Bunyi ketukan di pintu bilik Ara menyedarkannya dari tidur. Dengan malas dia berjalan ke arah pintu lalu tombol pintu dipulas perlahan.
Figura Har terpacak di hadapan muka pintu biliknya.
Ara menilik sang suami yang segak berpakaian baju t-shirt putih di bahagian dalam dan jaket kulit hitam yang terlihat sungguh kemas. Pakaiannya itu dikenakan dengan seluar jeans berwarna hitam yang tidak terlalu ketat.
"Ada niat nak tidur sampai zohor ke?" Tanya lelaki itu dengan nada memerli.
Ara memutarkan bola matanya ke atas sebaik sahaja telinganya menangkap kata-kata Har. Mamat ni pagi-pagi pun nak membebel ke?
"Cepat bersiap" Katanya sebelum meninggalkan Ara yang masih mamai di muka pintu biliknya.
Skip*
Sentuhan terakhir di bibir menimbulkan seri di wajah mulusnya. Ara menilik mukanya di cermin meja solek yang bersaiz agak besar itu.
Hari ini, pakaiannya hanya ringkas sahaja kerana Har hanya mengajaknya keluar untuk makan dan mungkin berjalan-jalan di kota berdekatan.
Dia memakai baju berwarna putih hitam yang berjalur serta mengenakan seluar dan shawl yang juga berwarna hitam.
Ara akhirnya selesai menyiapkan dirinya setelah hampir tiga puluh minit bersiap. Pemeriksaan terakhir dibuat di cermin yang tergantung di dinding ruang tamunya untuk memastikan dia benar-benar kemas dan rapi sebelum keluar dari apartment mereka.
"Do I look good?" Tanya Ara kepada Har sembari sedikit tersenyum supaya lelaki itu memuji dirinya.
"Hm" Har hanya berdehem singkat lalu bangun dari duduknya menuju ke pintu rumah untuk keluar.
Ara memutarkan bola matanya ke atas selepas mendengar jawapan tidak ikhlas dari sang suami.
"Puji sikit aje tak boleh ke?" Bisik Ara dalam hati. Perlahan langkah Har diikutinya keluar dari apartment mereka.
.
.
"Ish, mana cili ni?" Ara bengang apabila barang yang dicarinya tidak dijumpai. Kenapalah pusat beli-belah dekat sini besar sangat? Cari cili pun susah!
Har yang sedang menolak troli di samping Ara hanya diam melihat karenah isterinya.
"It's right in front of your eyes" Kata Har tanpa berpaling sedikitpun ke arah perempuan itu. Ara mendongak memandang tepat ke arah rak yang sedang Har pandang.
Tanpa membuang masa, tangan Har mencapai cili merah yang sudah siap di dalam plastik bersaiz sederhana itu lalu dimasukkan ke dalam troli yang ditolaknya.
"Wasn't my fault. Pekerja dia tu yang letak cili ni dekat bahagian atas kenapa? Susah tahu tak nak jumpa benda kecil macam ni" Ara mendengus kasar lalu berjalan meninggalkan Har yang diam-diam menggeleng melihat tingkahnya.
"Dah pendek, salahkan orang pula" Lagi-lagi Har menggeleng sebelum mengikuti Ara ke bahagian snek.
"Awak nak snek?" Tanya Ara kepada lelaki itu. Ara membuka aplikasi di telefonnya untuk memeriksa tanda halal pada plastik snek yang hendak dibelinya.
"I don't eat snacks. It's unhealthy" Balasnya datar.
Ara yang mendengar jawapan daripada suaminya itu menjeling mata tajam. Nak perli aku lah tu!
"Saya nak cari buah" tukas Har lalu menolak troli pergi bersamanya.
"Okay Mr. Healthy" perli Ara namun tidak dihiraukan lelaki itu. Har berjalan menuju ke bahagian buah-buahan yang berada tidak jauh dari situ.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
