"Close your eyes" Ujar Zarel sambil menghulurkan sehelai kain berwarna hitam. Hazel memandang penuh kerutan.
"Ala kenapa kena tutup mata pula? Awak jangan macam-macam eh"
Zarel menahan senyum.
"Faster. Ada sesuatu aku nak tunjuk"
Hazel lambat-lambat menyambut huluran itu. Dia mengikat kain itu pada matanya. Kereta bergerak ke satu destinasi.
"Dah sampai ke?"
Zarel keluar dari kereta sebelum membuka pintu penumpang. Lengan Hazel dipegang membantu gadis itu keluar.
"Kita dekat mana ni, Zarel?" Hazel mula risau. Lelaki ni boleh buat jantung dia pecah tahu?
Zarel membuka pintu pagar. Mereka masuk sebelum Zarel berhenti di halaman rumah.
"Now, you can open"
Hazel menanggalkan ikatan kain. Dia tergamam. Hazel lantas memandang Zarel. Zarel tersenyum manis.
"You like it?"
Airmata mula bertakung. Dia memandang kawasan rumah itu. Penuh dengan hiasan belon dan sebuah meja panjang di tengah-tengah halaman.
"Macam mana-"
"I bought this house for you. I knew it was precious to you"
Sebak mula bertandang. Hazel memerhati setiap pelusuk rumah banglo milik keluarganya satu ketika dulu.
"Mana pemilik sebelum ni?"
"Wanita tu ke? I offered her a better house than this. You're the real owner of this house" Ujar Zarel.
"Semua hiasan ni awak buat sendiri ke?" Hazel menahan ketawa. Macam nak buat parti saja.
Zarel menggeleng. Hazel mengerutkan dahi. Zarel memberi isyarat untuk memandang belakang.
"Happy birthday to you!"
Hazel tergamam. Haz Danial membawa sebiji kek mendekatinya. Di belakang lelaki itu, Sara dan Juwita bersama kakak iparnya.
"Happy birthday to Hazel!"
"Happy birthday to you!"
POMM!
Glitter bertaburan di kawasan rumah itu. Haz Danial memandang Hazel. Tahu gadis itu sedang menahan sebak. Tarikh hari lahir gadis itu kini menjadi tarikh hitam dalam hidupnya. Tarikh sama dengan kematian sang bapa.
"Selamat hari jadi, adik abang" Ujar Haz Danial. Hazel meniup lilin pada kek itu. Mereka menepuk tangan. Airmata jatuh membasahi pipi.
"Jom, kita makan" Ujar Sara sambil mengangkat makanan ke atas meja panjang. Dia dibantu oleh Elicia, Maya dan juga Ara.
"Aunty!"
Zaria memeluk Hazel erat. Zaim, Khai dan Elyanna juga mendekati ibu saudara mereka.
"Happy birthday, Aunty!"
Zaria menghulurkan satu kotak hadiah kecil. Hazel tergelak kecil. Dia menyambut huluran itu.
Hazel memeluk kesemua anak buahnya. Hazel memandang Maya dari jauh. Tahu wanita itu masih sedih akan kehilangan Khaliz. Dia juga merasai kehilangan. Anak kecil itu baru hendak mengenal dunia.
"Hazel"
Hazel berpaling. Dia lantas memeluk tubuh itu. Juwita membalas pelukan.
"Lamanya tak jumpa kawan aku ni!"
Hazel mengesat airmatanya.
"Kami nak kau tahu, kau tak keseorangan dalam dunia ni"
Hazel mengangguk saja. Dia sangat bersyukur.
Juwita menunjuk ke satu arah. Hazel berpaling memandang ke arah itu.
"Tengok-tengok. Pergilah layan dia" Ujar Juwita sebelum dia meninggalkan Hazel. Hazel mendekati Zarel yang sedang bermain dengan Khai dan Zaim.
"Terima kasih, Zarel"
Zarel memandang wajah itu.
"Terima kasih untuk segalanya"
Hazel tersenyum manis pada lelaki itu.
"Kalau bukan kerana awak, saya takkan mampu sampai disini. Mungkin dah mati atau masih di pulau tu"
Zarel terdiam. Dia pun tidak sangka dia dipertemukan oleh gadis ini di tempat sebegitu.
"From now on, I want you to throw away your past and your pain. Move on. Build a new life" Nasihat Zarel. Dia tidak mahu gadis itu hidup di masa lalunya lagi.
"I wish I could hug you" Perlahan saja Hazel berkata. Zarel yang mendengar ayat itu lantas ingin memeluk Hazel. Hazel mengundur terkejut.
"Apa awak ni?!"
Hazel memandang kiri kanan. Risau orang nampak.
"Tadi kata nak peluk"
"Mana boleh peluk. Haramlah!"
"Then let's make it halal"
Zarel memandang wajah terkedu Hazel. Sejak pertama kali dia melihat Hazel terdampar di pulau, dia sangat berkenan akan gadis ini. Entah bagaimana dia pun tak tahu. Sejak hari itu, dia bertekad untuk melindungi gadis ini.
"A-awak ni suka bergurau"
"No, I'm not. You remember when you need to pay me back when everything's done?"
Hazel mengangguk.
"Stay with me. That's all I want"
Hazel memandang mata itu. Mencari keikhlasan.
"As you wish, my savior"
The end
YOU ARE READING
Hazel Darisa's : Her Revenge
Action"Its not the back stab that hurt you. Its when you turn around and see who's holding knife" Nasib keluarga itu berubah setelah kematian sang bapa. Hazel Darisa bingung akan perangai abang sulung mereka. Lelaki ini seperti gila kuasa. Ingin segala ha...