"Awak" Ara memanggil suaminya.
"Hm" Har menjawab singkat, langsung tidak menoleh atau menatap mata isterinya.
"Awak tak nak tidur lagi ke?" Tanya Ara sejurus saja dia melabuhkan punggungnya ke atas katil yang lembut itu.
"I'm not going to sleep here. I have my own room" ujar Har sambil melarikan jarinya di atas papan kekunci laptop miliknya.
"Hah? Kenapa nak tidur asing?" Ara pelik. Dah kenapa mamat ni?
"It's my own decision, and you have no right to told me to sleep with you here" tukas Har lalu menutup laptop berwarna silver miliknya. Har menoleh ke arah Ara yang sedang duduk di atas katil, berpakaian baju tidur berwarna pink tanpa tudung.
Dapat dia lihat rambut lurus milik Ara yang berwarna coklat gelap diterangi oleh lampu tidur di sebelah katil. Cantik, walaupun ini pertama kali dia melihat Ara tanpa tudung, tetapi riak wajahnya seakan tidak terkejut. Mungkin kerana dia tiada apa-apa perasaan pada Ara.
"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Ara kembali bersuara.
Har yang seakan tersedar dari lamunannya dengan cepat mengalihkan pandangan.
"Nothing. I'm going to my bed." Har bangun dari duduknya lalu mengemas barang-barang yang digunakannya tadi.
"Kenapa cara awak layan saya sekarang dan dulu berbeza? Saya ada buat salah ke?" Ara tiba-tiba bertanya dengan soalan yang agak mengejutkan untuk Har.
Har hanya diam lalu menoleh ke arah isterinya kembali.
"Don't act like we're something, Ara. We don't know each other and we don't love each other, so tell me why am I supposed to treat you like you're one of my priority?" Dapat Ara rasakan kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu bernada sinis.
"Awak cakap apa ni?" Perlahan Ara berjalan ke arah suaminya.
"Don't raise your voice at me, Zahra. Aku tak suka" ujar Har datar.
Aku?? Dia bahasakan diri dia aku? Tak dinafikan, habis meremang bulu roma Ara selepas mendengar suara datar milik Har menyapa halwa telinganya.
Ara yang tadinya berjalan ke arah Har kembali menjarakkan dirinya dan dengan cepat menuntun langkah menuju ke katil semula. Selimut berwarna pink ditarik lalu ditutup seluruh tubuhnya serta bahagian wajahnya.
"Okay, pergi lah tidur dekat bilik awak. Saya tak nak halang" Ujar Ara agak perlahan.
Ara yang sedar akan suasana biliknya yang sunyi sepi itu terus membuka sedikit selimut yang menutupi wajahnya. Har sudah tiada. Mamat tu betul-betul pergi. Malam pertama ni oi, kau biar betul?
"Its okay, Ara. Kau pun tak hamak dia kan?"
*
"Awal betul dia bangun?" tukas Ara dalam hati apabila melihat kelibat suaminya yang sedang menikmati sarapannya di dapur. Kakinya menuntun langkah menuruni anak tangga menuju ke dapur.
"Morning" Sapa Ara kepada suaminya. Har hanya diam, tidak menjawab sapaan dari isterinya itu. Ara memandang lelaki itu jengkel.
"Sombong gila mamat ni," Katanya sebelum mengambil tempat bertentangan dengan tempat duduk Har. Jarak antara mereka kira-kira lapan meter, yalah meja makan pun macam dekat istana.
Terlihat dua orang pembantu rumah berjalan ke arah Ara sambil membawa beberapa sarapan untuknya. Mereka menghidangkan makanan kepada Ara. Menu pagi ini adalah nasi goreng, roti bakar dan tak lupa juga, jus oren. Macam dalam drama biasa lah.
"Thank you" tukas Ara kepada pembantu rumah itu. Mereka berdua menunduk sebelum beredar dari situ.
"Awak ada nak pergi mana-mana ke hari ni?" Tanya Ara sambil mencicip nasi goreng buatan pembantu rumahnya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
