"Assalamualaikum Ju"
"Waalaikumsalam. Hazel, kau okay? Suara lain" Soal Juwita dari dalam panggilan.
"...."
"Hazel?"
"Ju, kalau aku bagitahu kau, kau percaya aku tak?"
"Bagitahu apa? Mestilah aku percaya kau. Kau mana pernah tipu aku"
"Takde apalah, Ju"
"Hazel. Something's wrong, right?"
Hazel menggengam tangannya.
"Ju, aku rasa aku kena tangguhkan study aku. Aku kena jaga mummy. Dia tak berapa sihat lepas daddy takde"
"Takpe, aku faham. Kalau ada nak tolong, kau minta saja"
"Banyak sangat masalah, Ju. Daddy pergi mengejut sampai tinggalkan syarikat macam tu saja. Sekarang abang-abang aku tengah tolong stabilkan. Aku malas ambil tahu. Aku nak jaga mummy saja"
"Kau kena jaga kesihatan juga. Ada apa-apa kau bagitahu abang-abang kau"
"Kau belajar elok-elok, Ju. Nanti aku sertai kau. Bye"
Panggilan dimatikan. Hazel meraup wajahnya. Dia membuka galeri di dalam telefon. Video yang dirakam jelas menunjukkan abang sulungnya menolak Dato' Hans yang kelihatan tidak bermaya.
Susah untuk dia percaya pada mulanya tapi baju yang dipakai abangnya di hospital sama seperti di dalam video.
Hazel menggeleng kepala. Takkan anak sendiri nak bunuh ayah yang dah berikan segalanya pada dia.
Hazel keluar dari bilik. Saat itu, dia bertembung dengan Hazran di tangga.
"Abang nak kemana?" Soal Hazel.
"Abang ada persembahan kolej. Hazel duduk rumah. Tengokkan mummy"
"Abang, macam mana dengan kes arwah daddy? Polis cakap apa?"
"Nanti abang terang. Abang dah lambat" Hazran berlari keluar dari rumah meninggalkan Hazel bersama Datin Dennisa yang terbaring lesu di atas katil.
"Mummy, janganlah sedih lama-lama. Hazel takde kawan" Hazel memeluk Datin Dennisa membuatkan wanita itu sedar.
"Hazel sayang.."
"Ya mummy. Hazel ada ni"
Kuyu mata tua itu.
"Bukan ke Hazel patut pergi uni?" Soal Datin Dennisa.
"Macam mana Hazel nak tinggalkan mummy dalam keadaan macam ni?"
"Hazel, mummy okaylah. Abang-abang kamu kan ada. Diorang jaga mummy. Tak elok tangguh lama-lama. Esok pergi"
"Tapi mummy-"
YOU ARE READING
Hazel Darisa's : Her Revenge
Action"Its not the back stab that hurt you. Its when you turn around and see who's holding knife" Nasib keluarga itu berubah setelah kematian sang bapa. Hazel Darisa bingung akan perangai abang sulung mereka. Lelaki ini seperti gila kuasa. Ingin segala ha...