BAB 14

546 24 0
                                    

Sekali-sekala dia melirik jam tangannya. 2.15 p.m.

"Ishh..mana dia ni? Kata nak jumpa pukul 2. Ni dah 2.15 tak nampak batang hidung lagi ni. Mandi peluh aku tunggu dia. Ingat aku tunggul kayu ke apa." panjang Zarra membebel. Tangannya mula mengibas mukanya yang terasa kian membahang.

Kini dia berada di luar shopping mall. Dia sudah berjanji dengan Nisa untuk berjumpa pukul 2 petang. Tapi hampehh. Hampir 15 minit dia menunggu sahabatnya yang tak datang berkunjung. Dasar janji melayu.

"Sha!!" Zarra terus berpaling ke arah pemilik suara yang menyeru namanya. Terlihat Nisa berlari anak ke arahnya sambil melambaikan tangan.

Zarra buat muka. Terus disembur si Nisa apabila Nisa sudah betul-betul berada di hadapannya.

"Asal tak datang esok je?" perli Zarra dan dia mendengus geram.

"Alaa sorry laa.. ada benda yang aku settlekan tadi" Nisa merangkul kemas lengan Zarra.

"Habis basah ketiak aku tunggu kau" Zarra masih tidak berpuas hati.

"Alaa..shorry laa hmm.. " berkedip-kedip mata Nisa berusaha untuk memujuk si Zarra.

"Hmm..yelah. Lepas ni kau lewat lagi, kau shopping la sorang-sorang" ugut Zarra selari tangannya menarik Nisa masuk ke dalam mall. Tak boleh duduk lama-lama lagi kat luar. Panassss!

"Jom kita pi makan luh. Aku lapaq ayaq. Pequt aku daqi tadi duk berdendang sayang dengan aku. Hang punya pasai ahh." ujar Zarra dengan loghat utara sambil mengusap perut kempisnya.

Tergelak Nisa dengan cara percakapan Zarra. Dengan loghat Kedahnya.

"Hang nak makan pa? Aku lanja." Nisa turut layankan saja karenah Zarra.

"Aku qasa nak makan ayam geprek laa. Pekena pulak dengan ayaq lemon ais..uishhh" jari telunjuk diletakkan di dagu runcingnya.
Meleleh air liur Zarra dibuatnya. Itu baru difikirkannya, belum makanan itu di depan matanya. Kalau tidak, banjir mall ini dengan air liur Zarra.

"Jom" Nisa terus menarik tangan Zarra menuju ke medan selera. Pelbagai aneka makanan yang dijual di situ. Ada yee mee sizzling, masakan panas, western food dan macam-macam lagi.

Terlopong Zarra dibuatnya. Banyak betul makanan. Ini yang melemahkan imannya apabila berhadapan dengan makanan. Semua jenis nak dijamah. Zarra ni kecik je orangnya tapi ruang perutnya sangatlah besar. Boleh dikatakan sama level dengan youtuber mukbang Korea, Tzuyang.

Kenal tak? Kalau tak kenal, pergi search sendiri.

Zarra kini berada di hadapan gerai yang menjual ayam geprek. Lalu Zarra memesan. "Ayam geprek dua kak." Senyuman turut diberikan kepada peniaga itu.

Nisa pula sedang memesan air untuk mereka.

Setelah beberapa minit menunggu, pesanan mereka telah pun siap. Satu not 50 dihulurkan. Mata meliar mencari meja kosong. Anak mata Zarra menangkap satu meja kosong untuk dua orang duduk yang berada di hujung bersebelahan dengan tingkap bangunan.

Boleh la makan sambil healing dengan pemandangan luar. Dia meletakkan makanan di atas meja. Nisa turut datang ke arahnya sambil kedua belah tangannya memegang erat 2 cawan air.

"Nah kau punya, lemon ice" Nisa menolak perlahan secawan air itu di hadapan Zarra. Zarra dan lemon icenya berpisah tiada.

"Dah jom makan. Terliur aku tengok makanan ni." ujar Zarra dengan sudu dan garfu sudah berada di tangannya. Doa makan dibaca terlebih dahulu.

Korang jangan lupa baca doa sebelum makan tau. Nanti korang makan dengan cetan. Jangan cakap author tak pesan.

"Bismillah.." Zarra terus melahap sampai tercomot bibirnya. Tidak kisah akan orang ramai di sekeliling. Ayu letak tepi dulu. Yang penting aku makan dengan senang. Tak senonoh punya perempuan. Harap je cantik.

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now