11

19 0 0
                                    

Maya memandang sekilas Khaliz di tempat duduk belakang melalui cermin belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maya memandang sekilas Khaliz di tempat duduk belakang melalui cermin belakang. Anak kecil itu sibuk membuka mainan yang diberi Hazel sebentar tadi.

"Mama, tu siapa?" Soal si polos Khaliz sambil tangannya lincah bermain.

"Aunty Hazel. Adik papa"

"Aunty baik atau jahat macam papa?"

Maya terdiam.

Sejam lepas,

"You nak gunakan I untuk balas dendamkan?"

"Pertama, ya. Kedua, I nak tolong you" Jawab Hazel.

Tiada lagi panggilan akak. Hazel tolong bukan bermakna dia menganggap mereka sebagai keluarganya. Malahan abangnya pun sudah tidak dianggap keluarga. Isteri mereka pun mementingkan duit dan darjat.

"I tahu you kesal. Disebabkan you berkahwin, you tak boleh jadi model lagi"

"No. I yang tak nak kerja"

"Jangan bohong, Maya. I tahu you terpaksa lahirkan Khaliz demi Hazril dapatkan pewaris? You tak rasa maruah you tercalar?"

Maya sedikit tercabar. Hazel meletakkan sekeping surat di atas meja.

"You setuju, kita buat perjanjian"

Maya membaca surat itu.

"You nak I lawan di mahkamah? You nak kami bercerai?"

"I perlu buang segala sumber pertolongan yang dapat berikan ganjaran pada suami you. I terpaksa. It's up to you. Ini cara baik. Jangan paksa I untuk guna cara sebaliknya" Jawab Hazel. Dia tidak mahu berbasa-basi lagi.

"Kalau I bercerai, reputasi keluarga I akan rosak"

"Jangan risau. I akan letakkan semua kesalahan pada bahu Hazril"

Maya diam saja.

"I bagi masa you fikir. Lepas ni you akan kembali pada keluarga dan kerjaya you. Besarkan Khaliz dengan baik. You tak sayang anak you ke?" Soal Hazel.

"Anak I lagi kesian kalau dia tiada bapa"

"When he grow up, he will think that it will be better if he doesn't have a father. So am I. I wish I didn't have a brother like him" Ujar Hazel. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Maya.

"And when he have all he want, you will wish that you doesn't have husband like him. And that time, you already lost everything except your son"

Hazel Darisa's : Her RevengeWhere stories live. Discover now