BAB 41

457 17 2
                                    

Tengku Firdaus duduk di bangku keras di luar bilik kecemasan, jari-jarinya menggenggam erat hingga buku-buku jarinya memutih. Peluh dingin membasahi dahinya walaupun pendingin udara hospital bekerja keras. Hatinya berdebar-debar, setiap saat terasa bagai satu tahun. Lama betul!

Pintu bilik kecemasan terbuka dan seorang jururawat keluar. Lantas Tengku Firdaus menghampiri.

"Isteri saya macam mana nurse? Saya dah boleh masuk ke?" Tanyanya cemas. Perasaannya ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Tak senang duduk dia bila keadaan Zarra masih belum diketahui. Adakah baik-baik saja atau tidak. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik buat isterinya.

"Sabar encik, kami masih cuba lakukan yang terbaik. Tunggu sekejap lagi ya encik."

Firdaus hanya mampu mengangguk, hanya perasaan gelisah dan risau menemani dirinya.

Tidak lama kemudian, Tengku Firash dan Zaqwan datang tergesa-gesa. Raut wajah kedua-duanya kelihatan letih bersama hembusan berat.

"Macam mana keadaan sister in law?" Tengku Firash bertanya sambil mengambil tempat di sebelah abangnya.

Tengku Firdaus menggeleng perlahan. "Aku tak tahu. Doktor masih cek keadaan dia."

Zaqwan duduk di sebelah Firdaus, menepuk lembut bahu lelaki itu.  "Sabar, bro. Aku tahu adik aku kuat."

Suasana hening seketika, hanya bunyi mesin dan langkah kaki jururawat yang bergegas di sekitar mereka. Mereka bertiga menunggu dengan penuh sabar.

Akhirnya, doktor keluar dari bilik kecemasan. Mereka bertiga berdiri serentak, wajah mereka penuh harap dan cemas.

"Bagaimana keadaan isteri saya, doktor?" tanya Tengku Firdaus dengan suara serak.

Doktor menghela nafas, wajahnya serius tetapi ada senyuman tipis di bibirnya. "Puan Zarra stabil sekarang. Dia kehilangan banyak darah tetapi kami berjaya mengawalnya. Tapi, ada satu lagi perkara penting yang perlu Encik tahu."

Tengku Firdaus mengerutkan dahi. "Apa dia doktor?"

Doktor menatap mereka sambil mempamerkan senyuman manis. "Tahniah, encik. You're gonna be a father soon."

Ketiga-tiga mereka terkedu. Terutamanya si bapanya. Mulut mereka terbuka sedikit, tidak percaya dengan apa yang baru saja didengar.

"Angah, tadi doktor tu cakap 'gonna be a father soon.' Anak siapa?" Tanya Tengku Firdaus perlahan kepada adiknya. Risau kalau doktor ini salah orang.

"Ish kau ni. Siapa suami sister in law sekarang ni? Takkan aku bapa budak tu?! Kaulah! Siapa lagi?" Geram saja dengan abangnya jelas seperti orang tak betul. Ada ke patut ditanya siapa bapa anak yang dikandung isteri sendiri.

"Takkan dah lupa moment kau bermesra dengan adik aku sampai terkeluar hasilnya, Tengku Firdaus oii." Peli Zaqwan. Tak sangka lembab juga lelaki ini. Harap saja CEO of FI Holdings, benda macam ni pun boleh ke laut.

Tengku Firdaus pandang doktor itu semula dengan riak penuh dengan tanda tanya.

"Isteri saya mengandung?" Saya jadi papa?" Tanyanya penasaran namun terselit juga senyuman nipis darinya.

"Ya, isteri encik mengandung. Usia kandungannya dah memasuki tiga minggu. Pendarahan yang dialaminya tidak menjejaskan kandungan, cuma saya nak pesan jangan biarkan Puan Zarra buat aktiviti berat dan lasak. Tak baik untuk kandungan dia yang masih lemah."

"Alhamdulillah.." Tengku Firdaus meraup wajah tatkala air matanya perlahan-lahan mengalir keluar. Bersyukur atas apa yang baru dikhabarkan. Tak lama lagi bakal ada peneman kecil yang akan menceriakan hari mereka.

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now