BAB 26

568 19 1
                                    

KLIA

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Penerbangan mereka jam 10 pagi. Pagi itu, mereka sekeluarga tolong hantarkan mereka berdua ke lapangan terbang.

"Dik, kau jangan pergi lama-lama tau. Takut nanti kau rindu aku. Aku tak ada untuk pujuk kau kat sana." Zaqwan sudah keluarkan air matanya. Entah ikhlas atau tidak.

Zarra putarkan bola matanya. Mulalah drama telenovela dia.

"Kau tak ada tapi suami aku ada. Siapa lagi nak pujuk aku kalau bukan dia." Zarra tayang riak wajah bangga. 

"Sampai hati kau. Mama!" Jerit Zaqwan panggil Puan Aisyah. Terkejut Puan Aisyah apabila Zaqwan tiba-tiba menjerit. Jerit pula di sebelah dia. Dah kenapa ini anak?

"Ish! Jerit pula dia. Malulah orang tengok." Mata melilau melihat sekeliling. Ramai mata yang memandang mereka. Budak ni! 

"Dah tua bangka, perangai kalahkan budak 5 tahun. Patutlah sampai sekarang single." Bidas Zarra. 

Berubah air muka Zaqwan. "Single kau jangan sebut ehh. Aku bukannya tak laku tapi tak murah." Mantap Abe We!

"Single tak mengaku." 

"Ehh korang ni. Ada juga aku ketuk kepala sorang-sorang nanti kan." Zafriel mencelah. Geram aje dia tengok budak dua orang ni. Dekat rumah tak habis bergegarnya, dekat public pun nak cari pasal ke?

"Dia ni lah."

"Aku pula. Kaulah!"

"Kaulah!"

"Ish..hmphh!!" Tidak mahu perang ke 10 bermula, Tengku Firdaus terlebih dahulu tekup mulut isterinya. 

"Dah, cukup-cukup. Kita kat lapangan terbang ni. Nak gaduh, tunggu balik rumah," katanya sambil tersenyum manis, cuba meredakan suasana. Bila tiada respon daripada Zarra, perlahan-lahan dia lepaskan. 

Zarra pandang Zaqwan tidak puas hati. Nasib baik suami aku halang, kalau tidak dah lama aku heret kau ke landasan kapal terbang. Biar kena lenyek dengan tayar kapal terbang.

"Fir pergi uruskan tiket kejap." Tengku Firdaus menguruskan segala dokumen sementara yang lain menunggu. Selepas selesai urusan, mereka menuju ke pintu pelepasan.

"Jaga diri baik-baik kat sana, Sha," pesan Puan Aisyah sambil memeluk anak perempuannya erat. "Kalau ada apa-apa, cepat-cepat telefon mama."

"Jangan risau, mama. Inshaallah Sha akan jaga diri." Janji Zarra sambil mencium pipi ibunya.

"Firdaus, jaga anak papa baik-baik ye." Pesan Tuan Zakaria sambil menepuk bahu menantunya.

"Baik pa."

"Kau jangan lupa apa yang aku order tau. Make sure menjadi." Zaqwan ingatkan balik apa yang dia minta sebelum ini.

Menyampah Zarra dengar. Ingat dia ni kilang J&T. Suka hati nak hantar order barang. 

"Assalamualaikum." Zarra dan Tengku Firdaus memberi salam tanda pamit diri.

"Waalaikumsalam." Jawab mereka serentak.

"Jangan lupa tau!" Jerit Zaqwan dari jauh sambil melambai untuk pastikan pasangan itu dengar. Perlahan-lahan ada senyuman terlakar di wajah Zaqwan. Muahahah..

Masuk saja ke dalam pesawat, Tengku Firdaus dahulukan isterinya duduk di tepi tingkap.

Sebaik saja labuhkan punggung, Tengku Firdaus bertanya. "Sayang pernah tak naik pesawat?"

"Tak pernah." Jawab Zarra ringkas. Memang ini kali pertama dia melancong sampai ke luar negara. Dalam negara pun tak habis meneroka lagi.

"Kalau sayang takut, peluklah lengan abang ni kuat-kuat. Kaunter peluk sentiasa terbuka untuk sayang." 

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now