BAB 44

426 16 0
                                    

2 bulan kemudian,

Aku dikurung di rumah. Lepas kejadian aku diculik dan disahkan mengandung, aku tidak dibenarkan lagi untuk bekerja. Nak keluar pun, kena sentiasa bersama dia. Kalau tidak, the answer is no!

"Bosannya duduk rumah." Aku merungut.

"Duduk dengan abang pun bosan ke?" Dia yang dari tadi asyik menonton tv beralih fokus padaku.

"Itu lain. Zarra bosan duduk rumah, tak ada kawan. Lagi-lagi kalau abang pergi kerja, lagilah Zarra bosan."

"Habis tu, nak abang buat apa? Cari madu untuk sayang jadikan sebagai kawan? Nak?" Tengku Firdaus tersengih suka.

"Pergilah cari. Jangan pelik kalau tiba-tiba muncul detektif Conan buat siasatan pembunuhan dekat rumah ni." Aku memberi amaran. Bukan sekadar kata-kata. Berani nak cari madu. Tak sempat jumpa lagi, aku dah pancung kepala dia.

"Dah tu. Sayang nak apa?"

Aku berfikir. Selain daripada manusia yang suka tikam belakang, apa lagi yang boleh dibuat kawan? Ha!

"Apa kata bela sesuatu." Aku beri cadangan.

"Nak bela kucing? Baka apa? British shorthair, kucing kampung? Cakap je. Satu kedai kucing itu pun abang boleh beli."

"Tak nak kucing."

"Arnab?" Aku geleng tanda tidak mahu.

"Habis tu awak nak apa sayang?"

"Kita bela katak nak?" Tersedak air liur Tengku Firdaus mendengar jawapan aku. Katak?

"Jangan main-mainlah. Banyak lagi haiwan jinak yang boleh dibela. Tak pernah dibuat orang bela katak."

"Zarra tak main-mainlah. Serius ni. Semalam Zarra ada tengok National Geography pasal katak. Katak tu comel sangat, warna hijau. Kita bela yang itu boleh?"

"Katak?" Tengku Firdaus mengerutkan dahi. "Sayang serius ni? Abang tak boleh bayangkan kita bela katak dalam rumah."

"Seriuslah. Katak tu nampak comel sangat. Zarra betul-betul nak." Aku mempamerkan wajah penuh harapan.

"Lain?"

"Tak nak! Nak katak juga!" Aku mula memberontak. Aku tak tahu kenapa mudah sangat aku terasa. Mungkin kerana emosi ibu mengandung. Apa yang aku pasti, aku nak sangat bela katak hijau itu.

Tengku Firdaus hela nafas berat. Tak sampai dia nak menolak permintaan ibu mengandung ini. Pandai buat, pandailah tanggung.

"Yelah. Tapi macam mana kalau katak tu tak wujud?" Soal dia lagi sebab belum pernah lagi dia nampak katak hijau di Malaysia. Apa yang dia tahu katak air, katak puru dan segala katak-katak hodohlah.

"Mesti wujud punya." Aku yakinkan dia kalau katak hijau benar-benar wujud. Walaupun aku sendiri tak pasti di mana mahu dapatkannya. Pandai-pandailah dia cari.

Aku peluk lengan berototnya dengan gembira. Sukanya hati bila dapat suami yang selalu tunaikan permintaan kita.

"Suka diakan."

"Mestilah. Suami sayang isteri."

"Kau gila ke nak cari katak ni dekat Malaysia! Wujud ke?" Telefon Tengku Firdaus dibaling jauh. Geli dia tengok makhluk hijau itu. Sangat tak membantu untuk merangsang perkembangan otak.

"Isteri aku nak bela katak tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Isteri aku nak bela katak tu. Nak buat macam mana? Kenalah aku cari." Tengku Firdaus hela nafas. Puas dia mencari di mana dia boleh dapatkan katak eksotik itu.

"Kau tak cuba cari dekat kedai haiwan eksotik ke?" Soal Tengku Farel. Selalunya haiwan pelik-pelik ini, kedai haiwan eksotik adalah penyelesaiannya. Sesumpah, ular, semua ada.

"Ada, cuma pekerja itu kata dia tak ambil katak hijau macam ni. Katak yang gemuk ada lah."

"Cuba cari dekat kedai lain. Mesti ada. Kalau tidak, bukan kedai haiwan eksotik namanya kan."

