BAB 13

195 13 0
                                        

"Weh Harraz! Cepat lah sikit, majlis dah nak mula lah" tukas Haziq kepada Har. Hari ini merupakan hari yang bahagia dan bermakna bagi Arash, iaitu hari dimana dia dan isterinya disatukan.

Har memakai kemeja lengan panjang berwarna putih lalu dipakai pula suit dan juga tali leher berwarna hitam untuk dipadankan dengan pakaiannya pada malam ini. Dia meraih perfume Dior Sauvage yang berada di atas meja lalu disemburkan pada bahagian leher, lengan baju dan juga di pergelangan tangannya.

"Im ready" ujarnya puas hati setelah menilik dirinya melalui cermin berbentuk bulat yang tergantung di dinding biliknya itu. Tali leher yang sedikit senget itu dibetulkannya.

"Hensem gak kau ni" ujar Haziq, turut kagum dengan penampilan rakan baiknya yang satu ini.

Har menatap tajam mata Haziq selepas mendapat pujian yang sungguh menjengkelkan baginya.

"Oh please lah, aku taknak dekat kau" ujarnya lalu dihadiahkan pukulan sepasang kasut tepat di belakang badan Haziq.

"Aduh sakit lah gila!" Haziq merengus kesakitan.

"Kau ingat aku belok ke bodoh? Aku pun taknak lah dengan kau" Haziq menjeling Har sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut kereta Range Rover yang dipandu oleh Haziq.

"Patut lah single" Har kembali memanaskan suasana yang hampir reda itu.

"Diam"

Skip*

"Congrats bro" kata Har kepada pengantin lelaki yang sedang menyambut pelukannya.

"Tahniah weh. Kita orang tunggu anak kau orang tau!" Haziq menyampuk dengan suara yang agak keras.

"Harap lelaki lah kan" tukas Khai lalu mengundang tawa dan anggukan dari Haziq.

"Bodoh lah kau ni" Satu pukulan mendarat di atas belakang Haziq. Balik-balik kena pukul si Haziq ni, nak buat macam mana, perangainya tu suka sangat minta penampar.

Har, Haziq dan Khai hanya tertawa setelah mengusik rakan baik mereka.

"Eh girls!" Suara lantang Hanis menyapa rakan-rakannya.

Sebaik saja Har memandang kearah rakan-rakan Hanis, pandangannya seakan terkunci pada seseorang. Ditatapnya sosok gadis yang sungguh cantik berpakaian baju kurung berwarna pink muda sedang berjalan kearah pengantin perempuan.

Tanpa sedar, ketiga rakannya itu sedang memerhatikan Har yang dibuat hilang fokus oleh sosok seseorang di antara para gadis itu.

"Ehem" Khai berdehem kuat. Sengaja nak bagi rakannya itu sedar dari dunianya tetapi tidak berjaya. Har tidak merespon akan Khai yang sedang berdehem kepadanya.

Haziq yang melihat rakan baiknya itu pun segera menyedarkan Har yang masih berada di dalam dunia sendiri.

"Woi" jeritnya tepat di telinga Har.

"Hah? Apa?" Jawab Har tergagap-gagap.

"Aku tau cantik. Tapi anak dara orang tu" tukas Khai lalu tersenyum nakal kearahnya.

"Apa benda kau merepek ni?" Har membuang pandangannya pada sosok gadis itu.

"Ingat kita orang tak nampak ke kau usya someone?" Khai tersenyum nakal.

"Bella nak letak mana bro?" Haziq menyampuk. Saja je nak mengusik bosnya itu.

"Gila. Dah lah aku nak ambil air kejap" Laju saja Har tukar topik. Dia melangkah ke meja yang berada tak jauh dari meja mereka untuk mengambil segelas jus oren.

"Nis, cantiknya kau" Ara memuji rakan baiknya yang terlihat sungguh cantik mengenakan baju pengantin berwarna putih itu.

"Thankyou" Hanis tersenyum kepada Ara.

"Eh kau orang pergi la makan. Nanti ramai orang susah pula" Pelawa Hanis kepada rakan-rakannya.

"Aik halau nampak?" Bukan Syasya lah kalau tak mengusik.

"Mana ada" Hanis memeluk lengan Syasya erat. Kalau merajuk seorang ni mahu kiamat dunia.

"Okay. Kejap lagi kita ambil gambar tau!" Qistina dengan cepat menarik tangan Syasya dan Ara untuk menjamu selera.

"Ye. Dah pergi makan dulu" tukas Hanis lalu kembali menyapa tetamu-tetamu yang baru saja sampai.

"Ara kau pergi ambil air. Aku dengan Qis ambilkan makanan" ujar Syasya lalu mendapat anggukan daripada Ara.

Ara berjalan menuju ke arah meja yang di khaskan kepada tetamu untuk mengambil jus oren dan beberapa aneka makanan. Sementara itu, ada Har yang sedang mengisi gelas kacanya dengan jus oren di meja itu.

"Eh bos? Bos buat apa dekat sini?" Ara menyapa lembut.

"Eh awak pun ada dekat sini?" Har berpura-pura terkejut, walhal dia sudahpun melihat Ara memeluk rakan baiknya dari jauh.

"Saya kawan pengantin perempuan," ujarnya lalu memaparkan wajah seakan bertanya mengapa bosnya itu berada di sini.

"Saya kawan pengantin lelaki" tukasnya.

"Ohh. Kecil aje dunia ni kan" tukas Ara lalu dibalas senyuman manis dari Har. Ara yang ditatapnya itu hampir salah tingkah jika rakan baiknya Qis tidak datang tepat pada waktu.

"Weh Ara. Cepatlah, kejap lagi nak bergambar dengan Hanis pula" Qis menepuk perlahan lengan Ara. Lama betul orang suruh ambilkan air.

"Ye kejap" Ara dengan cepat mengambil beberapa gelas kaca untuk diisi dengan jus oren kepada rakan-rakannya.

"Eh? Siapa ni?" Qis yang baru sedar akan kewujudan jejaka yang segak bersuit hitam itu bertanya kepada Ara.

"Bos aku" ujar Ara sedikit berbisik ke telinga kanan Qis. Bulat matanya apabila mendengar perkataan bos disebut.

"Hensem gila" Qis turut berbisik. Alahai tunjuk pula gatal dia dekat sini.

"Dia tengah tengok lah!" tukas Ara setengah menjerit ke telinga rakannya. Qis reflek menjauhkan telinganya dari Ara lalu tersenyum kepada Har yang masih memandang kearah mereka.

"Kami minta diri dulu ye" Qis menarik tangan Ara agar menjauh dari tempat itu. Ara sempat menundukkan kepalanya sebelum dirinya benar-benar menjauh dari Har.

"Jom ambil gambar sama-sama, nak?" Ajak Hanis kepada rakan-rakan suaminya.

"Boleh juga" Haziq dengan cepat bangun dari duduknya lalu menarik tangan Har dan Khai untuk bergambar. Kedua rakan itu hanya menurut.

"Girls, jom ambil gambar sekali" Tak lama nak tunggu orang perempuan kalau dah bunyi je ambil gambar, confirm berlari.

"Jom" Qis sedikit berlari ke arah Hanis. Sudahlah pakai heels, kalau jatuh tu mahu malu muka.

"Okay rapat lah sikit. Tak masuk frame ni!" ujar Hanis dengan nada frust.

"Harraz. Rapat lah sikit, covid dah tiada jangan risau!" kata-kata Hanis mengundang tawa semua orang, kecuali Harraz sendiri. Dia terlihat sungguh canggung berdiri bersebelahan gadis yang dipuji cantik tadi, siapa lagi kalau bukan Ara.

"Bos" bisik Ara perlahan. Har sedikit membongkokkan badan untuk menyamakan ketinggiannya dengan gadis yang lebih rendah darinya itu.

"Cepat rapat sikit. Pengantin perempuan tu paling bengang kalau gambar tak cantik" tukas Ara yang berupa amaran.

"Kalau tak nak kena bebel dengan mak singa, baik bos ikut aje apa yang dia suruh" tukasnya lagi. Kali ini Har menurut. Gerun juga apabila rakan baik sendiri panggil dia tu mak singa, memang bukan jenaka lah.

Har merapatkan dirinya ke sisi Ara. Tak sampai bersentuhan ya. Dia masih tahu batas apatah lagi dengan wanita bertudung, tapi kalau dengan Bella tu wallahualam lah. Memang jenis touchy sampaikan Har pun terikut sama.

Skip*

Alhamdulillah, majlis pernikahan Arash dan Hanis berjalan lancar. Ramai tetamu yang datang mengucapkan tahniah dan sebagainya, pakaian mereka pula semuanya cantik-cantik belaka.

Har kini sudah berada di rumah, letih betul hadiri majlis kahwin rakan baiknya itu. Ini baru majlis orang, kalau majlis sendiri entah pengsan berapa kali pun tak tahu. Penat sungguh!

Dia sudah tak fikirkan apa-apa lagi. Benda paling penting dia nak buat sekarang adalah tidur. Goodnight dunia!

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang