BAB 29

467 14 2
                                    

(Setakat ini saya akan tukar penggunaan kata nama nama 'aku' yang merujuk kepada Zarra. Sekian terima kasih.. silakan sambung membaca.)

"Wohoo!! Best do!" Teriak Zaqwan apabila dia rancak bermain snorkling. Tak sahlah honeymoon kitaorang tanpa orang ketiga iaitu si anak neraka ini. Orang lain datang bercuti, dia pula yang melebih.

Walaupun aku berada jauh dengannya, tapi suara dia boleh dengar sampai ke negara jiran sebelah. Dialah yang terpaling hyper sekali.

"Over la dia ni." Aku jeling menyampah. Benar-benar aku maksudkan.

"Sayang tak nak main ke?" Tengku Firdaus bertanya. Sedari tadi aku hanya main air di persisiran pantai saja. Sedangkan mereka berdua dah basah lencun.

Tapi nasib baiklah laki aku ni pakai baju gelap. Kalau tidak terserlah segala chocolate bar dia. Tak naklah jadi tontonan orang ramai. Dah lah sekarang ini, ramai perempuan seksi! Kalau nampak orang berotot sekali pakej handsome, semua mata gatal nak memandang. Merenyam!

"Tak naklah. Nanti baju Zarra basah. Melekat dekat badan, nampak lekuk tubuh. Malulah orang tengok." Tolak aku lembut.

"Betul juga kan. Takpe, nanti kita mandi berdua je dalam private pool kita. Tak ada orang boleh tengok. Abang je boleh." Tengku Firdaus menyeringai senyum. Bukan aku tak tahu maksud dia seperti apa.

"Give me 15 minutes more, then abang naik. Boleh?" Dia bertanya minta izin nak berendam lagi.

"Okay. Jangan lama-lama. Lambat Zarra tinggal. Abang datinglah dengan si Zaqwan tu." Aku pandang ke arah Zaqwan yang elok berbaring di atas papan luncur. Nak bakar kulit agaknya.

"I'll be on time sayang." Perlahan-lahan dia bergerak masuk ke dalam air semula.

Aku pula bergerak naik duduk di kerusi yang ada. Lenguh kaki berdiri lama-lama. Cuaca pula panas. Memang kena kalau sesiapa nak bakarkan kulit. Apa nama aku pun tak ingat. Sunscreen? Sunskin? Sunburn? Apa-apa jelah.

"Dik! Kau tak nak main ke? Best ni! Woo!" Jerit Zaqwan lagi memanggil aku. Gila betul dia ni. Tak tengok ke orang tengah pandang dia. Menjerit tak tentu hala.

Lantaklah dia. Aku buat tak tahu aje. Atau lebih tepat, buat-buat tak kenal. Entah anak siapa, saya pun tak tahu.

Lama aku jadi pemerhati, lantas aku kecilkan mata. Tak cukup, orang ketiga, sekarang kita ada orang keempat pula ye.

Seorang perempuan asing dengan pakaian renang seksi dia itu sedang mendekati suami aku. Woi! Suami aku tu! Menggedik pula kau ye. Ko sabar jap. Tak kena orang la kau nak kacau.

Bergegas aku mendapatkan mereka di dalam air. Aku dah tak kisah baju aku nak basah ke, apa ke. Yang penting aku kena buat perhitungan dengan perempuan itu. Sabar aku pun ada limit juga.

"Hey, you woman! What are you doing with my shuben hah?!" Automatik mereka berdua pandang aku. Lantaklah english aku berterabur ke, asalkan dia faham sudah.

"Sayang.."

"Apa sayang-sayang?" Aku mencerlung tajam suami aku. Ini pun satu, dah tahu ada ahli sihir bukan nak lari terus.

"This is your sister?" What! Dia panggil aku sister? Aku dah mention shuben tadi kan. Ouh, maybe dia tak faham.

"Sister atok nenek kau. Aku bini dialah." Tenggelam dah english aku. Tiba-tiba ndak bisa bahasa inggeris.

"Sayang.." Aku nampak Tengku Firdaus sudah memicit dahi.

"What languange do you speak? I don't understand." Wanita itu memotong. Dia ketawa janggal.

"Tak faham? You are so stupid lah." Ha amik kau.

"You called me stupid?" Tanya wanita itu tak puas hati.

"Enough ladies, she's my beloved wife." Aku senyum bangga bila suamiku mula memperkenalkan aku. Nasib baik kau backup, kalau tak dah lama humban kepala kau dalam air.