"Nantilah aku pergi cari. Sekarang bagi aku berehat kejap. Letih aku ke hulu ke hilir cari binatang ni." Dia picit dahinya mengurangkan sakit kepalanya.

"Sayang bini sangat kau ni." Tengku Farel senyum sinis.

"Mestilah sayang. Cuba kau kahwin, jentik dia pun kau tak berani."

Tengku Farel naikkan bola mata. Orang lain pun sayang bini, tapi tak seteruk kau. Agaknya kalau Zarra suruh pasang satu lagi, itu pun dia ikut.

Sambil Tengku Firdaus tenangkan otaknya, dia scroll sesuatu di telefon. Mencari haiwan itu di platform online. Dicari satu per satu melalui gambar yang dipaparkan. Mungkin cara ini lebih cepat daripada dia kunjungi satu satu kedai yang tak pasti jual atau tidak haiwan ini.

Dia masuk ke laman satu kedai ini. Dipastikan bahawa itu katak yang dicarinya, terus dia lakukan transaksi pembayaran. Tanpa was-was. Apa yang pasti, dia mahu katak itu sampai depan rumah tepat pada masanya.

Selesai semua, dia lempar telefonnya di atas meja. "Done." Katanya bersama senyuman.

Kerutan di dahi Tengku Farel menunjukkan dia tak faham maksud lelaki itu. Done?

"Apa yang done?" Tanya Tengku Farel hairan melihat senyuman lelaki itu. Tadi bukan main nampak stress wajah itu, tiba-tiba bertukar ceria.

"Done aku beli katak hijau dekat online." Jawabnya.

Tengku Farel tayang wajah meluat. "Dari tadi kau buat online kan senang. Daripada kau datang sini, ajak aku sakit kepala sama-sama dengan kau. Buang masa betul."

"Diamlah. Yang penting aku dah dapat apa yang aku nak. No, I mean, apa yang isteri aku nak." Tengku Firdaus kembali rehatkan kepalanya di kepala sofa dengan tangan diletakkan di atas wajah, menutupi matanya daripada cahaya.

"Kau duduk sini, Zarra duduk sorang-sorang dekat rumah?"

"Dia minta aku hantar pergi rumah mama dia. Alang-alang aku nak keluar, aku singgah sini kejap. Ajak kau sama-sama sakit kepala dengan aku."

"Lepas ni, kalau kau datang bawa masalah keluarga kau, aku kunci pintu rumah ni. Sekali dengan pintu pagar aku kunci. Setiap kali datang rumah aku, bawa masalah. Cuba kau datang bawa makanan, kenyang la juga perut aku."

Geram dia bila sepupunya datang, selalu diajak untuk selesaikan masalah bersama. Ibaratkan masalah yang dihadapi bagaikan masalah negara. Tak menyabar betul! Ingat rumah ini jabatan permasalahan ke?

"Hari itu, disebabkan kau datang penuhkan isi lubang jamban aku, tersumbat kau tahu tak." Bila dikenang balik kejadian Tengku Firdaus alami alahan ibu mengandung, muntah tak berhenti. Alamatnya, tandas rumah dia jadi mangsa.

"Aku tumpang sikit je. Itu pun nak berkira ke?"

"Tumpang kau tu boleh hilang sekelip mata tak apa la juga. Masalahnya, tersangkut di tengah-tengah. Sekat laluan bahagian aku pula nak berjalan." Tengku Farel masih bebel tak puas hati tentang kejadian itu.

Tengku Firdaus mendengus geram. Tak habis-habis mengungkit. Nampak sangat tak ikhlas bagi pinjam tandas.

"Sudahlah kau. Aku cau dulu. Dengar kau berleter sakit telinga aku. Kalah mummy membebel."

Tengku Firdaus mula bangun lalu mencapai kunci keretanya di atas meja. Kalau orang dah tak sudi, kenapa kita masih menunggu. Lebih baik kita undur diri.

"Cakap sikit, lari. Cakap sikit, lari. Harap anak kau tak ikut perangai bapa dia."

"Ehh apasal pula? Itu anak aku. Mestilah ikut bapa dia."

"Kalau ikut perangai kau, mengundang masalah kepada orang lain."

Malas lagi mahu berdebat, Tengku Firdaus angkat kaki keluar dari rumah sepupunya itu. Datang nak kongsi masalah, bukan dengar masalah dia.

To be continued..

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now