Kereta Toyota Vellfire yang dipandu Haziq diparkir tepat di hadapan pintu masuk bangunan.
Har membuka pintu kereta dengan perlahan lalu melangkah keluar dari keretanya itu.
Pagi ini mood dia agak lain. Har tampak tersenyum singkat sejurus sahaja kaki panjangnya berpijak pada tanah.
Entah kenapa, mungkin sebab dah minum latte yang dibuat oleh kekasih tersayang agaknya.
Har memberi isyarat kepada Haziq untuk meninggalkan jejak dari bangunan itu. Haziq faham dan menurut.
"Morning boss," sapa Miss Dania, selaku pembantu peribadi Har.
"Morning," jawab Har dengan nada datar.
"Shall we?" tanya Miss Dania seperti mengisyaratkan untuk segera masuk ke dalam bangunan kerana mesyuarat sudah hampir berlangsung.
Har mengangguk sebagai jawapan.
Kaki Har akhirnya perlahan melangkah masuk ke dalam bangunan yang sedang diambil alih olehnya itu.
Ya, syarikat ini dijaga Har untuk sementara waktu.
Bapanya sedang ada hal di Amerika Syarikat, jadi dia diarahkan untuk mengambil alih syarikat tersebut sementara bapanya berada di luar negara.
Har melihat sekeliling. Dia sangka akan ada sekelompok pekerja baharu sedang berkumpul di lobi bangunan ini.
Tetapi, mungkin dia sudah terlewat untuk melihat mereka berkumpul sebelum diarahkan ke tempat masing-masing.
"Pekerja-pekerja baru tu dah dekat atas ke?" tanya Har kepada pembantunya itu.
"Yes boss, dalam 20 minit tadi."
"Oh, okay."
Mereka meneruskan perjalanan melangkah masuk ke dalam lift yang berada di sebelah kiri kaunter lobi tersebut.
Dania menekan butang bernombor 8 dimana letaknya ruang mesyuarat di bangunan itu.
Pintu bilik mesyuarat dibuka perlahan oleh Miss Dania. Memaparkan beberapa orang sosok yang berpakaian kemas sedang menunggu ketibaan Har bagi memulakan mesyuarat.
"Sorry for being late," kata Har.
"It's okay Sir. Shall we start?"
"Yea sure."
Maka bermulalah mesyuarat pada pagi itu. Mereka menghabiskan masa kira-kira 3 jam di dalam ruangan itu.
Semua orang saling berkongsi idea dan cadangan untuk membangunkan syarikat yang lebih baik untuk masa akan datang.
Skip*
Sesudah sahaja mesyuarat selesai, Har terus keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang pucat dan tidak selesa.
Dania yang melihat itu pun dengan cepat bertanya, "Boss. Are you okay? You look sick," Miss Dania memandang Har dengan riak wajah risau.
"I'm okay, You can go," jawab Har singkat.
Dania hanya diam sambil melihat sosok tubuh sasa Har itu perlahan pudar dari penglihatannya.
Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar segera dicapainya. Nombor telefon Haziq ditekan.
"Hello, Haziq. Datang office kejap, bos nampak tak sihat. Risau jadi apa-apa nanti susah," kata Miss Dania kepada Haziq melalui panggilan telefon itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/362740296-288-k747401.jpg)
YOU ARE READING
His Unexpected Love | OG
Romansa"Hah? Apa ni umi? Har tak kenal pun dia, mi. Kenapa Har nak kena kahwin dengan dia pula?" - Harraz Faeeq Harraz Faeeq. Seorang pemuda yang tegas dan memegang jawatan CEO di syarikat bapanya. Sikap tegasnya itu membuatkannya terlampau mementingkan pe...