BAB 10

580 24 0
                                    

Zarra mencapai satu sachet milo untuk dibancuh. Dia berada di pantry sekarang ini.

Pagi tadi dia tidak sempat bersarapan di rumah kerana takut tersekat dalam jam. Trauma dengan first day dia bekerja. Mulai sekarang ini, dia mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu dibaham oleh bapak singa.

Sepaket kecil oat crunch turut diambilnya. Buat alas perut.

Setelah itu di kembali ke meja kerjanya. Sambung kerjanya yang ditinggalkan semalam.

Ralit dia membuat kerja sampai tak perasan beberapa officematenya menegur.

Tengku Firdaus yang baru sahaja tiba terus meluru ke bilik pejabatnya. Dia mengetuk perlahan meja Zarra menggunakan jari telunjuknya dan memberi isyarat untuk masuk ke ruangan.

Zarra yang faham akan itu, menganggukkan kepala dan bangun dari duduknya. Tidak dilupakan juga buku diarinya yang mencatat segala info yang penting.

Kedua mereka kini berada di dalam bilik Tengku Firdaus.

"So, what's my schedule?" Tengku Firdaus memulakan perbicaraan.

Dia duduk di kerusi kerjanya sambil menyinsing lengan kemeja hingga ke siku manakala Zarra setia berdiri di hadapannya.

Zarra membuka buku diarinya.

"Pukul 10 sekejap lagi kita ada meeting dan jam 2 nanti Tengku ada appointment dengan Dato Yazir di cafe Indah Rasa. Agenda untuk petang itu untuk bincangkan tentang projek pembinaan di Kelantan." terang Zarra.

Tengku Firdaus diam mendengar lalu menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Okay. Good" katanya

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu." Zarra minta izin.

"Wait" Tengku Firdaus menahan.

"Aku nak cakap sikit dengan kau"

Zarra mula rasa tidak tenang. Kenapa? Aku ada buat salah lagi ke? Banyak persoalan bermain di fikirannya.

"Just nak cakap, aku suka dengan cara kau bekerja. Tak seperti pekerja aku sebelum ni." Zarra mula menayangkan raut wajah hairan.

"Sepanjang 2 minggu kau bekerja di bawah aku, kau layan sikap baran aku. Kau tak mengeluh sikit pun walaupun aku ada terkasar bahasa dengan kau."

Wowww!!! Boss tengah puji aku ke..

Zarra diam tak menjawab. Direnung Tengku Firdaus di hadapannya.

Berkerut dahi Tengku Firdaus apabila Zarra memandangnya tidak berkelip. Aku ada tersalah cakap ke? Dia menggaru keningnya.

"Asal pandang aku macam tu?"

Terhenti lamunan Zarra apabila Tengku Firdaus bertanya.

Zarra mencubit lengannya. "Auchh..sakit." dia mengusap lengannya yang sakit itu. Bukan mimpi.

Naik hairan Tengku Firdaus apabila dengan tiba-tiba Zarra bertindak mencubit diri sendiri.

"Dah kenapa cubit diri sendiri tu?" tanya Tengku Firdaus lagi.

"Betul ke ini Tengku Firdaus Iskandar?" manalah tahu kembar Tengku Firdaus ke. Seakan tidak percaya pula tiba-tiba Tengku Firdaus memuji dirinya.

"Why?? Nampak macam bukan aku ke?"

"Tengku Firdaus yang saya kenal garang orangnya. Tapi lain pula harini. Tiba berubah jadi lembut"

Tengku Firdaus berdecit. "Kau perli aku ke?"

"Ehh mana ada Tengku. Saya cuma nakkan kepastian je. Mana tahu saya tertukar orang ke. Naik hairan juga saya tetiba Tengku puji saya." nafi Zarra.

Tengku Firdaus ketawa kecil.

"Aku akan baik kalau orang tu tak cari masalah" mudah sahaja Tengku Firdaus menjawab.

"Faham.."

"Lepas ni kau jangan sesekali cari masalah. Kalau tidak, kau tahu kan apa nasibnya?" serius nadanya berbunyi.

"Tahu Tengku" jawab Zarra perlahan.

"Petang nanti ikut aku jumpa dengan Dato Yazir." arah Tengku Firdaus.

"Baik Tengku" Zarra menundukkan sedikit kepalanya tanda mengerti.

"Kalau macam tu saya keluar dulu Tengku" sekali lagi Zarra meminta izin.

"Hmm" gumam Tengku Firdaus. Matanya sibuk memeriksa fail di hadapannya.

Lantas Zarra keluar dari ruangan itu.

"Uishh,, dah kenapa dengan boss aku. Tetiba je berubah baik. Tak pernah-pernah." dia berbicara sendiri sambil menuju ke mejanya.

Kak Rose datang menerpa ke arahnya.

"Macam mana harini? Takde pula dengar bunyi suara Tengku dari luar." kak Rose juga pelik dengan Tengku Firdaus harini. Kalau tak ada je yang nak dibebelkan dia sampai orang luar pun boleh dengar. Suara mengalahkan mikrofon.

Zarra tergelak kecil. Ada-ada je kak Rose ni. Kalau Tengku Firdaus dapat tahu kak Rose mengata dia, confirm seharian kena bebel.

"Tak ada apalah kak Rose. Mood Tengku harini baik je. Saya ulang ye, B.A.I.K" ditekankan perkataan baik itu.

Kak Rose tidak percaya.

"Biar betul Sha?! Tak pernah Tengku nak bercakap baik dengan pekerja dia. Sha buat apa dengan Tengku sampai jadi baik."

Memuncung bibir Zarra. "Mana ada Sha buat apa-apalah.."

Apa ingat dia bagi air jampi ke?

Tergelak kak Rose dengan reaksi Zarra. " kak Rose gurau jelah." saja nak sakat si Zarra ni.

"Dah, akak pergi sambung kerja dulu. Nanti bising pula singa kat dalam tu." ujar kak Rose lalu pergi meninggalkan Zarra.

Zarra pula tertawa dengan ujaran kak Rose tadi.

Dia sambung semula kerjanya.

To be continued..

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now