? Tapi...apa nak hairan...dia kan BFF Day? Day memang 🏴(bukan 🚩lagi dah) sebelum dia berubah untuk Itt.***
"Apa urusan kau, Night?" Gus terus menjerit.
"Aku memang ada urusan, kau tak perlu risaukan aku. Aku cuma akan bercakap dengan dia sekejap je. Kau pergi tunggu aku kat kedai nasi dulu." kata Night dengan nada yang sama... menahan rasa jengkel, kerana tidak mahu kawan-kawannya tahu dan bertanya terlalu banyak.
"Night... kenapa kau macam ada rahsia dengan aku?" tanya Gus lembut.
"Gus, aku mohon, aku akan cerita kat kau nanti. Tapi, buat masa ni, boleh aku bercakap dengan dia dulu?" Night cuba berbincang dengan kawan baiknya.
YOU ARE READING
G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)
RomantizmBuku ni, permulaan kepada our favourite universe, Love Syndrome dan Unforgotten Night novel. Ni buku pertama daripada author Yeonim dalam LS Universe. Di sini, kita akan nampak kenapa Day sangat marah sampaikan berdendam sedendam dendamnya pada Itt...