BAB 3

625 22 0
                                    

BAMM!!

Terhinjut bahu gadis itu akibat terkejut dengan hentakan kuat daripada majikannya.

“Kau ni nak kerja ke, nak main-main ha! Buat kerja itu biar profesional sikit boleh tak.” ujarnya dengan nada tegas.

“Company aku tak perlukan pekerja yang macam kau. Buat kerja tah ape ape. Sepatutnya hari ni aku ada meeting dengan client penting tapi kau ada catat dan bagitahu aku pasal meeting tu. Ada ke? Nasib baik aku ingat tau.” merah matanya menahan kemarahan.

Gadis itu hanya setia memandang lantai yang dilapisi karpet. Takut untuk pandang wajah bossnya yang bengis sekarang ini.

Makin merah wajahnya menahan api kemarahannya apabila gadis itu hanya berdiam diri. Yang paling teruk, gadis itu langsung tidak memandang wajahnya.

“Aku paling pantang kalau tengah bercakap, kau tak tengok muka aku. Kenapa? Lantai tu elok ke daripada aku?” memang buat masa sekarang ni lantai ni lagi hensem daripada tengok muka kau.

Perlahan-lahan gadis mengangkat kepalanya. Sungguh merah wajah bossnya sekarang.

“Maaf Tengku. Saya bersalah”

Tengku Firdaus Iskandar berdecit.

“Itu je kau boleh cakap. Buat salah minta maaf. Buat salah lagi minta maaf. Pastu buat lagi. Sampai mati aku dengar ucapan maaf kau tu”

Hampir menangis gadis itu dibuatnya. Dijerkah sebegitu siapa je yang tak terasa.

“Kalau kau nak resign bagitahu. Aku boleh cari pekerja lain yang lebih baik daripada kau untuk gantikan tempat kau. Simple right?”

Sebelum ini, ramai yang memegang jawatan sebagai Personal Assistant Tengku Firdaus. Tetapi ramai juga yang letak jawatan. Alasannya? Sebab tidak tahan dengan baran Tengku Firdaus yang tak menentu. Nak jadi PA Tengku Firdaus kena ada hati kental. Kalau tidak, tak sampai seminggu kau akan lari. Tak sanggup.

“Dah, get out. Pergi sambung kerja kau”

Gadis itu mengangguk lalu berjalan keluar dari pejabat Tengku Firdaus. Hampir menitis air matanya akibat dijerkah begitu.

Tengku Firdaus melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerja miliknya. Tubuh disandarkan. Dia memicit dahinya yang agak sedikit pusing akibat terlalu banyak marah hari ini.

Itulah kau. Hobi kau asyik nak marah orang je.

TOK! TOK! TOK!

Pintu pejabat dikuak dari luar. Kelihatan Tengku Farel, merangkap sepupunya berjalan masuk ke arahnya. Sofa di dalam pejabat itu menjadi pilihannya.

Dilihat sekilas sepupunya yang memejamkan mata. Tahu dah sebab apa.

“Panas ahh bilik kau, dah macam neraka. Kau tak bukak aircond ke?” tanya Farel bagi memecahkan kesunyian antara mereka. Tangannya naik mengibas muka. Acah panas.

“Sedar diri pula kau tu ahli neraka” jawab Firdaus dengan senyuman sinisnya.

Farel menjeling tajam. Tak guna punya sepupu.

“Kau ada masalah lagi ke dengan PA baru kau?”

“Dia yang buat masalah”

“At least kau tegur dia baik-baik. Ni tak. Kau mengamuk sampai dengar office aku kat sebelah tau tak. Setakat hari ni, kau dah tukar 20 orang PA baru tau. Alasannya semua tak tahan dengan amuk kau'' terang Farel.

Firdaus menghela nafas berat. “Sesiapa nak bekerja under company aku, kena la professional sikit. Tegur sikit, letak jawatan. Hati tisu..”

“Kawal la sikit marah kau tu.”

Firdaus menjongketkan bahunya. “Nak buat macam mana, memang sikap aku macam ni.” ujarnya.

“Kalau dia berhenti macam mana?”

“Cari je la yang lain” selamba dia menjawab.

“Dah la kau. Bazir air liur aku je cakap dengan orang macam kau” menyampah cakap dengan orang period selalu ni. Senang je dia cakap.

“Yang kau datang sini pahal?” Firdaus lihat Farel atas bawah. Dah takde office sendiri ke asyik melekat dengan office aku.

“Saja” jawabnya sepatah. Tubuh kembali disandarkan ke sofa. Kaki kanan naik menyilang kaki kirinya. Ewah mamat ni.

“Jom kita lunch sekali” ajak Farel. Saja nak dating dengan sepupu kesayangan.

“Malas”

“Ala jomlah spend time dengan aku. Aku rindu kau.”

Firdaus menayangkan riak wajah gelinya. Geli geleman aku tengok.

“Pale otak kau rindu. Setiap hari kau lepak rumah mummy kau tak jumpa aku ke? Naik muak aku tengok muka kau setiap hari”

“Itu rumah mummy. Kali ni kita pergi makan kat luar. Jom laaa” sengaja suara dileretkan.

Firdaus menjeling. “Yelah”

“Cun..kau belanja” the heck. Kau ajak aku keluar, aku pula yang kena tanggung kau. Tak guna.

Firdaus berdecit. Dasar sepupu dari neraka.

To be continued..

TENGKU FIRDAUS ISKANDAR (C)Where stories live. Discover now