"HD's Holding kini berjaya menghasilkan satu lagi projek dengan membuka sebuah cawangan farmasi di bawah syarikat ternama itu"
Juwita memandang kaca televisyen itu kosong. Ada sesuatu yang tidak kena. Mereka kelihatan tenang saja.
"Hazel hilang tanpa khabar. Macam mana korang boleh bekerja dengan baik?" Gumam Juwita seorang diri.
TOKK TOKK
Bunyi ketukan pintu kedengaran. Juwita bangun lalu membuka pintu. Seorang gadis memakai topi hitam bersama seorang lelaki di belakang gadis itu.
"Cari siapa-"
Tergamam Juwita apabila gadis itu mengangkat kepala memandang ke arahnya.
"H-Hazel?"
Hazel tersenyum nipis.
"Hazel!"
Juwita memeluk tubuh kurus itu. Hazel memandang sekeliling. Juwita yang faham akan perbuatan itu mempelawa dua orang itu masuk.
"Ya Allah, kau pergi mana, Hazel?! Puas aku cari kau! Apa dah jadi?! Kemana kau menghilang selama dua tahun ni?"
"Dua tahun?!"
Terkejut Hazel mendengarnya. Dia memandang wajah Zarel yang tenang di sebelahnya. Lelaki itu mengangkat bahu. Mesti dah tahu ni.
"Cuba bagitahu aku?! Kau kurus dah! Dah cengkung!"
"Ya sabarlah. Bagi aku lepas rindu dekat kau baru aku terangkan"
Hazel memeluk rakannya itu. Dia menepuk belakang badan Juwita menenangkan gadis itu. Juwita memandang lelaki kacak di belakang Hazel.
"Siapa dia ni? Kau jangan kata kau hilang sebab pergi kahwin lari eh?!" Teka Juwita.
"Bukanlah! Kau ni!" Marah Hazel.
"Kenalkan, Zarel Arean. Aku jumpa dia masa sesat di pulau"
Juwita tergamam.
"P-pulau? Kau tersesat dekat pulau selama dua tahun?" Sayu bertandang di sanubari Juwita. Macam mana rakannya ini boleh berada di pulau?
"Aku kena bu-"
"Haih, lama abang-abang kau cari kau tahu, Hazel?"
Terhenti percakapan Hazel. Zarel memandang wajah Hazel yang sudah berubah.
"Wait. Abang-abang?"
YOU ARE READING
Hazel Darisa's : Her Revenge
Action"Its not the back stab that hurt you. Its when you turn around and see who's holding knife" Nasib keluarga itu berubah setelah kematian sang bapa. Hazel Darisa bingung akan perangai abang sulung mereka. Lelaki ini seperti gila kuasa. Ingin segala ha...