Bab 12

24 0 0
                                    

"Tunggu, sampai sini je." kata Night, sedang Gear memandu ke kampus.

"Kenapa, aku boleh hantar straight sampai ke fakulti." Kata Gear.

Night menoleh memandang Gear.

"Aku cakap stop, so stop." kata Night membuatkan Gus memandang abangnya.

Gear sedikit berkerut, tapi dia bersetuju untuk menghentikan kereta seperti yang disuruh oleh Night.

"Gus, kau turun dulu, aku nak cakap dengan dia." Kata Night kepada kawannya.

Gus mengeluh, tapi keluar dari kereta. Sebaik sahaja kawannya turun, Night menoleh memandang Gear.

"Night, aku setuju dengan semua permintaan kau. Tapi boleh aku mintak dari kau sesuatu?" Tanya Gear.

"Apa?" tanya Night.

"Boleh kita kembali ke panggilan yang dulu? Aku panggil kau Night. Kau pulak, panggil aku P'Gear. Bukan sekadar nama atau bastard, okay? Itu je yang aku nak mintak daripada kau." kata Gear dengan nada tersekat-sekat.

"Aku akan cuba." Night menjawab pendek.

"Time bila kau break?" Night bertanya lagi.

"Tengah hari." Gear menjawab.

"Em, break time kita sama. Then, time rehat, kau pergi order makanan kat restoran seberang universiti yang aku jumpa kau hari itu. Kau pergi sana, order makan, duduk dan tunggu." Night berkata.

"Oh, macam mana kalau kau sampai sebelum aku? Tanya Gear.

"Tak, I don't care, yang aku tahu aku sampai sana dan makan. OK, itu je." Selesai bercakap, Night membuka pintu dan keluar dari kereta serta-merta.

Gear hanya mampu memandangnya dengan kekecewaan, dia berasa seperti jika tubuh Night diambil alih sesuatu dalam segala hal. Gear duduk memerhati Night dan Gus memasuki bangunan fakulti.Oleh itu dia memandu ke kumpulannya sendiri.

"Siapa yang hantar korang?" tanya Kyu kepada dua rakannya itu.

"P'Gear, Ai'Gus." Night membalas.

"Macam mana kau boleh datang dengan dia? Kau tak okay dengan dia kan?" Tanya Mai sejurus sebelum dia menghulurkan tangan untuk mengambil makanan ringan dalam beg yang Kyu bawa untuk dimakan.

"Bastard, kenapa kau suka makan sangat? Kenapa kau kata kau belikan untuk aku?" Kyu menjerit pada Mai yang berada di sebelahnya.

"Sebelum kau tanya pasal aku. Aku nak, korang dua okay ke?" Tanya Night.

"Okay, aku nak gaduh dengan dia." Kata Kyu bersahaja.

"Oh tapi aku nampak kau macam mengelak dari Mai?" Tanya Gus pulak.

"Mana ada! Aku tak mengelak." Kyu menafikan dengan nada tinggi.

"Ha'ah, dia dah tak marah aku sebab aku dah rasuah dia gula-gula yang dia pegang tu." Kata Mai sambil bergurau. Kyu.

Dia turut mengangkat bahu, berpura-pura tidak peduli.

"Tetapi bagaimana dengan Knot, bukankah dia sudah sampai?" Night mencari kawannya yang seorang lagi.

Kyu berkata sambil mengangguk ke belakang Night. Night menoleh dan melihat rakannya dengan muka kemerahan.

"Kenapa tu? Muka merah, kau okay?" tanya Gus ingin tahu.

"Oh, tak ada apa, korang tak pergi kelas? Jangan sampai kantoi attendance. Ponteng." Knot memberi amaran, sebelum rakan-rakannya bangun dan berjalan ke bangunan fakulti.

G❤️N & F❤️G - I'm Gonna Be Bad...Because It'll Make You Love Me - (Malay)Where stories live. Discover now