BAB 1

1K 30 0
                                    

KRING

“Selamat datang” Zarra Araysha menyambut pelanggan dengan manis terukir di wajah manisnya.

Buku menu diambil dan langkah kakinya menuju ke arah meja yang diduduki oleh dua orang wanita. Buku menu dihulurkan.

“Cik berdua nak order apa” tanyanya dengan sopan.

“Give me 1 carbonara spaghetti and 1 apple juice.” jawab seorang wanita yang berkaca mata hitam.

"Bagi saya nasi ayam dengan jus oren.” wanita ayu bertudung turut menjawab.

Pesanan dicatat oleh Zarra. “sebentar ye.” katanya lalu beredar dari situ.

“Nah..order meja 14” kertas kecil dihulurkan kepada rakan kerjanya, Nisa. “Aku pergi sambung lap meja dulu” katanya lagi. “Okayh” ceria saja Nisa menjawab dengan ibu jari dan jari telunjuk dicantumkan membentuk bulat.

Selepas beberapa minit, Zarra dipanggil semula. “Sha..hantar makanan ni” dia menganggukkan kepala. Tugas dia di restoran itu adalah sebagai pelayan bersama Akmal manakala Nisa menjaga kaunter dan beberapa orang pekerja lain sebagai cef di dapur. Memandangkan Akmal ada pesanan yang perlu diambil, jadi dialah perlu menghantar makanan itu.

Dengan sepantas kilat, Zarra melakukan tugasnya. Zarra jenis tak suka melengahkan masa dan kerja. Semua kerjanya pasti akan siap secara on time.

“Sha, habis kerja kau nak pergi mana?” Nisa mula menyoal rakan kerjanya. Nak ajak lepak la tu.

“Aku balik je kot. Lagipun, malam ni aku ada family dinner” katanya berhati-hati kerana tidak mahu rakannya tersinggung.

Memuncung Nisa dibuatnya. “Takpe la kalau macam tu” acah sedih.

“Lain kali kita keluar okay? Nanti aku belanja kau shopping nak?” pujuknya.

Bersinar mata Nisa dengar perkataan ‘belanja’. Sapa je tak nak kalau ada orang nak belanja kau.

“Nak nak” laju saja dia menjawab sambil tangan bertepuk kegirangan. Zarra hanya senyum. Nasib baik kau kawan aku. Haih la kawan.

"Dah sambung kerja. Nanti bos potong gaji kau baru tahu."

Jarum jam menunjukkan angka 5 petang. Mereka mula mengemas apa yang patut sebelum pulang.

Zarra memandang Nisa. “Weh, kau naik apa? Nak aku hantarkan tak?”

“Eh takpe. Aku dah order grab, kau takyah risau lah” sebenarnya dia pun rasa bersalah setiap hari Zarra tumpangkan balik. Maklumlah, Zarra ni tersangatlah baik orangnya.

“Betul ni?” tanya  Zarra ingin mendapatkan kepastian.

“Betul babe. Aku okay”

“Sure?”

“Ya Allah Sha, betul. Berapa kali kau nak tanya?”

Zarra tersengih macam kerang busuk. Kita tanya je, itu pun nak marah.

“Kalau macam tu aku tunggu kau sampai grab kau sampai.” baru saja Nisa ingin bersuara, Zarra terus mencelah.

“Takde penolakan. Kalau tak, aku hantar kau balik.” katanya tanpa memandang Nisa.

Cemberut wajah Nisa sekarang ini. Ingat kita ni budak-budak ke. Tetapi itulah sifat semulajadi Zarra Araysha. Dia selalu dahulukan orang lain berbandingkan dirinya sendiri. Dia ingin lihat orang yang berada di sekelilingnya sentiasa bahagia.

“Grab aku dah sampai. Kita jumpa lagi esok okay.” ujarnya sambil membuka pintu kereta grab yang ditempahnya.

“Okay, take care” dia mendekatkan dirinya ke arah Nisa. Lalu dia berbisik “kalau pakcik tu bagi kau gula-gula, kau ambil tau” berkerut kening Nisa mendengar ujaran rakannya itu. Selalunya orang akan pesan jangan ambil, dia suruh ambil pula. Pelik minah ni.

“Asal kena ambil” tanya Nisa dengan perlahan. Tak mahu pakcik tu dengar. Kang tak sampai rumah pula aku nanti.

Zarra sengih tak bersalah. “Sebab aku nak..nanti bagi kat aku” ehh engko ni. Aku hempuk dengan beg keras ni, makin bengong pale otak kau nanti. Nak je dia cakap macam tu, tapi disabarkan jua. Kadang-kadang, perangai tak semenggah Zarra terselah juga.

Nisa menjeling tajam ke arah Zarra. “Kau ni duit je banyak, gula-gula pun kau nak free ke”

“Orang dah bagi takkan nak tolak. Rezeki tu”

“Ha yelah..rezeki diorang sebab dapat jual kau kat Siam. Makan besar diorang” luntur terus senyuman Zarra. Ada ke patut doa macam tu dekat kawan.

“Ish kau ni. Jangan cakap macam tu.”

“Kau sendiri yang offer. Dah la aku gerak lu. Meter kereta dah bergerak 8km, aku tak naik- naik kereta lagi ni.” kuat bunyi tawaan mereka berdua. Nisa terus memboloskan diri ke dalam kereta.

Zarra melambaikan tangan sehingga kereta yang dinaiki Nisa menghilang. Lalu dia pun berjalan ke arah kereta Honda Civic 1.8 miliknya. Enjin dihidupkan. Pedal minyak ditekan dan keretanya terus meluncur laju di atas jalan raya. Banglo milik keluarganya menjadi destinasi.

Sorry guys, kalau first chapter boring sikit.

To be continued..

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now