BAB 20

253 14 0
                                        

"Ara, awak buat apa ni?" Har menegur perempuan yang sedang duduk di atas tangga yang agak tinggi itu. Kain basah yang dipegang jelas sedang mengelap kipas yang tergantung di siling biliknya.

"Saya tengah memasak ni, tak nampak ke?" perli Ara kepada suaminya. Dah terang lagi bersuluh dia tengah cuci kipas, ada ke patut Har tanya soalan yang tak masuk akal tu?

"Stop with your jokes. Get down now." tegas Har selepas mendengar jawapan dan perlian daripada mulut isterinya.

"Ish kejap lah, saya tengah cuci kipas ni. Dah berhabuk sangat dah ni" decit Ara sebelum kembali mengelap satu persatu bilah kipas berwarna putih yang sudah dipenuhi oleh habuk itu.

Mereka sudah pulang dari Switzerland dua hari yang lepas, tetapi baru hari ini rasa rajin untuk mengemas itu menghuni dirinya. Yalah, satu minggu menghabiskan masa di negara orang membuatkan tubuhnya kehabisan energi.

Lagi-lagi bila Har asyik mengajaknya untuk keluar mengambil angin di kota yang jauh dari apartment mereka. Ara bukannya seseorang yang suka keluar rumah. Dia hanya keluar rumah apabila perlu sahaja.

Walaupun sudah mula bekerja di syarikat Har lebih dua bulan sekarang, dia lebih suka menghabiskan masanya di rumah dengan menonton drama atau hanya berbaring di atas katil berbanding keluar dari rumah.

"Ara, turun sekarang. Bahaya lah!" nada suara Har sedikit meninggi tanda dia benar-benar mahu perempuan itu turun dari tangga itu dengan cepat.

Har memejamkan mata seketika tatkala suruhannya tidak dihiraukan oleh Ara. Kenapalah dia ni degil sangat?

"Just get down. I'll do it for you" tukas Har sambil menghulurkan tangannya ke atas.

"Aww encik suami nak tolong cucikan kipas bilik saya ke? So sweet" usik Ara lalu dibalas jelingan singkat daripada Har.

"Stop it and get down, now." arah Har tegas.

"Ish yalah" Ara berdecit kasar sebelum dengan perlahan menuruni tangga yang agak tinggi itu. Har yang berada di bawah hanya berdiam diri dengan tangannya yang memegang tangga itu agar tetap stabil.

"Hand me the towel and wash your hands" Tegas Har. Ara akur lalu meletakkan kain yang digunakannya untuk mencuci kipas tadi ke atas tapak tangan Har.

"Next time, jangan panjat-panjat macam ni. Bahaya tahu tak? Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?" pesan Har.

Ara tersenyum senget. Muncul sudah idea nakal di benaknya untuk mengusik Har.

"Awak risaukan saya ke?" Ara menyengetkan kepalanya sedikit untuk menatap wajah Har, tidak lupa memaparkan senyuman nakalnya. Sengaja mahu mengusik encik suami yang dingin macam peti ais tu.

"Kalau jadi apa-apa, mami dengan papa awak akan salahkan saya" Balas Har malas. Apalah minah ni tak puas hati sampai suka sangat mengusik aku?

"Eleh, ingat mami dengan papa tak tahu ke perangai saya macam mana?" Ara menjeling. Bercakap macam kita pernah tinggal sebumbung pula sebelum ni.

"Oh so awak tahu lah perangai awak macam mana? Baguslah tu" Perli Har tanpa menoleh ke arah isterinya.

Dia mengebas tuala kecil itu beberapa kali. Habuk-habuk yang melekat di kipas bilik Ara jatuh ke lantai. Tuala itu kembali dilipat lalu dibawa keluar bersamanya, meninggalkan habuk yang bertaburan di lantai bilik Ara itu dengan selamba.

Lagi-lagi Ara menjeling. Menyampah betul lah mamat ni, suka betul cari jalan untuk sakitkan hatinya. Tak reti mengalah langsung!

.

.

"How was your honeymoon?" tanya Datin kepada menantunya.

Dulang plastik yang dipenuhi dengan cawan kaca, jag air dan pinggan berisi biskut dari Switzerland yang dibawa balik anak menantunya itu diletakkan perlahan ke atas meja sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas sofa.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang