"I nak kena pergi New York esok," Kata Har kepada Bella.
"New York? buat apa dekat sana?" Tanya Bella.
"Ada kerja sikit. Papa I suruh tolong dia dekat sana" Jelas Har kepada Bella.
"Hm yelah. Safe flight tau" Panggilan telefon dimatikan. Senyum terukir di bibir Bella.
"Finally."
*
Selepas 27jam 25minit penerbangan, akhirnya Har tiba di bumi New York pada pukul 5:46 petang. Har menggalas beg berwarna hitam miliknya sebelum melangkah menuju ke dalam rumahnya. Ya, keluarga Har memiliki sebuah mansion 3 tingkat di New York semasa mereka tinggal di sana selama 15tahun.
"Ha sampai pun anak umi" Sapa Datin Hanim.
"Assalamualaikum, umi" Har menyalam tangan ibunya.
"Waalaikumsalam" Datin Hanim menjawab salam anaknya.
"Papa ada?" Tanya Har kepada ibunya.
"Papa kamu ada kerja sikit dekat office. Kejap lagi balik lah tu," Kata Datin Hanim lalu menjemput anak lelakinya itu masuk ke rumah.
"Umi ada surprise" ujar Datin Hanim sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"Surprise?" Har pelik. Surprise apa pula ni?
"Aii budak ni pun ada jugak?" Sapa perempuan itu sebaik saja melihat sosok tubuh Har muncul di depan muka pintu.
"Eh akak!" Har berlari memeluk kakaknya, Hannan yang sudah lebih setahun tidak berjumpa. Maklumlah, kakaknya itu seorang pakar bedah di New York, jadi susah lah nak pulang ke Malaysia bila dah sibuk sangat.
"Haih makin besar dah budak bertuah ni" Hannan menepuk-nepuk sambil mengusap-usap badan sasa adiknya perlahan.
"Lama tak jumpa akak! How is it going?" Tanya Har gembira.
"Everything's fine. Adik pulak macam mana urus syarikat papa dekat sana? Okay ke tak?" Tanya Hannan lalu melepaskan pelukan mereka berdua.
"Stress gila kak. Nak pecah kepala otak" Har mencebik. Dah lama dia tak mengadu dekat kakaknya seorang tu.
Hannan ketawa melihat sikap adiknya yang masih kebudak-budakkan itu. Tak berubah langsung adiknya seorang ni.
"Alah tak apa lah, nanti dah biasa okay lah tu" Hannan menepuk-nepuk bahu Har perlahan. Cuba untuk memberi semangat kepada Har.
"Aii rindu akak aje ke?" Suara yang tidak asing itu menyapa halwa telinga Har.
"Eh bang!" Jerit Har. Hampir pekak telinga Hannan yang berdiri di sebelahnya. Har sedikit berlari menuju ke arah Fahmi, suami kepada Kak Hannan.
"Haish sasa betul tubuh kau sekarang eh. Mesti selalu pergi gym ni!" tukas Fahmi mengundang tawa antara mereka berdua.
"Tak ada lah. Har pergi gym sekali seminggu aje" ujar Har sambil memeluk abang iparnya itu.
"Uncle Harraz!" Jerit budak perempuan itu. Hampir bergegar rumah dibuatnya.
"Eh budak ni pun ada juga rupanya"
tukas Har sambil melihat empunya badan yang bernama Farhana itu berlari kearahnya. Har mendepakan tangannya, sedia menyambut pelukan budak perempuan itu.
"Ish besar dah budak ni! Haritu Uncle tengok kecil macam ikan bilis lagi!" Har mencuit hidung Hana perlahan. Hana tersengih manja. Dah lama tak jumpa uncle dia sorang ni.
"Rindu uncle tak?" Tanya Har, masih memeluk Hana yang memandangnya.
"Rindu!! I miss you so much uncle!" tukas budak perempuan itu kepada Har.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
