BAB 18

204 10 0
                                        

"Lepas ni kita nak pergi mana?" tanya Ara sebaik saja selesai mengunyah suapan terakhirnya.

Dia mengalihkan pandangan ke arah suaminya yang sudah terlebih dahulu selesai dengan makan paginya. Har mengangkat muka untuk menatap isterinya sebentar sebelum kembali fokus kepada telefon bimbitnya.

"Awak yang nak datang sini, saya pula yang kena decide tempat?" tanya Har datar. Ara memandang lelaki itu jengkel. Menyampah betul lah nada mamat ni!

"Awak kan selalu datang sini, so why not?" Ara menjawab lalu menyilang kedua tangan ke dada.

Har memejam mata seketika. Jam tangan ditilik, menunjukkan jam sepuluh pagi.

"Kita cari apartment dulu, petang sikit baru kita keluar" kata Har sebelum menghirup kopi yang sudah suam itu.

"Keluar pergi mana?" tanya Ara lalu turut menghirup minumannya.

"Chapel Bridge" jawabnya singkat.

"Already done with your breakfast, right? Let's go" kata Har sebelum bangun dari duduk lalu berjalan ke arah kaunter pembayaran.

Ara hanya menunggu suaminya di meja makan sementara Har sedang beratur untuk membayar makanan yang mereka pesan tadi.

"Hi" Ara berpaling sebaik saja suara itu menyapa telinganya.

Ara memandang sosok lelaki yang menyapanya itu. Lelaki itu segak berkemeja putih dan seluar hitam dan tak lupa, menghadiahkan senyuman manis kepada Ara.

"Hi?" sapa Ara kekok kepada lelaki itu. Ara menilik sosok lelaki yang berdiri di hadapannya dari atas hingga bawah.

"I'm Ryan" kata lelaki itu sembari menghulur tangan untuk bersalam dengan Ara.

Baru saja Ara ingin menolak salamnya, tangan jejaka bermata biru itu disambut oleh seseorang dari tepi.

"I'm Harraz" Har menyapa lalu turut menghadiahkan sebuah senyuman palsu kepada lelaki itu.

"Sorry?" dahi lelaki itu berkerut sebelum dengan paksa menarik kembali tangannya dari genggaman Har tetapi tidak terlepas akibat cengkaman kuat yang diterima.

Ara yang melihat situasi janggal yang berlaku di depannya dengan cepat menarik tangan Har agar genggaman mereka berdua terlerai.

"He's my husband" Ara menoleh untuk memeriksa keadaan suaminya. Mata suaminya masih tidak lepas dari memandang jejaka bernama Ryan itu.

"Oh I'm so sorry, I didn't know you're married" lelaki itu tunduk memandang cincin yang tersarung elok di jari manis Ara sebentar sebelum meminta izin untuk berlalu dari situ.

"Awak dah kenapa?" tanya Ara sebaik saja lelaki itu berlalu pergi. Dia sedikit menolak lengan Har supaya badan sang suami berpaling menghadapnya.

"Lain kali, jangan layan lelaki tak kenal" kata Har lalu dengan cepat berjalan keluar dari restoran.

"Relaks lah, nak marah kenapa?" dengus Ara lalu mengikuti jejak langkah Har yang sudah hilang dari penglihatannya.

.

.

Hampir sepuluh minit berlalu, hanya kesunyian yang memenuhi ruangan kereta yang dipandu oleh Har ketika ini. Perjalanan ke apartment yang hendak dituju memakan masa kira-kira dua jam setengah dari restoran Wardah.

Mahu Har ataupun Ara tidak berani untuk memulakan perbicaraan selepas kejadian yang berlaku tadi.

"Dia cemburu ke?" bisik Ara dalam hati lalu diam-diam mencuri pandangan ke arah suami yang sedang fokus memandu di sebelahnya.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang