15

11 0 0
                                    

Hazrul membuka langkah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazrul membuka langkah. Zarel menarik rambut lelaki itu sebelum mencampak ke tempatnya semula.

Beberapa polis mendekati mereka. Hazrul memandang wajah polis di hadapannya. Wajah yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Zarel tersenyum sinis.

'Kau ingat kau seorang saja ada polis peribadi?'

"Encik Hazrul Dary bin Dato' Hans Rafael. Anda disabitkan atas kesalahan pengambilan dadah, penyelewengan harta dan juga suspek pembunuhan. Sila ikut kami ke balai"

Hazrul tersenyum sinis.

"Kau ada bukti ke?"

Hazel tersenyum sinis. Dia membuka luggage milik abangnya. Hazrul hanya diam saja. Luggage dibuka lalu pakaian diselongkar. Tiga plastik kecil dibaling di hadapan wajah abangnya.

"Ini apa ni? Susu anak kau?" Sinis Hazel. Hazrul memandang tajam gadis itu.

"Nak bukti lagi? Kami akan tunjukkan di balai nanti" Ujar polis disitu. Dia menunjukkan surat waran yang menyatakan bukti yang mereka jumpai sebelum ini diterima. 

"Aku tak tahulah! Aku terpaksa! Hazril! Hazril yang mulakan!"

"Along ke?"

Hazrul memandang ke arah Hazel.

"Hazel pasti abang tahu Along dah larikan diri seminggu lepas. Satu sen duit pun dia tak tinggalkan pada adik-adik dia. Apa yang dia tahu, selamatkan diri dia" Ujar Hazel.

"Diamlah! Aku pasti Along akan balik untuk lepaskan kami dan bunuh orang macam kau!"

"Macam Hazel? Macam mana tu?"

"Menyusahkan hidup just like Hazzi dan Hazri kau tu!"

Hazel tersenyum sinis. Nak bercakap pun tengok sekelilinglah. Zarel memberi isyarat untuk membawa lelaki itu.

"K-kau nak berapa? Kau bagitahu aku! Aku boleh bagi berapa pun kau nak!" Jerit Hazrul.

BUKKK

Terduduk lelaki itu menerima tumbukan. Hazel membiarkan saja Zarel melepaskan geramnya. Zarel mencengkam kolar baju lelaki itu lalu membisikkan sesuatu.

"You brat! Kau nak duduk dalam lokap sampai kau mampus atau kau nak aku yang bunuh kau?" Wajah bengis Zarel cukup mendiamkan Hazrul. Baru hari ini dia bersua muka dengan lelaki ini.

Zarel memberi isyarat pada polis untuk membawa lelaki itu pergi. Hazrul meronta ingin dilepaskan.

"Aku tak bersalahlah, sial!"

Hazel mengeluh lemah. Dia memandang Zarel.

"Awak dah jumpa ke Hazril?"

Zarel menggeleng. Abang sulung Hazel bagaikan hilang dari dunia.

"Its okay, Hazel. Sampai masa dia akan munculkan diri" Ujar Zarel. Hazel mengangguk saja.

"Apa plan kau mengenai Huz Danish?"

Hazel Darisa's : Her RevengeWhere stories live. Discover now