BAB 47

774 22 0
                                    

"Mashaallah, comelnya cucu nenek ni," kata Puan Aisyah sambil mengusap lembut pipi Qhaleef yang sedang tidur dalam dakapan Tengku Firdaus.

"Ya, comel sangat. Ini betul-betul copy paste muka papa dia." sambut Tengku Irdina dengan senyuman lebar sebelum kerling sekilas anaknya.

Dari kening sampai ke bibir, semua ikut genetik Tengku Firdaus. Genetik aku sedikit habuk pun tak melekat. Penat-penat aje aku kandung, last last muka bapa dia nak ikut.

"Entahnya, semua bolot dekat dia." Aku juihkan bibir. Tak puas hati lagi dengan dua beranak itu.

"Alolo.. janganlah marah. Bukan salah abang, Qhaleef sama muka dengan papa dia. Mungkin dia nak ikut jejak papa. Menjadi seorang yang handsome dan bertanggungjawab." Balasnya bangga. Masin-masing lepaskan tawa. Kelakar pula bapa budak ni.

"Tak apa, nanti kita buat lagi. Baby girl pula." Katanya dekat dengan telinga aku. Aku buat muka meluat. Malas nak melayan.

Tengku Firash dan Zaqwan, yang juga hadir, berdiri di tepi katil. Kedua-duanya tidak dapat menyembunyikan kegembiraan saat melihat anak buah mereka yang baru lahir itu.

"Comelnya anak buah aku ni. Long, aku nak dukung dia." kata Tengku Firash sambil menghulurkan tangan untuk mengambil bayi itu.

"Apa? Kau dulu? Tak boleh! Aku yang dukung dulu!" bantah Zaqwan sambil cuba menarik Qhaleef dari dukungan papanya.

"Hey, jangan gaduh-gaduh. Anak aku bukan mainan nak direbut-rebut," kata Tengku Firdaus.

"Tapi aku nak dukung dia dulu!" seru Zaqwan, tak mahu mengalah.

"Tak boleh! Aku yang dukung dulu!" balas Tengku Firash.

"Daripada abang-abang semua, baik Isya yang dukung dulu. Nak along." Minta Tengku Farisya teruja.

"Ehh kau. Dari mana datang pun tak tahu, tiba-tiba nak dukung dulu. Potong line betul la kau ni. Pergi beratur belakang." Halau Tengku Firash apabila tiba-tiba adiknya mencelah. Penat dia tunggu giliran, senang-senang je kena potong.

"Kalau angah dukung, mesti terkehel kepala budak ni. Tak pasal-pasal kena sepakan taekwondo akak Sha."

"Entah kau. Pergi main jauh-jauh. Shuh shuh." Halau Zaqwan pula sambil menolak lelaki itu minta ketepi.

"Kau pun nak halau aku? Kalau aku terkehel, entah-entah kau patahkan leher budak ni."

"Aku ada pengalaman okay. Ian buktinya."

"Dah tak payah bergaduh. Aku takkan bagi dekat sesiapa pun. Qhaleef tengah sedap tidur. Kang terbangun, kau orang nak pujuk ke?" Kata Tengku Firdaus sambil meletakkan semula anaknya ke dalam baby coat.

Daripada dia bagi dekat budak-budak ini, lebih baik dia biarkan Qhaleef tidur dengan lena. Ingat senang nak pujuk budak ini kalau dah menangis.

"Mummy keluar dulu ya. Entah mana daddy kau orang ni." Tengku Irdina minza izin dulu sebelum keluar untuk mencari suaminya.

Begitu juga dengan Puan Aisyah. "Sama la. Mama pun nak keluar dulu ni. Nanti apa-apa call mama ya." Katanya dengan senyuman manis.

Kami sama-sama mengangguk faham, memandang mereka yang beranjak keluar dari bilik hospital. "Hati-hati ya." Ujarku sambil melambaikan tangan.

Tengku Firdaus pandang pula adik-adiknya. "Kau orang tercegat apa lagi dekat sini. Tak nak keluar lagi ke?""

"Tak nak. Aku nak teman anak syurga ni."

"Aku pun nak teman sister."

"Tak payah. Aku ada boleh teman dia."

"Kau siapa nak halang aku?"

Tengku Firdaus hela nafas berat. Laranglah setara mana pun, budak dua orang ini memang tak akan dengar cakap.

"Biarlah dia orang. Kejap je, nanti dia orang baliklah." Aku yakinkan suamiku.

"Yelah. Ni sayang nak apa-apa tak? Abang boleh tolong ambilkan."

Aku gelengkan kepala. "Tak nak apa-apa. Cuma nak abang ada di sisi Zarra. Itu saja." Aku lentokkan kepala di bahunya.

Tengku Firdaus tersenyum manis. "Thank you sayang, for everything." Kepalaku yang berlapik tudung diusap perlahan.

"Thank you too." Ucapku perlahan.

"Aww.. so sweet." Kata Zaqwan sambil berbalas pandang dengan Tengku Firash.

"Aku pun nak jugalah. Macam mana? Macam ni ehh?" Tengku Firash tiru gaya kedudukan kami berdua. Dilentokkan kepalanya di atas bahu Zaqwan.

Namun, dengan cepat Zaqwan tepis kepala Tengku Firash kasar. "Gelilah gila!" Marahnya.

"Alaa.. jangan macam tu. Aku pun nak juga." Kata Tengku Firash sambil tersengih, masih berusaha untuk bersandar pada Zaqwan.

"Kau buat lagi, memang sampai Sepanyol kepala kau." Ugut Zaqwan. Meremang bulu roma bila lelaki itu itu letakkan kepala di lehernya. Geli!

Tiba-tiba, Qhaleef menangis akibat suara mereka berdua yang lantang. Panik dua jejaka itu cuba untuk tenangkan anak saudara mereka.

"Alolo.. Qhaleef terjaga ya. Sorry, sorry." Tengku Firash cepat-cepat memujuk.

"Anak fruit nak main ke? Chiku chakk! Chiku chakk!" Zaqwan cuba menghibur dengan bunyi-bunyian yang pelik.

"Kepala otak kau chiku chakk. Budak ni nak tidurlah." marah Tengku Firash.

"Mana ada tidur. Tengok bulat mata dia tengok aku. Maksudnya dia pun nak main."

Kami suami isteri sama-sama gelengkan kepala melihat gelagat mereka. Macam manalah nak kahwin kalau perangai pun masih lagi kebudakan?

"Agak-agaklah, ada ke perempuan nakkan lelaki tak matang macam dia orang?" Aku bisikkan pada suamiku sambil tersenyum.

Tengku Firdaus ketawa kecil. "Entahlah. Kadang-kadang terfikir juga macam mana mereka boleh jadi adik-beradik kita."

Qhaleef terus menangis dengan lebih kuat. Kedua-dua lelaki itu semakin panik.

"Firash, kau dukung dia. Mungkin dia nak dekat kau," arah Zaqwan.

"Eh, mana boleh. Aku baru lepas makan. Perut aku buncit. Kau yang dukung." Zaqwan tercengang. Apa kena mengena?

Tadi bukan main beria berebut nak dukung. Bila budak ini menangis, semua nak mengelak.

"Tak boleh harap betul kau orang ni." Sembur Tengku Firdaus sebelum mengangkat Qhaleef lalu dipujuk perlahan. Automatik terdiam. Penangan seorang ayah.

"Anak papa good boy kan. Jom kita pergi dekat mama." Qhaleef berpindah tangan. Kini berada dalam dukunganku.

"Anak mama nangis ya? Siannya dia." Aku bermain dengan puncak hidungnya.

Kami bermain manja dengan Qhaleef sebelum perlahan-lahan bayi itu melelapkan matanya. Wajahnya ditatap lama oleh kami.

"Tak tahu dah kali berapa, but I would like to say, I love you so much my wife, Zarra Araysha." Bisiknya lembut di tepi telingaku. Aku tersenyum mendengar itu. Ayat yang sentiasa aku terima tak kira di mana jua.

"But I hate you."

"I don't care, but still I love you."

"I love you to husband, Tengku Firdaus Iskandar."

The end..

Saya akhiri cerita ini sampai di sini saja. Jika terdapat banyak kekurangan dalam penulisan saya, saya minta maaf banyak-banyak.

Kita jumpa nanti in the next story of.. shhh..🤫
Semoga kita bertemu lagi next karya saya dalam versi penulisan yang lebih baik.

Again, I'm sorry, and thank you for supporting me from zero until now!

Bye bye semua!

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now