BAB 8

560 21 1
                                    

Fail yang berselerak di atas meja kerjanya disusun rapi. Jam tangan miliknya dipandang. Hampir pukul 9 malam. Dia menggeliat sedikit dan meregangkan otot dan saraf yang tegang.

Dia bangun dari duduknya lalu mencapai kot yang disangkutnya. Seketika itu dia tidak sengaja melihat pemandangan dari dalam biliknya. Bibirnya tersenyum herot melihat seseorang di luar. Bilik pejabatnya dilengkapi dengan cermin di mana boleh dilihat dari dalam tetapi tidak boleh dilihat dari luar. Haaa… kantoi siapa yang malas buat kerja.

Dia menggumam perlahan.

“Beautiful”

Lantas dia keluar dari bilik pejabatnya. Kaki panjangnya terus maju berjalan ke arah lif. Nak balik. Tetapi terhenti langkahnya di depan meja milik Zarra.

Dia pandang sekeliling. Semua orang sudah pulang ke rumah. Asal dia tercongok kat sini lagi. Tengku Firdaus berdehem.

“Kau tak nak balik lagi ke?”

“Huh?” Zarra pandang lelaki di hadapannya dengan raut wajah hairan.

“Pekak ke kau ni? Tak nak balik lagi ke? Lewat dah ni.”

Dengan terpinga-pinga Zarra mencapai telefon pintar miliknya.

“Whattt!!! Pukul 9??!” tanpa sengaja Zarra terjerit.

Bingit telinga Tengku Firdaus dengan jeritan spontan Zarra tadi. Pekak telinga aku.

“Kau pahal nak terjerit bagai ni” soal Tengku Firdaus tak puas hati.

Zarra tepuk dahi. Asal aku tak perasan dah lewat petang ni. Orang lain dah balik tinggal aku sorang je. Takde sorang pun tegur aku.

Dengan sepantas kilat dia mengemas meja kerjanya. Beg tangannya disambar.

“Err.. Tengku jalan la dulu” kekok.

Tanpa bercakap banyak, dia berjalan dahulu meninggalkan Zarra.

“Tak nak masuk ke?” hairan Tengku Firdaus dengan Zarra dari tadi diam tak bergerak di depan pintu lif. Budak ni tak nak masuk ke.

Zarra menggosok perlahan lehernya. Nak masuk ke tak nak. Tapi aku taknak berdua dengan dia dalam lif ni.

Zarra tersenyum kekok sebelum dia juga masuk ke dalam perut lif. Punat lif ditekan.

Jeda

Diam

Senyap

Sedari tadi Zarra seperti cacing kepanasan. Tak senang hati dibuatnya. Asal tetiba lambat pulak lif nak sampai lobi. Cepat laa.. Aku tak boleh bernafas bila berdua dengan bapak singa ni. Seramm

Sebaik sahaja pintu lif dibuka, Zarra hanya membiarkan Tengku Firdaus keluar dahulu. Takut-takut kita pun kena hormat majikan. Nanti kena cop pekerja derhaka pulak. Tak pasal-pasal gaji aku kena potong.

Zarra hanya mengikut langkah Tengku Firdaus di belakang sehingga pintu utama. Takkan nak ikut dia sampai kereta pulak kan.

Tengku Firdaus yang perasan akan itu, dia tersenyum senget. Tahulah dia Zarra sedikit gugup bila bersama dia. Entah kenapa dia terasa mudah terhibur dengan sikap Zarra ni. Walaupun dia tak banyak interaksinya dengan Zarra namun diperhatikan sahaja tingkahnya untuk seharian ini.

Punya gelabah si Zarra bila disuruh buat itu, buat ini. Macam-macam gelagat yang dia saksikan.

Baru sehari kerja dah kena spy dengan abe Fir. Untung kau Zarra..

BUKK

“Aduhh” Zarra merengis kesakitan. Aku terlanggar dinding ke. Sakitt siott

Tangannya naik mengusap dahinya yang baru terlanggar sesuatu keras.

Tengku Firdaus berpaling tubuh. Dia peluk tubuh.

“Kau tak nak balik lagi ke? Asal ikut aku sampai kereta ni? Nak ikut aku balik ke?” Tengku Firdaus jongket kening.
Aikk?? aku dah terikut dia sampai ke kereta ke? Kau mengelamun apa Zarra

Zarra sengih tak bersalah.

“Erkk..” ha sudah. Aku nak bagi alasan apa ni.

“Saya nak balik lah ni, saya tunggu Tengku balik dulu.” alasan bodoh apakah ini. Macam tak logik je. Kau ingat kau bini dia ke sampai nak kena hantar bagai.

Tengku Firdaus mendekatkan diri dengan Zarra. Dia menunduk sedikit mendekati telinga Zarra.

Zarra sudah pun cuak. Dia nak buat apa ni. Kenapa nak dekat-dekat ni.

“Ke kau tak sabar nak jumpa bakal mak mertua kau” tanya Tengku Firdaus perlahan dengan senyuman nakal.

Bulat mata Zarra dibuatnya. Terus dia menjarakkan diri dengan lelaki itu.

Zarra buat-buat ketawa. “Hahaha.. Tengku buat lawak apa ni?” dia tersenyum janggal.

“Kalau macam tu, saya balik dulu. Assalamualaikum” Zarra minta diri.

Laju dia menuju ke keretanya. Tak betah duduk situ lama-lama.

Tengku Firdaus diam memerhati kelibat Zarra yang semakin lama hilang dari pandangannya.
Dia tersenyum nipis.

“Soon dear” ujarnya perlahan lalu beredar dari situ.

To be continued..

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now