BAB 1

530 19 2
                                        

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7:30 pagi. Terdengar suara kicauan burung yang berterbangan di langit menandakan hari sudah bermula.

"Ara..dah bangun ke belum tu?" suara lantang itu menyapa telinga Ara.

"Dah mami! Ara tengah bersiap ni!" sahut Ara turut melantangkan suaranya agar terdengar oleh ibunya, Puan Farha yang berada di tingkat bawah.

"Nanti dah siap, turun makan dulu sebelum pergi kerja tu!" ucap Puan Farha.

"Ye mamiii!" sahut Ara lagi.

Hari ini merupakan hari pertama Ara sebagai seorang pekerja di syarikat yang megah berdiri berhampiran dengan menara KLCC itu.

Agak lain, Ara minta untuk bekerja disitu kerana dia mahukan pemandangan yang indah dan cerah kalau dia perlu kerja lebih masa pada waktu malam. Kalau kawasan sekeliling dia cerah, barulah tenang dia nak buat kerja.

Ya, Ara takut gelap. Atau lebih tepatnya, dia takut hantu. Dia tak mahu berseorangan di pejabat pada waktu malam. Jadi dia ambil keputusan untuk bekerja disitu.

Sebenarnya, Ara tak mahu pun bekerja. Dia lebih suka berada di rumah, goyang kaki sambil main telefon.

Tapi disebabkan Puan Farha sudah bosan melihat anak perempuannya itu tidak melakukan apa-apa di rumah, dia menyuruh anaknya itu bekerja. Ada lah sedikit manfaatnya daripada duduk di rumah sahaja.

Ara akhirnya sudah selesai bersiap. Kaki kecilnya perlahan menginjak anak tangga dalam perjalanan turun ke tingkat bawah untuk sarapan bersama papa dan maminya.

"Cantiknyaa anak papa!" puji Encik Arman kepada anak perempuannya. Senyum manis terukir di bibir Ara apabila bapanya itu memuji dirinya.

Ara melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan itu.

"Kamu dah baca apa yang kamu perlu buat hari ini?" tanya Encik Arman sambil menyuapkan bihun goreng kedalam mulutnya.

"Dah pa, semua Ara dah baca," jawab Ara.

"Harap kamu tak ada buat salah lah ya hari ini," usik Encik Arman dengan nada bergurau. Sengaja mahu menyakat anak perempuannya.

"Ish papa ni! Mami tengok papa ni ha," Ara merengek. Ibunya hanya ketawa melihat gelagat mereka itu.

Skip*

Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Ara sampai tepat pada waktu yang ditetapkan.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan megah itu dengan mata yang melilau tak tentu arah, mencari rakan sepasukannya yang juga baru memulakan kerja mereka pada hari ini.

"Ara!" suara lantang itu membuat Ara serta orang lain terkejut.

Terlihat sosok wanita berbaju maroon yang sedang melambaikan tangan kearahnya.

"Kenapa lah aku ada kawan macam ni," Ara mengumpat dalam hati.

"Sini lah cepat, dah lewat ni!" panggil Syasya, kawan baik Ara yang juga merupakan rakan sepasukannya.

"Ya kejap," sahut Ara dengan suara yang sederhana.

Tak akan lah dia pun nak memekik dalam bangunan ni, malu gila orang ramai pandang.

Setibanya di pejabat mereka, Ara dan Syasya terlihat sibuk meneliti setiap sudut bangunan tersebut.

Mereka masih takjub dan tidak menyangka bahawa mereka akan bekerja di syarikat besar ini.

"Baiklah, itu sahaja yang saya akan kongsikan buat masa sekarang. Semua boleh ambil tempat masing-masing dan mula kerjakan task yang sudah kami disediakan. Pastikan kamu semua submit sebelum balik, ya? Kalau tak faham, boleh tanya saya" ucap pekerja wanita yang diarahkan untuk membawa pekerja baru meneliti bangunan megah itu.

