BAB 16

551 19 0
                                    

Zarra termenung sendirian di dalam bilik tidurnya. Memikirkan tentang lamaran Tengku Firdaus. Pusing dia dibuatnya memikirkan hal itu.

Sediakah dia untuk menjadi isteri seseorang?

Sediakah dia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri?

Yang paling penting, akan hadirkah perasaan cinta untuk Tengku Firdaus?

Semua persoalan itu berlegar di mindanya. Apakah keputusan yang harus dia berikan?

TOK TOK TOK

Kedengaran bunyi ketukan pintu menghentikan lamunan Zarra. Kelihatan Puan Aisyah di sebalik pintu.

"Sha.." Puan Aisyah mendekati.

"Ma.." Zarra senyum tipis.

"Haihh..kenapa dengan anak mama ni hmm?" lembut Puan Aisyah bertanya. Puan Aisyah duduk di birai katil.

Dari tadi dia sudah perasan yang anaknya tiada mood sejak Zarra pulang kerja. Sampai diketuk berkali-kali pintu bilik, Zarra juga tidak sedar akan itu. Tahulah dia bahawa anaknya ada masalah.

"Takde apa ma..penat kerja" balas Zarra perlahan.

Puan Aisyah hela nafas. Dipegang dan ditarik perlahan tangan anaknya untuk datang kepadanya.

Zarra akur. Dia duduk di sebelah mamanya.

"Jangan tipu mama. Mama tahu mesti ada Sha tengah fikirkan. Sha ada masalah apa sayang? Cuba bagitau mama. Mama tak janji mama dapat tolong. Tapi mama cuba bagi Sha nasihat." ujar Puan Aisyah lembut.  Tangannya turut naik membelai lembut rambut hitam anaknya.

Zarra mengambil nafas dan dihembus perlahan. Mama dan papalah tempat dia mengadu selain Zaqwan dan Zafriel. Dan dia yakin mungkin dengan nasihat Puan Aisyah boleh membantunya menyelesaikan masalahnya.

"Ada orang melamar Sha. Tapi Sha tak tahu nak terima ke tak. Sha tak yakin dengan perasaan Sha. Sha tak yakin dengan diri Sha. Akan adakah perasaan cinta Sha untuk dia. Sha tak nak perkahwinan Sha hanya sementara. Kalau boleh Sha nak perkahwinan berkekalan hingga akhir hayat Sha." panjang lebar Zarra meluahkan perasaannya.

Sedikit sebanyak, Zarra berasa lega separuh daripada masalahnya dapat dia luahkan.

Puan Aisyah tahan senyum. Tak boleh senyum lebih-lebih nanti bongkar rahsia. Hehehe..

"Sha...perasaan cinta itu boleh dipupuk selepas berkahwin. Orang kata bercinta lepas kahwin lebih indah." Puan Aisyah mengusap lembut tangan anaknya.

"Sha kena cuba belajar untuk terima seseorang itu. Cuba buka hati Sha untuk dia. Dari situ, Sha akan tahu ada tak perasaan cinta dan sayang untuk dia. Lepas tahu ada cinta, pasti Sha tak akan lepaskan dia sebab perlahan-lahan Allah hadirkan perasaan itu untuk Sha." tenang Puan Aisyah menasihat.

Dia cuba untuk beri nasihat untuk anak-anaknya. Dia cuma inginkan yang terbaik untuk mereka.

Zarra senyum nipis lalu memeluk erat mamanya. Puan Aisyah turut membalas pelukan itu.

Tenang Zarra dibuatnya apabila memeluk syurganya. Makin erat pelukan. Puan Aisyah tergelak kecil.

"Lemas mama Sha,, kena peluk ketat macam ni" kata Puan Aisyah sambil menepuk perlahan tangan Zarra yang berada di pinggangnya.

TOK TOK TOK

Dengan serentak Puan Aisyah dan Zarra menoleh ke arah pintu.

"Drama apa ni.. 7 hari mencintaiku 3 ke?" tanya Zaqwan sedari tadi melihat adegan manis antara dua beranak ini.

Tangan Zarra terus mencapai bantal lalu dibaling kepada Zaqwan. Zaqwan yang sudah bersedia akan itu, terus mengelak. Dah tahu taktik si Zarra ni. Asal nampak muka hensem aku je, mesti nak baling bantal. Tak ada benda lain ke nak baling? Bunga ke...

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now