Wanita itu berpeluk tubuh. Manakala aku sudah tayang wajah menyampah. Apa lagi yang dia tak puas hati?

"Really? She doesn't have an image of your wife. She looks like she is not mature yet." Mentang-mentang dia tinggi, aku ini sekadar cukup makan je, tak matang katanya. Ini sudah bermain dengan maruah ketinggian. Dia perli ketinggian aku! Dia hina ketinggian aku!

Ouh, really? Ada aku kisah? Aku kisahlah!

"This is the proof of our marriage." Tengku Firdaus ambil tangan aku bersama dengan tangannya. Nak tunjuk ada cincin yang tersarung di jari manis masing-masing.

"Not enough." Seperti mencabar. Ehh, minah salleh ni. Kang ada yang aku buat backflip dalam air nanti.

Ada keluhan keluar dari mulut suami aku.

Aku cuba fikirkan cara nak puaskan hati minah ini. Tunjuk gambar nikah? Sanding? Nah, setakat gambar dia tak akan percaya. Benda boleh edit.

Ada satu idea yang terlintas di benak fikiran aku. Tapi apa yang boleh aku katakan, idea ini gila! Gila-gila pun aku kena buat juga. Kalau orang pandang, bukannya dia orang kisah. Ini Maldives lah, bukan Malaysia.

Aku lepaskan pegangan suamiku lalu mukanya aku tekup. Kepalanya aku tarik ke bawah sedikit supaya sama paras dengan ketinggian aku. Dia sudah berkerut seribu. Tak faham dengan tindakan aku ini.

Fikiran dia aku harus tolak ketepi, yang penting perjuangan harus diteruskan!

Tanpa berkata-apa, aku sambar bibir Tengku Firdaus. Terbeliak matanya terima ciuman tak terduga ini. Namun, hanya beberapa saat dialah yang mengetuai. Aku hanya ikut rentak.

Aku celik mata sedikit. Dari hujung ekor mata, aku boleh nampak wajah wanita itu berubah drastik. Masam mencuka. Muka macam nak bertukar jadi hulk versi betina pun ada.

Akibat marah yang mencanak naik, wanita itu lantas pergi meninggalkan kami. Huh, tahu pun nak mengalah.

Tengku Firdaus lepaskan tautan lalu dia pandang aku.

"Berani ehh tempat orang ramai. Bila kat rumah, shy shy cat." Dia perli aku.

"Dah dia gatal sangat, berani nak cantas suami Zarra." Aku muncungkan bibir. Aku cuma tak nak berkongsi hak milik aku aje.

"Jom kita sambung kat bilik." Dan-dan dia tarik tangan aku untuk beredar. Laju aje dia berkaitan pembelajaran sains tingkatan 3, chapter 4. Saya ingat lagi ye.

"Zarra gurau ajelah." Aku tundukkan wajah. Mesti sekarang ni muka aku macam cili kan. Merah kepedasan!

"Hahah!! Abang pun gurau juga. Tapi baju sayang dah basah ni. Nampak apa sepatutnya orang lain tak boleh tengok." Aku tengok bawah. Secara spesifiknya, dada aku. Jelas! Cepat-cepat aku tutup guna dua belah tangan.

"Abang!" Tubuh dia aku peluk. Sebab aku rasa lebih terlindung daripada pandangan orang.

Dia tergelak kecil lalu mencapai tuala yang tersangkut di kerusi. Lalu dipindahkan ke atas bahuku.

"Dah." Sambil-sambil itu, dia lap wajah aku yang basah.

"Kesian dia. Dah comot." Aku cemberutkan muka.

Tiba-tiba..

"Ehem.. dah habis ke cerita kartun korang? Berbulu mata aku tengok. Ada unsur lucah! Maafkanlah aku Ya Allah." Zaqwan datang rosakkan suasana kami. Kan dah kata, hubungan kami tak pernah indah macam orang lain.

"Baru je habis shooting." Jawab aku selamba.

"Dah lah kau. Baik aku layan doraemon aku. Mana tahu boleh pergi masa depan, tup tup aku dah nikah. Babai." Zaqwan berjalan pulang sambil melambai ke arah kami. Blah la kau.

"Nak sambung main atau nak pergi makan?" Tanya Tengku Firdaus.

Kalau diberi pilihan makanan atau Zaqwan, aku sanggup pilih makanan. Zaqwan itu aku sanggup jual. Siapa nak amiklah, tak payah jual, free aje aku bagi.

"Makan!" Jawab aku teruja.

"Let's gour."

Sukalah ada shuben yang manjakan kita dengan kenyangkan perut.

To be continued..

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now