Ara dan Syasya terlihat masih sibuk meneliti bangunan tersebut. Mereka tersedar dari dunia mereka lalu mengambil tempat untuk mula bekerja.

"Weh, kau rasa hensem tak staff company ni?" tanya Syasya kepada Ara.

"Apa pula kau ni tanya soalan macam tu. Kau datang nak kerja ke nak usya pekerja sini?" ucap Ara.

"Rilek lah aku gurau aje. Mana lah tahu ada yang hensem, kan?" Syasya menjawab sambil memaparkan muka gatalnya.

"Dah lah. Buat kerja tu, bising aje kau ni," Ara menjawab malas.

"Ya aku nak buat lah ni. Serious betul kau eh mentang-mentang hari ni first day kerja," jawab Syasya kesal dengan sikap serious kawan baiknya itu.

                                   *

"Harraz! Bangun la, matahari dah tegak depan muka pun kamu masih tak nak bangun ke?" bebel Datin Hanim, ibu kepada Har.

"Hm. Kejap umi, 5 minit lagi," jawab Har perlahan, masih mamai.

Mana tak nya, semalaman dia sibuk siapkan kerja di pejabatnya. Lewat kam 3 pagi baru dia pulang ke rumah.

"Dah empat kali kamu ulang benda yang sama, tapi tak bangun juga." Datin Hanim menarik selimut tebal yang membaluti tubuh sasa anaknya itu.

Datin Hanim sebenarnya kasihan terhadap Har. Yalah, balik kerja jam 3 pagi, lepas tu kena bangun awal pula.

Tapi apakan daya, dia terpaksa mengejut Har kerana dia terlibat dengan mesyuarat di syarikat bapanya.

Bapa Harraz, Dato Hilman, ialah seorang usahawan berjaya yang memiliki beberapa cawangan yang diusahakannya di Malaysia dan juga di Amerika Syarikat.

Pada tahun ke-2 perkahwinan ibu bapanya, mereka terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat dan memulakan kehidupan di sana atas urusan kerja.

Tepat pada tahun ke-12 pernikahan mereka, Dato Hilman dan Datin Hanim dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu, Harraz Faeeq Bin Dato Hilman.

Skip*

Jam tangan Rolex berwarna silver itu ditilik. Menunjukkan jam 9 pagi.

"Ziq, berhenti tempat biasa," ucap Har kepada pemandunya, Haziq.

"Baik, bos." Haziq menurut.

"Kau tunggu sini jap. Aku nak beli kopi," kata Har lagi.

"Okay," jawab Haziq singkat.

Haziq sebenarnya sudah tahu niat Har. Tetapi, dia hanya berdiam diri kerana sudah terbiasa dengan perkara itu selama dia berkerja dengan Har.

Setiap pagi sebelum ke tempat kerja, Har selalu menyuruh Haziq untuk berhenti di salah satu kafe untuk memesan satu cawan hot latte untuk dirinya.

Tetapi, bukan itu niatnya yang sebenar.

"Morning, sayang," sapa Har.

"Eh morning baby. Bila sampai? Tak perasan pun kereta you kat luar?" tanya Bella, kekasih Har.

"Mana nak perasannya, you sibuk layan customer you yang bajet hensem tu," Har berkata dengan nada manja.

"Mana ada baby, tu kan customer I. Takkan lah I nak biar je dia, habis lah I nanti," Bella menjawab lagi.

"Hehe tak ada lah, I gurau aje. I nak macam biasa"

"Okay"

"RM5.60sen"

"oke"

Mereka berbual beberapa minit sambil menunggu pesanan Har siap.

"Bye sayang, nanti I jemput you balik eh,"

"Okay nanti I text you kalau kerja I dah siap"

"okay bye"

"bye baby"

Har keluar dari kafe setelah memesan minumannya lalu berjalan kearah kereta sambil meniup dan menghirup latte yang masih panas itu.

"Jom," Har berkata singkat. Haziq yang menurut akan bos nya itu kembali memandu hingga sampai ke destinasi yang dituju.

His Unexpected Love | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang